Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

“Access Denied” ketika Hendak Membuka Folder

25 November, 2007 (08:26) | Masalah Komputer | Oleh: MK

Masalah ini kerap kali berlaku bila aku nak masukkan hard disk dari komputer lain ke dalam komputer aku, jadikannya sebagai slave, dan cuba untuk membuka satu-satu folder di dalam hard disk tersebut (biasanya pada My Documets). Satu error akan terpapar: “Access Denied

Teruskan membaca.

Ini berlaku kerana aku takde kebenaran yang sepatutnya untuk membuka folder tersebut, kerana ia telah dibuat pada Windows yang lain. Cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah seperti berikut:

  1. Mematikan fungsi Simple File Sharing:
    1. Buka My Computer
    2. Pada menu, pilih Tools | Folder Options
    3. Pilih tab View
    4. Untick pada ”Use simple file sharing (recommended)“. Klik OK.
  2. Right-click pada folder yang berkaitan, dan pilih Properties.
  3. Pilih tab Security (klik OK jika ada mesej Security).
  4. Klik pada butang Advanced dan pilih tab Owner.
  5. Pada senarai nama yang dipaparkan, pilih user name korang dan tandakan pada “Replace owner on subcontainers and objects“. Klik OK
  6. Klik Yes pada mesej berikut (jika ada): “You do not have permission to read the contents of directory [Folder]. Do you want to replace the directory permissions with permissions granting you Full Control? All permissions will be replaced if you press Yes.
  7. Klik OK

Dengan ini, folder tersebut telah menjadi hak milik korang, dan korang boleh membukanya. Selamat mencuba, Insya-Allah.

Popularity: 9% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari leokid
Masa: December 16, 2007 pada 6:33 am

kalau guna winxp home, camne nk disable? mksud saya, saya guna windows xp home, n set beberapa drive utk share over network. tp x boleh access, kluar error cam atas tu.

[Balas komen ini]

Komen dari rightbrainer
Masa: December 16, 2007 pada 6:02 pm

hmm… i’ll look into it..
btw, kalu share folder saje bley x?

[Balas komen ini]

Komen dari leokid
Masa: December 16, 2007 pada 7:58 pm

shared documents je boleh access. folder & drives lain xboleh.

[Balas komen ini]

Komen dari rightbrainer
Masa: December 18, 2007 pada 8:58 am

um, rasaya awk belum on printer and file sharing. tick semula “use simple file sharing” kat folder option td. pastu klik mana2 folder/drive yg awk nak share, klik pada “sharing and security”. bawah Network sharing and security, klik pada link Network Setup Wizard. just follow the wizard and you’re done ^^

[Balas komen ini]

Komen dari fiza
Masa: March 13, 2008 pada 1:16 pm

salam.. hye khairul.
pc sy xleh nk view folder option la.
nt wt cmne eh..?
kindly leave ur reply.
tq..

[Balas komen ini]

MK Membalas:

fiza »
salam

maksud awak, biler klik kat tools, folder option tak luar ke?
ke macam mane?

Komen dari fiza…
Masa: March 14, 2008 pada 12:47 am

a’a… kt tools xde folder option.
tp dlu ade.. kne virus agknye pc sy ni. =p

[Balas komen ini]

MK Membalas:

fiza… »
um, sebab virus la tu
awak guna DiskHeal untuk kembalikan folder options tu

Komen dari fiza
Masa: March 14, 2008 pada 5:39 pm

thanks a lot ya..!

[Balas komen ini]

Komen dari xizr82
Masa: March 18, 2008 pada 4:48 pm

Thanks bro !!

[Balas komen ini]

MK Membalas:

xizr82 »
afwan..

Berikan komen