Adakah Fail Ini Virus? Tanyalah VirusTotal

Pernahkah anda berjumpa dengan satu fail yang mencurigakan? Nak buka, takut-takut itu virus pula. Walaupun antivirus anda tidak mengeluarkan sebarang amaran, namun anda tetap ragu-ragu, lebih-lebih lagi jika antivirus anda dah lama tak update.

virus-total-01

(klik pada gambar untuk besarkan)

Jika anda mengalami situasi seperti ini, anda boleh gunakan laman web VirusTotal untuk memastikan keselamatan fail tersebut. Dengan VirusTotal, anda boleh hantar sebarang fail, dan VirusTotal akan memeriksa fail tersebut dengan 32 jenis antivirus yang mempunyai update terkini. VirusTotal menggunakan enjin antivirus yang terkemuka, termasuklah NOD32, Kaspersky, dan Norton Antivirus.

virus-total-02

(klik pada gambar untuk besarkan)

Cara menggunakan VirusTotal mudah sahaja. Hanya upload fail anda di laman web VirusTotal dan tunggu sehingga proses scanning selesai. VirusTotal kemudiannya akan memaparkan hasil scanning kepada anda. Anda juga boleh install VirusTotal uploader yang akan membolehkan anda right-click mana-mana fail dalam komputer anda untuk dihantar kepada VirusTotal.

virus-total-03

Lawati laman web VirusTotal di sini.
Download VirusTotal Uploader di sini.

13 thoughts on “Adakah Fail Ini Virus? Tanyalah VirusTotal

  1. Virus total tempat submit virus. Nanti dia run kan kat semua antivirus ngan malware detector. Kalo ada virus jumpa lah. Kalo xda, xdalah. Just for scanning. And also kalo betul2 virus baru yang anda submit, nanti, antivirus anda akan terupdate dalam masa terdekat.

    • Betul ckp MK tu…semua AV percuma ni….bagus…:)

      OK Mell, pasal Avira tu…dia mmg ok tapi kena hati2 gak, takut terpadam fail yang xsepatutnya….cuba sedikit hati2 bila dia kata ader virus,jgn cepat sangant nk tekan delete…ok?….:) Satu lagi, kalau boleh, standby satu lagi AV dlm sistem kita….mana tau kan….2 lebih baik dari satu…..ok, c u…..73

  2. salam saudara MK,

    Pc saya ada problem iaitu fail RVHOST.exe yang dipercayai ia adalah berpunca daripada virus. saya pernah delete fail itu dari direktori C:\ tapi ia kembali semula. Untuk makluman, Task Manager juga telah disable dan registry editor tidak boleh diakses. Bagaimana hendak mengatasinya?

    Harap saudara MK boleh membantu saya menyelesaikan masalah ini. Sekian terima kasih.

    • bila buka komputer,ada keluar window cannot find RVHOST.EXE,Please type corectly name…….apa fungsi dia

    • haris…nie cara nk ablekan balik task manager..sy amik dari blog kwn2..

      Untuk mengembalikan semula fungsi Task Manager ini, gunakan regedit ataupun gpedit.msc. Ikuti salah satu dari dua cara di bawah:

      Menggunakan Registry Editor (regedit):

      1. Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter untuk melancarkan Registry Editor.
      2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies.
      3. Cari DisableTaskMgr dan tukarkannya kepada 0.

      Menggunakan Group policy Editor(gpedit.msc):

      1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
      2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System\Ctrl + Alt + Del Options
      3. Pada bahagian kanan, double-click pada Remove Task Manager dan tukarkannya kepada Disabled.

      mtk mf byk2 kalau ade y terasa nie cam anda punye…sy juzz ciplak ckit jew..utk rjukan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">