Bagi menyambung entri yang lepas mengenai subdomain, artikel pada kali ini akan menerangkan secara ringkas mengenai addon domain. Terima kasih kepada Bat melalui perbualan di YM, dan Ejam yang juga memberi penerangan di ruangan komen.

Addon domain adalah satu domain yang berlainan dengan domain asal anda, namun berkongsi hosting yang sama. Contohnya, saya mempunyai domain sembangkomputer.com dengan hosting yang berkapasiti besar, iaitu 10GB ruang simpanan dan 50GB bandwith sebulan. Kemudian, saya membeli satu lagi domain iaitu khairul.my tanpa hosting. Oleh kerana domain pertama saya tadi mempunyai bandwith yang besar (malah, tak terluak pun sebenarnya), saya menjadikan khairul.my sebagai add-on domain kepada sembangkomputer.com

Bergantung kepada pakej yang disediakan oleh penyedia domain/hosting anda, bilangan add-on domain yang boleh ditambah adalah terhad. Pakej DataOne dari dari DataKL misalnya, membenarkan sehingga lima addon domain.


Cara-cara Nak Tambah Addon Domain

  1. Buka cPanel anda (contohnya pada http://sembangkomputer.com/cpanel).
  2. Klik pada Addon Domains.
  3. Masukkan nama domain yang ingin ditambah, beserta dengan password. Kemudian klik pada butang Add Domain. addon-domain
  4. Mesej akan dipaparkan setelah addon domain berjaya dibuat.

P.S: Maaf kerana lebih seminggu tidak menulis. Biasalah, konsultan. Siang kena marah dengan klien, malam tidur, haha. Apa pun, selamat beribadat di bulan Rejab semua :)

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

27 Responses


  1. abdusfauzi on 02 Jul 2009

    :) busy skang ek? hehe.

    • MK on 02 Jul 2009

      @abdusfauzi: bizi sungguh… rasa rindu lak nak sambung setadi, uhuk2.

    • smileyxx on 10 Jul 2009

      aku pun x taw.. bila la bz..

  2. Anarm on 02 Jul 2009

    yes.. itu la maksudnye addon domain.. tahniah.. tahniah..

    aku dah ushar khairul.my tu.. kosong je.. ko nk watpe plak ngn yg tu?

    • MK on 02 Jul 2009

      @Anarm: khairul.my tu beli suka2 je hari tu, tatau lagi nak buat apa, haha.

  3. apiz on 02 Jul 2009

    info yg menarik….

  4. zariel on 02 Jul 2009

    hoho. baru hamba paham. thanks bro. klau lupa leh tgk kat sini utk rujukan. heheh

    • MK on 08 Jul 2009

      @zariel: Sama-sama. Glad to help :)

    • smileyxx on 10 Jul 2009

      betoi2 kalu lupa leh rujuk kat cini

  5. safar on 03 Jul 2009

    pada mula saya pun fikir juga perlukah beli domain dan hosting sekali.nak Addon domain tak tahu.saya tengok google.net terus ke domain google.com.

    terima kasih.

    • ejam on 07 Jul 2009

      seperti yg safar nyatakan berkenaan google.net akan terus ke google.com tu ianya merupakan redirect. ini juga boleh di-setting di dalam cpanel hosting kita. jika kemudian hari tak nak redirect boleh delete tanpa mengganggu domain utama.

      redirect juga byk digunakan oleh pengguna domain berbayar utk ke laman web yg mereka join affiliate, contohnya:-

      http://free.sembangkomputer.com jika dibuka akan ke page http://barangfreesapertaknak.com

      biasanya kaedah ini digunakan untuk mengelakkan pengunjung membiarkan link affiliate tu, jika kita menggunakan penyamaran ini maka paling tidak mesti ada yg akan ter-klik.

  6. Kak Jie on 04 Jul 2009

    pakej hosting kak jie pun boleh 2 domain..tgh bercadang nk beli domain lagi satu

    • wan on 10 Jul 2009

      ok gak beli bnyakk2…

  7. mohdisa on 04 Jul 2009

    subdomain ni blh wat banyak2kan?

    • KampungBoy on 06 Jul 2009

      Subdomain xde masalah
      cuma jumlah addon domain
      yang bergntung kepada tawaran hosting provider

  8. [...] domain dengan menggunakan cPanel. Sebelum itu, adik-adik boleh membaca tutorial yang agak serupa di Sembang Komputer. Apa yang berlainan, abang akan terangkan dengan lebih [...]

  9. marzuki on 09 Jul 2009

    sebelum ni aku pakai addon domain mysahabat.org

  10. Mus on 15 Jul 2009

    Info yang amat berguna..

  11. Mus on 15 Jul 2009

    baru aku mengerti..

  12. LanunVista on 17 Jul 2009

    salam kalo saya pakai free hosting camne nak buat sub domain?
    file2 yang saya upload sume sya upload pada folder public_html so kalo nak buat sub domain bagaimana ek kalo guna fillzila
    tq

    • Anarm on 21 Jul 2009

      subdomain kene setting dlm cpanel..
      kalau kt filezilla bleh buat subfolder..

  13. galut on 25 Aug 2009

    Hello…bro,nak tanya sikit, kalu hosting setakat 100mb,boleh tak tampung add on domain lagi?Dan saya hanya buat page-page kecil saja seperti LPage.

    • MK on 25 Aug 2009

      @galut: Itu bergantung kepada syarikat hosting. Tapi saya rasa, pakej kecik2 yang bagi storage 100mb takde kot sediakan add-on domain sekali.

  14. dilot on 07 Sep 2009

    ooo…ok…bagus gak..sbb dilot cadang nak buat 2 domain..lebih baik amik pakej dataone ….

    tp..kalau kite buat web sndri…boleh upload file2 kita tak…guna cpanel gak eh…

    maaf bertanya…saya terlalu cetek ilmu dalam bab2 hosting ni…

  15. Kujie on 27 Sep 2009

    MK, Kak Jie dah ikut step2 tu…dah guna Fantastico utk create satu blog wordpress…ttp kenapa bila view url tu keluar msg

    DNS error – cannot find server ”

    kena setting lain ke?

    • MK on 28 Sep 2009

      @Kujie: Em pelik tu, sepatutnya kalau dah setting subdomain, url dia dah boleh buka dah. Cuba Kak Jie tanya hosting provider, sebab masalah ni berkaitan dengan domain.


Leave your comment