Terlebih dahulu, ingin saya katakan yang saya bukanlah orang bijak pandai untuk membincangkan isu yang berat-berat. Namun setakat mana yang saya mampu, saya akan sampaikan. Kerana setiap dari kita Muslim, dakwah adalah amanah.

Saya ajak para pembaca untuk renungkan penyataan di bawah ini, yang saya ambil  dari entri di Cursing Malay yang berkisar tentang pembangunan Islam di negara kita. Sejauh manakah kebenarannya?

Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan, kebaratan, kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan diorang ni kerana mereka percaya dan amalkan ajaran diorang. Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan diorang.

Ingat lagi tak, tidak lama dahulu, dunia digemparkan dengan kekejaman berdarah Israel terhadap Palestin. 800 jiwa saudara kita gugur dalam masa dua minggu sahaja. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan. Di mana kita pada waktu itu?

Kita ada di sini, di negara Malaysia yang aman sentosa. Sibuk nak tahu tentang kisah Norman Hakim yang bermain kayu tiga. Sibuk teruja dengan perkahwinan Mawi yang mega. Sibuk mengundi untuk Raja Lawak dan Akademi Fantasia.

Bullshit.

Kenapalah kita perlu duduk terlopong di depan TV, menyaksikan kehidupan seharian sekumpulan remaja yang kerjanya terkinja-kinja. Kenapa tak disiarkan sekali adengan mereka berak, ataupun tidur berdengkur, sambil mengorek hidung. Dah nama rancangan realiti kan.

Kenapalah kita nak tahu sangat bila Artis A berkasih dengan Artis B, bila Janda D keluar dengan Tengku E. Bukanlah kita ada pertalian darah dengan mereka pun. Bukanlah mereka tu bekas rakan sekelas kita pun.

Budaya mengumpat dan memfitnah bagaikan satu norma biasa yang berlaku setiap hari. Pemikiran kita disekat dan dibantutkan dari berfikir tentang perkara-perkara yang lebih penting. Kita disuapkan dengan dadah hedonisma.

Anda tidaklah keterlaluan seperti kes yang disebutkan di atas, kan. Mungkin juga. Tapi ingat, godaan itu datang dalam bentuk yang kecil-kecil. Perlahan-lahan ia menghakis sedikit demi sedikit keimanan dalam diri.

Ya Allah, semoga teguran ini membawa manfaat kepada diri aku sendiri terutamanya, dan juga orang-orang yang aku sayangi, dan orang-orang di sekelilingku.

Ok, sebagai menutup tulisan pada malam ini, renungkanlah rajah di bawah, serta video selepasnya. Salam =)

christian_missionaries

Usaha Mengkristiankan Umat Islam (sumber)

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

45 Responses


  1. Sirna on 25 Mar 2009

    Alhamdulillah..

    Ada juga dakwah dalam laman web ni.
    Sejuk ati baca artikel camni :)
    TenQyu ;)

    p/s : Syorkan tengok cite indon ‘Kun Fayakun’. Kaya dengan unsur dakwah yg menyentuh hati.

    • MK on 25 Mar 2009

      @Sirna, Alhamdulillah ada gak orang yang sudi baca tulisan saya yang serba tak cukup ilmu ni =)

      p/s: Kun Fayakun eh? Ada peluang insyaAllah saya tengok.

  2. zariel on 25 Mar 2009

    memang sedih dan sikap kebanyakkan kita sungguh mengecewakan.

    kita seolah-olah dlm satu linkungan persahabatan sesama blogger-Islam patut mengambil langkah-langkah yg proaktif utk ingat dan mengingatkan diri masing-masing tentang semua ini. keberkesanan mungkin mengambil masa tapi tiada yang mustahil bukan?

    ko punya entri agak serius sikit, komen aku pun terikut-ikut… huhu (mungkin ini sikap yg x bagus) :)

    • MK on 25 Mar 2009

      @zariel, serius ke, tak serius mana eh. Skema sikit je, eceh.

      InsyaAllah.. kita sama ingat-memperingati =)

  3. MOSHAZAT on 25 Mar 2009

    ngahahaha…

    jgnla terlalu niche sgt fokus tu, pertimbangan yang paling matang adalah pertimbangan berasaskan pengetahuan tentang semua perkara yang berkaitan dengan isu yang diperkatakan, bukan hanya seblah perkara je…

    yerp yang kita nmpak sekarang efek negatif je, ckp psal hiburan semuanya adalah kebaratan btul x? kita persoalkan apa hal kita tiru depa btul x? apsal kita truja dan terkinja2 dengan perkara lagha dan melalaikan cam cerita realiti tv tuh…

    ntahla, pada mosh kan, cuba bsarkan skop kita skit, pusing ke mana2 pun, ni smua keje manusia, baik atau buruk yang kita sembg sekarg keje manusia, sama taraf dgn kita, jgn cuba bezakan ilmu atau darjat apapun skrg, Tuhan jadikan kita smua sama rata, hamba-Nya dicipta bribadat kepada Dia.

    Dari satu sudut, kita patut pk yg bertuahnya org palestin, mereka ada peluang untuk mati syahid, mereka berpeluang memperjuangkan Islam dengan nyawa mereka, mereka berpeluang meletakkan nyawa mereka di hujung pedang mempertahankan agama. Tidaklah nampk teruk sangat bukan… bertenang dan observe dan fikirkan apa hikmah disebalik perkara yg besar disana…

    jangan la melatah kata ni jahat, tu baik, sana lalai, situ berfaedah, pergi dr sana,dekatkan diri dgn ini saja… kita hargai dlu setiap benda2 tu dlu dan belajarlah dr situ. Budaya barat atau timur, budaya manusia, ilmu yg dicari untuk memandu di dunia dan bekalan di akhirat…

    xtau nk ckp cmne lg, sbb masih xphm apsal rmai sgt org x suka pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, menghalang anak muda kita belajar benda baik… ingatla, menuntut ilmu tu satu ibadat, apa hukum menghalang atau mencegah orang melakukan ibadat? fikir2 la

    • MK on 25 Mar 2009

      @MOSHAZAT, kadang-kadang teguran itu perlu niche dan fokus untuk menampakkan kekerasan, menarik perhatian.

      Oleh kerana benda2 ni kerja manusia lah, manusia juga perlu yang betulkan balik. Saya tak bermaksud nak bezakan apa-apa darjat atau ilmu. Kerana mereka yang semalam kita lihat di kelab, mungkin hari ini insaf malah mengajak kita ke surau kan. Manusia boleh berubah.

      Bertuahnya orang di Palestin dapat syahid di sana. Saya harap orang di sini pun boleh dapatkan syahid dengan memperjuangkan agama, bukan mati dengan sia-sia.

      Harap saudara tak melatah mengatakan saya melatah, kerana saya bukannya sedang menggariskan panduan apa yang perlu diikut, dan apa yang perlu dijauhi. Saya cuma mengajak pembaca bermuhasabah. Paling penting, saya menegur diri sendiri kerana apa yang diceritakan di atas adalah refleksi diri saya juga.

      Hm, rasanya takde lagi la saya cerita pasal PPSMI dalam artikel ni. Lain hari, mungkin.

      =)

    • NSA on 25 Mar 2009

      jika kita tidak menggunakan bahasa malaysia dalam pembelajaran sains dan matematik siapa lagi. kita perlu ada identiti kita sendiri. JIka Jerman, Jepun, Perancis menggunakan bahasa mereka mengapa kita tidak. Penguasaan bahasa inggeris bukan memalui pembelajaran sains dan metematik tetapi memalui penguasaan bahasa itu sendiri. sekadar memberi pendapat.

  4. NoktahHitam on 25 Mar 2009

    Memula bace ikut google reader, macam tak percaya plak. Walaupun ini bukan kali pertama, saya masih terkejut. Syabas diucapkan. Biar tersentak sikit manusia yang gila hiburan.

    Hiburan pada aku adalah sampah. Dari menonton TV, ada baiknya tido. Sekurang2 nya tidur itu ibadah.

    Sekarang plak musim AF. Semua orang makin menggila. Lepas ni confirm ramai pakat demam.

    • MK on 25 Mar 2009

      @NoktahHitam, memang nak bagi keras sikit bagi orang tersentak. Sebab makin lama makin banyak hiburan yang disodokkan ke dalam negara ni, dalam berbagai-bagai bentuk. Yang jadi dungu bukan orang lain, kita gak. Mintak dijauhkan.

  5. Aku dan Komputer on 25 Mar 2009

    hehe..lama aku tak mengomen kat sini…busy sungguh…btol tuh MK…semoga kita lebih insaf ngan diri sendiri…aku pon insaf gak baca ni…

    • MK on 25 Mar 2009

      @Yam, teguran ini untuk diri sendiri, dan kawan2 aku gak… semoga kita sama2 insaf la ye, huhu.

  6. KS on 25 Mar 2009

    Pendapat dan sekali gus teguran yang tepat mengena batang hidung rata-rata rakyat Malaysia sekarang. Terima kasih sebab mengingatkan ye Khairul. Alhamdulillah tak tergerak hati langsung nak ikuti perkembangan dunia hiburan semua ni. Baik dalam atau luar negara. Orang nak kata kita ketinggalan zaman pun lantak la.

    p/s: Video tu memang realiti psychological effect yang mempengaruhi budak-budak sekarang kan. Orang dewasa pun ye jugak.

    • MK on 25 Mar 2009

      @Kak Sarah, biar la orang nak kata ketinggalan zaman ke. Bagi saya, orang yang beria-ia mengikuti setiap gosip artis tu sebenarnya la yang takde life. Sekecil-kecil perkara pun nak dibualkan, dihebohkan. Budaya suka jaga tepi kain orang ni la (orang yang takde kaitan lak tu) yang membuatkan manusia suka berbincang hal remeh-temeh, lalu mengabaikan perkara2 yang lebih penting, bagaikan racun.

      p/s: Saya sendiri pun takut bila tengok video tu Kak Sarah. Sedangkan mesej terang-terangan pun boleh mempengaruhi budak, apatah lagi mesej tersembunyi macam tu.

  7. rmartz on 25 Mar 2009

    Allhamdullilah… ada juga org yang sedar cam kita… tapi nak sedarkan org tuh lah yang payah… lebih2 lagi kat dunia IPT nih… terok remaja sekarang..[aku pon remaja...hehe]

  8. h on 25 Mar 2009

    AF aku paling benci!

    • ucuk on 09 Apr 2009

      aku pown nyampah ngn AF..ntahpapentah

  9. lampayar on 25 Mar 2009

    Syukur….sekurang-kurangnya kita masih ada lagi keimanan walau senipis kulit bawang kerana dapat berfikir dengan wajar tentang kehidupan ini.Masyarakat kita sekarang memang menuju ke arah kehancuran nilai-nilai murni.Teruskan usaha dakwah anda setakat yang mampu.

  10. TMUkmkd on 25 Mar 2009

    Hiburan….

    hiburan itu indah sebenarnya
    tapi kene pandai memilih hiburan :)

  11. kujie on 25 Mar 2009

    rasa beruntungnya menjadi antara org yang dpt membaca entri sebegini. Dlm pengajian agama, kita akan selalu ‘ terkena batang hidung’ kerana agama itu sempadan utk kita dlm kebebasan.

    Teruskan KM

  12. Eriyza on 25 Mar 2009

    Tahniah MK kerana berusaha mencambahkan ilmu dakwah kpd para pelawat SK. Benarlah bagai dikata, masyarakat kita hari ni lebeh gemarkan hiburan yg lagha dr mendengar usrah pendamai jiwa. Mudah²an kita seme tepelihara dr anasir yg meruntuhkan iman dan Islam. Amin.

  13. kita on 25 Mar 2009

    dalam soal hiburan ! siapa yang patut dipersalahkan….adakah diri sendiri , pihak-pihak yang berkenaan.Media masa hanya mencari peluang untuk buat duit,selagi ada permintaan selagi itulah mereka membuat program yang boleh mendatangkan duit.So bagi aku sendiri , untuk menyedarkan bangsa kita ,semua golongan wajib memainkan peranan…..tak gitu kawan

  14. yoshihiro on 25 Mar 2009

    salam…
    mmg btol ckp awak…ramai yang da lalai…lalai dengan agama..lalai diri sendiri dan lalai dengan dunia atas sebab mereka buta…mereka zalim dengan dunia mereka sendiri…yang mampu cme kte nasihat mereka..x pyh mrh…sbb klu mrh pn kte x dpt per2..kalau diorang nk ikut ckp kte alhamdulillah..klu x nk bia kan saje..firman allah:-

    Dan kiranya mereka melihat sepotong besar dari langit gugur (untuk menimpa mereka), mereka akan berkata: “(Itu adalah) awan yang bertompok, berlapis-lapis!” (44) (Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan) sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa. (45) (Iaitu) hari segala rancangan jahat dan tipu daya mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah kepada mereka, dan mereka pula tidak diberikan pertolongan. (46) Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (47) Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka) kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun. (48)

    wassalam…

  15. MAX on 25 Mar 2009

    im no fan of entertainment. my def of it is practically different from the rest of the world: books. well, i guess its up to us. mau nengok, atau mau buat benda lain yg lebih ada makna dalam hidup kita yg singkat ni. tgk hiburan, seronok seketika. why not do something else? like caring for our bros and sisters all over the world, no? which will give us neverending satisfaction? it wont take much from us, people. doa saja. dan Allah SWT tak suruh kita bayar pun bila kita minta apa2. syukur dan iman tak perlu duit, kan?

    good luck to everyone, yeah.

    may Allah SWT bless us.

  16. alone on 25 Mar 2009

    tersentuh dan tersentak aku baca artikel ko kali ni.

    terima kasih, inilah jasa kau untuk kami yang jadi readers SK.

  17. Mantot on 25 Mar 2009

    Terima kasih kerana mengulas isu yang aku selalu jadikan point penulisan aku.Aku tak tau pulak mengenai kewujudan video yang ko letak ni jadi terime kasih.

    Aku akan update posting aku tambah video tu.

    • MK on 30 Mar 2009

      @Mantot, video ni pun aku dapat dari komen-komen kat blog SaifulIslam. Teruskan menulis kat blog ko bro, aku support gile =)

  18. adol on 25 Mar 2009

    huhuhu… aku setuju dengan post nie…

  19. Azman Ishak on 26 Mar 2009

    ye betoi kate nko MK. dikale saudara
    kite yang mengaku diri kite islam
    sedang bergelimpangan.. menangis..
    memang ternyata kite sebok dengan hiburan.

    baru kejap tengok berita kat TV, abis jer
    berita.. terus tukar chanel Astro RIA. WTH.
    tak tau la org kite ni lebih cemerlang
    dalam bidang hiburan dan bukan intelektual.

    no wonder.. tak abeskan SPM pon boleh jadi
    penyayi TOP Singer kat malaysia. Siap dikagumi
    lagi… hoh… suka hati nkorang la~

  20. Hot Zoom on 26 Mar 2009

    Tahniah MK,
    Dalam membuat tutorial sempat juga selitkan artikel cam ni.Saya memang setuju walaupun artikel ni x lah se’power’ artikel dari saifulislam.com,tapi boleh le,kalau ada org yg tinggi pengetahuan agama baca boleh le komen power sikit.

    PPSMI?
    Ni yang kalut.
    Tengok ni: [Pautan]

  21. pcuserz on 26 Mar 2009

    hiburan sana sini,
    da terlalu banyak,
    tak terkawal,
    sape yang patut disalahkan?
    mereka? ahli keluarga mereka?

  22. hazman aka species1980 on 26 Mar 2009

    Sememangnya ….rakyat malaysia memang sukakan perkara yang berunsur hiburan dan gossip….lihat saje betapa banyaknya program dan majalah hiburan yang ada di pasaran…

  23. syazwan on 01 Apr 2009

    sama2 kita munasabah diri.bangunkan kegemilangan Islam dan bangsa kita!

  24. titan on 26 Apr 2009

    orang kita nih, memang suka ambil tahu. biasalah, suka jaga kain orang…

  25. hafiz on 30 Apr 2009

    salam pertama kali disni..
    menarik artikel di sini
    same2 la kita insaf menginsafi

  26. belangkas on 12 May 2009

    Salam..saya orang baru..alhamdulillah artikel yang sangat menarik..
    sedih juga ye bile tengok anak2 muda sanggup beratur panjang nak ujibakat af..tp xde pulak yang beratur panjang nak ambik wuduk di masjid..

  27. Ahliahnizam on 15 May 2009

    Assalammualaikum wrt wbt ….

    Kalau kita mengaku kita ni umat nabi, kenalah buat apa yg pernah nabi buat. Kalau nak ikut 100%, kompom lah x leh. Tapi nasihat-menasihati, ingat-mengingatkan sesama insan adalah part of dakwah, which is kerja yg nabi buat.
    So …..?, tepuk dada tanya iman.

  28. mohdyusuf86 on 23 May 2009

    walau apa pun kemajuan yang datang tetati agama dan pegangan mesti tidak di lupakan..

  29. jari on 28 May 2009

    assalamualaikum..

    Apa yang saya tahu orang kafir ni akan menyerang akidah melalui 3 F..
    FOOD
    FUN
    FASHION

    jadi renung-renungkanlah..

  30. Maria on 31 May 2009

    Sesungguhnya org kafir tidak menyerang dgn 3F,malah semua ni adalh terserah dgn pegangan hidup seseorang itu, dan didikan keluarga..

    Sama2lah renung kembali..

  31. palapes ukm on 30 Jun 2009

    bagus juga, dalam kehidupan yang akhir zaman ini teknologi perlu digunakan ke jalan yang sebaik-baiknya. himpunan kekayaan tidak sama dengan menghimpun pahala-pahala yang sudah tentu manjanjikan syurga kepada yang sentiasa ingat padaNya.

  32. adie on 09 Jul 2009

    huhu…aku sokong gile artikel ni

    • budakccns on 15 Jul 2009

      selain dari tue rerajin le gi ke website neh http://www.ibnuyaacob.com sebagai tambahan kepada MK nyer web… Ianyer ditulis sekumpulan pengkaji yang becakap menggunkan ilmu and fakta….

  33. ikram84 on 14 Aug 2009

    Salam admin…

    walaupun topik utama sesuatu blog tidak kena mengena dengan agama, perlu lah kita sampaikan juga perihal agama.. seperti tuan blog bercakap di awal entri ini.

    saya sendiri menulis tentang pasal hiburan atau artis. Boleh lah kita join bersama memerangi mereka ni :P

    http://www.ajakbicara.com/penulis/astaghfirullah-al-azim-ini-artis-malaysia.html

  34. poknb on 19 Sep 2009

    MK , banyakkan dakwah dalm blog ye.mainkan peranan sebagai seorang muslim

    • MK on 21 Sep 2009

      @poknb: insyaAllah, akan diperbanyakkan lagi, walaupun saya ni pun bukan la pandai sangat >_<


Leave your comment