Kebelakangan ini, saya sering menerima emel yang bertanyakan tentang bagaimana nak buat laman web atau blog sendiri. Nampaknya semakin ramai yang berminat untuk menyertai dunia blog ini. Anda pun nak ikut serta? Jom! Terlebih dahulu, mari kita kenal apakah itu blog.

imej: ©athrine
Apakah Itu Blog?
Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.
Mengapa Nak Buat Blog?
Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:
- Sebagai diari dan catatan harian
- Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
- Berbicara hal politik (Anwar Ibrahim dan Khir Toyo pun ada blog sendiri ^^)
- Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online
Antara contoh-contoh blog adalah Saifulislam yang mengajak kita berfikir, Affuan.net yang memberi tips tentang bisnes Internet, dan juga KNizam Artwerk yang membawa anda ke tempat-tempat makan yang menarik. Tak lupa juga pada SembangKomputer.com yang mengandungi banyak tips-tips mengenai komputer :p
Mudahnya Menggunakan Blog!
Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog (^_^). Contohnya seperti di bawah ni:
Anda hanya perlu taip artikel anda…
Dan ianya akan diletakkan dalam blog anda. Mudah kan ^^
Pendek kata, anda tak perlu bimbang mengenai design blog anda (boleh didapati dengan percuma), ataupun bahagian sidebar (kat sebelah kanan tu) yang nampak macam kompleks. Tiada kod-kod yang susah yang perlu dihafal. Cubalah sendiri, barulah anda tahu bahawa memulakan blog tidaklah sesusah mana.
Blog Percuma dan Blog Berbayar
Sekarang anda dah mula berminat dan teringin nak buat satu blog, tapi nak buat kat mana ye? Ok, ada dua pilihan untuk membuat blog, iaitu blog percuma dan blog berbayar.
Blog Percuma
Boleh didapati dari laman web seperti WordPress.com dan Blogspot. Laman web seperti ini menyediakan domain name dan hosting percuma. Alamat blog anda biasanya berakhir dengan penyedia blog tersebut, contohnya http://ahmadmarzuki.blogspot.com ataupun http://ahmadmarzuki.wordpress.com.
Blog seperti ini biasanya mempunyai had-had yang tertentu. Ianya lebih sesuai untuk blog yang tidak berdasarkan keuntungan, contohnya blog peribadi ataupun blog kelab peminat. Ia juga sesuai sebagai tempat cuba-cuba jika anda ingin belajar buat blog.
Blog Berbayar
Bagi blog seperti ini, anda haruslah membeli sendiri domain name dan hosting untuk blog anda, contohnya dari DataKL. Anda bebas untuk memilih alamat bagi blog tersebut, contohnya www.ahmadmarzuki.com. Tiada had yang dikenakan, dan anda bebas untuk buat apa sahaja ke atas blog anda.
Jika anda serius dalam membuat blog, gunakan blog berbayar. Harga tak mahal sangat pun, RM160 setahun pun boleh dapat.
WordPress.org vs WordPress.com
Ramai yang keliru antara WordPress.org dan WordPress.com. Di sini saya ingin menerangkan perbezaan di antara keduanya.
WordPress adalah sebuah software yang digunakan untuk membina blog. Banyak lagi software lain yang terdapat pada masa ini, tetapi WordPress adalah yang paling bagus dan meluas digunakan. Laman web rasmi bagi sistem WordPress ini adalah di www.wordpress.org.
Laman web WordPress.com pula adalah sebuah perkhidmatan blog percuma yang disediakan oleh syarikat Automattic. Ia juga menggunakan software WordPress. Namun sebagai blog percuma, blog-blog yang dibuat di WordPress.com mempunyai had-had yang tertentu. Contohnya, anda tak boleh meletak iklan-iklan yang menggunakan Javascript.
Pendek kata, apabila saya bercakap tentang plugin ataupun theme terbaru WordPress, ia adalah berkaitan dengan software WordPress yang digunakan pada blog berbayar, dan BUKAN pada servis blog percuma di WordPress.com
Jadi, Apa Pilihan Anda?
Sudahkah anda tentukan blog apa yang anda ingin tulis? Dan perkhidmatan blog manakah yang anda akan guna? Dalam entri akan datang, saya akan ceritakan satu-persatu mengenai langkah-langkah membuat blog menggunakan WordPress.com dan Blogspot. Bagi mereka yang serius, jangan bimbang kerana entri mengenai WordPress.org juga akan menyusul. Tunggu ya ^^
Entri-entri lain dalam siri ini:
- Buat blog percuma dengan Blogspot
- Buat blog percuma dengan WordPress.com
- Buat blog pada domain sendiri dengan WordPress
Nota: Link DataKL di atas adalah merupakan link affiliate saya. Jika anda membeli domain atau hosting melalui link tersebut, saya akan mendapat sedikit ganjaran dari DataKL dan membantu dalam pembangunan blog ini. Terima kasih.
aku dulu memang blur gak dalam hal2 nih…
tapi banyak yg telah aku blaja dari internet..
aku harap…
kau akan banyak post kan info2 pasal wordpress
cheers!
@loque: tq ^^
InsyaAllah.. lebih byk info akan menyusul tiba,
walaupun dalam kesibukan yang melanda T_T”
aku harap dapat mngetahui info2 pasal wordpress dari sembang komputer kelak..
cheers!
loque’s last blog post..flyer yg di update!
hahaha…
xpe2…
relax bro…
aku suke dgn blog nih dan keikhlasan tuan ampunya berblog.. :D walaupun penuh isi dgn artikel menarik dan boleh memikat visitor yang ramai.. namun aku tak nampak satu iklan pun.. :D ala ala open source gitu.. hoho..
@xero: erk, jangan le cakap camtu. bukan tanak letak iklan, cuma belum masanya lagi. lagipun sy tak kesah sgt pun psl iklan, pas 2-3 bulan nanti letak la kot. skang ni sibuk.. huhu
oh.. encik MK… saya sudah mula menulis blog sejak seawal november 2005 lagi namun sehingga ke hari ini masih banyak yang saya tidak tahun tentang dunia blog.
hehe…
terfikir beberapa kali untuk berpindah ke wordpress sebab ramai yang cakap features kat wordpress lagi masyuk….
ble nk wat artikel tentang cara2 nk pindah rumah dari blogspot ke wordpress?
shandye’s last blog post..a test, a kiss, and a very sweet goodbye
@shandye: oho, pasal redirection dari blogspot ke wordpress tu ek? nasib baik awk ingatkan sy, nanti sy buat :)
xero, aku pun ikhlas hape. ahaha.
Affuan’s last blog post..Bisnes Internet: Tiada Guna Jika Hanya Setakat Tahu
perghhhhh ada ping back la. cayalah sembangkomputer.com hehe thanks! bagi aku blog yang aku buat memang untuk jalan2 carik makan dengan jalan2 cuti2 malaysia. yang lain2 tu sekadar nak tambah rencah2 dalam entry blog aku adjer. hehe semoga entry2 blogger malaysia bermanfaat untuk semua kan. eh terpanjang plak comments la. :)
KNizam’s last blog post..I Missed the OBW 2008 & Now I Am Off to Sunway Hotel, Seberang Jaya, Penang !
menarik betul artikel ini..seronok saya membacanya :D
vangardx’s last blog post..I will stop writing
Padat tentang apa itu blog. (iklan tu kira extra lah, boleh lah bayar duit hosting)
Sekarang ni,blog dah tumbuh macam cendawan lepas hujan.Blog kita sama niche cerita pasal komputer :)
starline’s last blog post..Musim Tekanan Bermula..
@starline: salam kenal, starline dari AnjungPC.. ^__^
ermm aku mmg nak buat blog..
tapi aku blur bahagian kanan tu.. pening..
harap ko leh wat tutorial pasal tu..
@wan: boleh InsyaAllah..
aku pon agak tertekan bile orang tanye camne nak start blog…
NoktahHitams last blog post..Anymore Suggestion For Plant-a-Tree Theme?
@NoktahHitam: nak buat camne, dah makin ramai orang berminat skang neh ^^”
Pingback: Buat Blog Percuma Dengan Blogspot | SembangKomputer.Com
sangat menarik. boleh pinjam artikel ni?
blogmenjerits last blog post..Melindungi email dari Spam-bot
@blogmenjerit: boleh.. pastikan ada link balik ye ^^
Pingback: Buat Blog Percuma Dengan Wordpress.com | SembangKomputer.Com
salam..nk tny skit ni..
sy baru wat blog, masalahnye skrg bile sy tulis posts baru pastu publish..die tak berada kat perenggan yg seterunya, tapi die brada kat atas posts yg lame tu..mcm mn nk wat bagi setiap kali wat post baru die berada kat bawah post lame dan seterusnye…tlg ye…tq.
@amir: w’salam
secara default, memang semua blog pun camtu.. post baru akan pergi ke atas, sebab senang orang nak tengok..
kalau awak nak ubah gak, mungkin awak kena ubah coding bagi template blog awak, agak rumit lah sket
Nk tanyer ni? Antara wordpress dengan blogspot yang mana paling best? mudah diselenggarakan?
@pajek: semestinye.. wordpress :)
Pingback: Cara-Cara Nak Buat Blog Pada Domain Sendiri Dengan Wordpress | SembangKomputer.com
bergantung kepada individu gak..ader yang kata blogger lagi senang.ader yang kata wordpress lagi senang.
kalau nak guna wordpress, kena ader hosting dlu. kena kuar duit ler maknanya.
tapi kalau blogger free and ada diluar sana yang pandai ejas template jadi lawa. so nampak menarik.
boleh x bagi sy serba sedikit pasal history of blog…
sape yg mula2 cipta blog ni… dan sewaktu dgnnya…
sy dah buntu nak carik, mungkin agak rumit sedikit org ncm sy yg tidak tahu banyak tentang blog.. ini adalah untuk kerja2 assingnment
harap sgt2 anda boleh tolong…
salam…
bole tak beritahu tentang pengenalan kepada wordpres.apa itu wordpress dan langkah-langkah bg membina wordpress?
atau berikn lamn web bm yg bole sy lawati tuk mendptkn mklumt ini..?
@lolipop: untuk langkah-langkah membina WordPress, tengok kat sini
salam, wex tak tau plak wordpress ade .org ngn .com…. wex dh try wordpress.com… dn mmg limited… huhuhuk… themes sndiri pn tak bleh nak letak, tue yg sedey… adoi, awat laaa smpai camtu skali… tringin bangat nak maen ngn wordpress…..
nak amek yg berbayar (self-hosting), ermmmmm, wex maseh tak seserius tuh…. tp nnt klu tul2 serius wex nak amek self-hosting tuh…
so, mengikut kemampuan skang, blogspot adalah yg terbaek wex bleh gne…
Salam,
sy bercdg nak berniaga online. ingat nak iklan kan produk melalui blog. x pe ke kalau registered kat blog percuma.
salam. guna blog percuma pun dah ok dah kalau nak iklankan produk.
nak wat blog guna wp kena ada hosting dulu ka??pastu kalau dah ada blog free sndiri dari blogspot bertukar kepada blog yang ada hosting+domain sendiri camne??tq
@eg, kalau nak pindahkan blog dari Blogspot ke WordPress, klik sini.
Assalammualaikum…saya mmg minat blaja wat blog…leh x saya dapatkan nota sedikit sebanyak sal blog…sbb saya nk blaja lebih mendalam….dan ingin menurunkan sedikit ilmu sal blog kat student saya…
@LeeN, setakat ni apa-apa yang saya tulis pasal blog boleh awak ambil dari kategori Buat Blog. Kongsikan la bersama anak-anak murid ye :)
tumpang bertanya,kalau saya ingin bertukar dari blogspot.com ke .com tanpa ubah apa-apa boleh?
sebagai contoh http://www.hilangpunya.com.dia masih mengekalkan blogspot walaupun mempunyai domain sendiri.bantu saya.
terima kasih
akom,aku pown bru je pasal blog niyh..
bole sape2 ajar aku mcm ne nak tau full pasal blog?
boleh blah…hehe..ak pon x tau
akom…bole ajar saye serbe sedikit pasal blog
nak wat layout kew..
nak wat idea tulis blog kew…plzzzzz
saye x de pe nk tanye..saje jerk nyebok..
macemane nk cari psl ngan owang?
sy ndah wat blog kt blogger tp memg tah leh search kt google ,yahoo dll ke,asyik kn login kt google dl kl trus taip alamat 2 thleh ke
assalamualaikum w.b.t en.Muhammad Khairul…saya nie memang tak reti pasal komputer,macam mana nak buat blog? dah ikut macam dlm blog u tapi macam tak menjadi coz bila dicari tak de dlm internet
salam..tumpang lalu buat admin…cam ni saya nak tanya..sebelum ni saya ada buat blog untuk buat bisness online kecil2an..tapi x tau nak masukkan gambar..saya ada try masukkan gambar tapi x leh priview..harap dapat tolong yer..bab wordpress pulak 1 perkara yang terlalu advance…kene beli jugak yer hosting dia..yang percuma xda ker :p
tq
salam sahabat saya nk tahu la cara nk buat blog sebab sye ada join satu bisness yg berasaskan internet