Tahu tak kenapa fail PDF adalah paling popular digunakan di laman-laman web? Biasanya bila satu-satu laman web menyediakan dokumen yang boleh kita download, ia akan diberi dalam format PDF. Kawan saya pernah tanya, kenapa tak guna format DOC oleh Microsoft Word? Ok, bagi menjawab soalan ini, mari kita tengok apa itu PDF.
PDF (Portable Document Format) adalah satu format fail yang dibina oleh Adobe. Fail PDF biasanya mengandungi teks dan gambar, sama macam fail Microsoft Word. Namun fail PDF ini telah menjadi format utama yang digunakan di Internet, kerana saiznya yang kecil. Bayangkan fail Microsoft Word yang sebesar berpuluh-puluh MB boleh dipadatkan sehingga tidak lebih dari 10 MB sahaja dalam fail PDF. Saiz yang kecil ini akan memudahkan anda download dokumen dari Internet, serta menjimatkan ruang dalam Hard Disk.
Untuk membaca fail PDF, anda perlukan software seperti Adobe Reader ataupun Foxit PDF Reader. Saya cadangkan anda guna Foxit PDF Reader kerana ia lebih pantas.
Kalau nak buat fail PDF pula, Microsoft Word pun boleh digunakan. Dah habis tulis dokumen anda, tukarkan fail Word tersebut kepada PDF menggunakan CutePDF Writer. Nak lebih mudah, gunakan OpenOffice yang membolehkan anda save terus dokumen anda dalam bentuk PDF.
Pingback: Buat Fail PDF dengan CutePDF Writer | SembangKomputer.com
ooooooo…..yeke??????
nasib aku xdelete…
hihihihihi….
Saya gunakan fail PDF untuk disebarkan kerana fail PDF tidak boleh diubah isi kandungannya. Maknanya, orang yang terima fail saya tidak boleh mengubah kandungan fail tersebut dan kemudian mengatakan fail tersbeut adalah hasil ciptaanya.. Fail .doc boleh diubah dengan mudah.
salam
law gitu saya boleh kutip U fail?
Ha!ha! betul gak cakp Hisyam tuh ek, tp ada x software bley tkrkan format Pdf kpd format doc ek? Sy pun nk tau gak nie…
@wise, guna SomePDF.
pkai pdf to word converter pn boleh gak..korang bukak google then taip jew..
jumpa la nanti
kemarin dpet power point dlm bentuk pdf,, pantesan gak bisa di edit. hehehe……… baru tahu..
thank’s ya..
Pingback: Panduan komputer & perniagaan internet : Rahsia Komputer
Pingback: Menukar Format Word Ke PDF Dan PDF Ke Word | - KOMPUTER & INTERNET -
terima kasih
open the fail pdf