Jika anda tidak biasa dengan istilah ‘Disk Image’, ia adalah satu salinan CD atau DVD dalam bentuk fail. Disk image ini biasanya terdapat dalam bentuk .ISO. Format – format yang lain termasuklah juga .IMG, .DMG, dan .NRG. Oleh kerana ISO ini hanyalah merupakan satu fail, untuk menggunakannya anda haruslah burn fail ISO tersebut, iaitu memasukkannya ke dalam CD atau DVD. Anda juga boleh menggunakan CD Emulator seperti Alcohol 120% atau Daemon untuk menggunakan fail ISO tanpa perlu burn ke dalam CD/DVD. Teruskan membaca.

Anda boleh menggunakan aplikasi seperti LCISO Creator bagi mengeluarkan fail ISO dari CD/DVD yang asli. Untuk burn fail ISO ke dalam CD/DVD pula, gunakan aplikasi percuma ImgBurn (aplikasi komersial untuk burn CD adalah seperti Nero).
Apakah kelebihan menggunakan CD Emulator? Dengan CD Emulator, anda boleh ‘menipu’ komputer dengan memasang fail ISO anda pada satu drive maya. Dengan cara ini, anda tidak perlu burn fail ISO tersebut dan boleh terus menggunakannya.

Pada screenshot di atas, anda dapat lihat saya mempunyai 4 CD/DVD drive. Sebenarnya saya tidak mempunyai satu pun. Keempat – empat CD/DVD drive tersebut dicipta oleh Daemon, di mana saya telah mount fail ISO ke setiap satu drive tersebut.
Pingback: Cara-cara Nak Burn Fail ISO Ke Dalam CD Atau DVD | SembangKomputer.Com
pening-pening… masuk ni dah 10 kpg cd yg rosak, satu pun tak leh nak burn ISO.. lagipun saya ni memeng tak paham betul belajar dengan cara begini.. kena tunjuk depan btg hidung baru nak paham. ada cara lain tak faham
@mail78: guna la CD-RW, sebab CD-RW ni boleh burn berapa kali pun boleh. takde la rosak kalau awak tersilap burn
CD-RW kalau calar tak guna juga
Pingback: Scan Virus Sebelum Masuk Windows dengan UBCD4Win | Sembang Komputer
untuk ape disk image ni….??
ade bnyak gune mnde ni…slah stu nye aku gune tuk main game tnpe gune cd…haha.
@SyukeriRonlado: Untuk buat backup terhadap CD atau DVD.
mcm mne nak main game guna cd ..tu tlg ajar blh tak mcm mne nak buat
klw cd ps 2 blh ke .. guna mnde ni
klw cd ps blh ke .. guna kaedah ni
klw cd ps2 ke ps3 blh ke .. guna kaedah ni
boleh kalau main ps2/ps3 kat komputer menggunakan emulator ps2/ps3 dan load image file
mcm mne nak tukar file jenis format .IMG, .DMG, dan .NRG. ke ISO?? PENING ARR,… then,kalo nak boot file ke usb drive kene tukaq format file ke ISO x??? sekian dan terima kasih..