Pada artikel yang lepas saya telah menerangkan langkah-langkah untuk memasang persekitaran Rails pada komputer anda. Kali ini, kita akan membina aplikasi Rails yang pertama dan berkenalan dengan penggunaan RVM, Git, dan Heroku.
Pasang Ruby
Pertama sekali, kita perlu memasang komponen yang paling penting dalam projek Rails, iaitu RubyGems. Oleh kerana sesetengah projek memerlukan versi yang berbeza, gunakan RVM untuk menguruskan segala gem anda.
Pasang RubyGems mengikut versi yang anda kehendaki. Pada contoh di bawah, saya menggunakan versi 1.8.7.
rvm install 1.8.7
rvm use 1.8.7RVM membolehkan anda membuat gemset, di mana setiap satunya mengandungi koleksi gem yang tersendiri. Anda boleh membuat beberapa gemset untuk menguji aplikasi Rails anda ke atas versi gem yang berlainan.
rvm gemset create sample_app
rvm use 1.8.7@sample_appAnda boleh menetapkan supaya gemset anda tadi digunakan secara default:
rvm use 1.8.7@sample_app --default
Jika anda mempunyai banyak projek dalam komputer anda, anda boleh gemset default yang berlainan bagi setiap projek:
echo "rvm 1.9.2@sample_app" > ./sample_app/.rvmrc
Pasang Rails
Setelah memasang RubyGems, pasang Rails mengikut versi yang anda kehendaki:
gem install rails -v 3.0.1
Aplikasi Rails pertama anda
Bina aplikasi Rails anda yang pertama:
rails new sample_app
Anda akan lihat sejumlah fail dan folder dibuat untuk aplikasi ini, paparannya seperti di bawah:
$ rails new sample_app
create
create README
create Rakefile
create config.ru
create .gitignore
create Gemfile
create app
create app/controllers/application_controller.rb
create app/helpers/application_helper.rb
create app/mailers
create app/models
…
Menggunakan Bundler
Masuk ke dalam folder projek anda dan ubah fail Gemfile. Fail ini mengandungi maklumat tentang segala gem yang diperlukan oleh aplikasi anda.
cd sample_app vim Gemfile
Kandungan fail Gemfile adalah lebih kurang seperti di bawah:
source ‘http://rubygems.org’
gem ‘rails’, ’3.0.1′
# Bundle edge Rails instead:
# gem ‘rails’, :git => ‘git://github.com/rails/rails.git’gem ‘sqlite3-ruby’, :require => ‘sqlite3′
# Use unicorn as the web server
# gem ‘unicorn’# Deploy with Capistrano
# gem ‘capistrano’# To use debugger
# gem ‘ruby-debug’…
Buat masa sekarang, kita hanya memerlukan gem yang asas iaitu Rails dan SQLite, jadi biarkan fail tersebut tanpa perubahan. Seterusnya, pasang kesemua gem yang telah dinyatakan dalam Gemfile:
bundle installMulakan server
Kini anda boleh memulakan server untuk menguji aplikasi Rails anda.
rails server
Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda boleh menguji aplikasi anda dengan melawati http://localhost:3000/ pada pelayar web anda.
Gunakan Git
Satu komponen yang sangat penting dalam pembangunan aplikasi adalah version control untuk menguruskan kod, mencatat segala perubahan ke atas kod, serta memudahkan kerjasama di antara pembangun.
Bagi Rails, version control yang digunakan secara meluas ialah Git. Laksanakan arahan di bawah untuk menetapkan projek baru anda dengan Git.
git initTambah kesemua fail Rails anda dan bersedia untuk commit.
git add .Simbol ‘.’ bererti direktori di mana anda berada sekarang (pastikan anda berada pada ./sample_app), dan Git akan turut menyertakan segala fail dan folder yang berada di dalamnya. Arahan git add menyediakan kesemua fail yang anda akan commit.
Setelah pasti anda ingin menyimpan kesemua perubahan terhadap kod Rails anda, lakukan commit.
git commit –m “Initial commit”Operator –m membenarkan anda menambah mesej terhadap commit untuk kefahaman anda sendiri.
Gunakan GitHub
GitHub adalah sebuah laman untuk menyimpan kod anda di Internet, dan ia juga memudahkan kerjasama antara pembangun-pembangun aplikasi anda.
Dapatkan akaun percuma pada GitHub, dan buat sebuah repository yang baru.
Hantarkan aplikasi Rails anda kepada GitHub:
git remote add origin git@github.com:<usernameanda>/sample-app.git git push –u origin master
Pastikan anda gantikan usernameanda dengan username GitHub anda sendiri.
Kini kesemua kod anda telah disimpan di dalam GitHub, dan anda boleh mula berkongsi serta bekerjasama dengan pembangun web yang lain.
Gunakan Heroku
Heroku adalah sebuah laman yang menyediakan pelayan untuk aplikasi Rails. Jika anda menggunakan Git, anda boleh menghantar kod anda terus kepada Heroku, seterusnya menguji aplikasi anda terus sebagai laman web yang sebenar.
Pertama sekali, pasang Heroku, dan tambahkan public key anda.
gem install heroku
heroku keys:addTetapkan aplikasi anda tadi dengan Heroku, dan hantar kesemua kod buat kali pertama.
heroku create
git push heroku masterSetelah berjaya, Heroku akan memberikan anda URL bagi aplikasi anda (contohnya http://blooming-galaxy-9330.heroku.com) dan anda boleh mengujinya serta-merta. Selamat mencuba!
menarik..
ewahh. main dengan rails ek sekarang/
salam..
admin macam mana nak selesaikan masalah “windows explorer is not responding”
saye bru pki skinpacks kt komp dan tros jd mcm ni
bole tlg x T_T