Ninja Pendisk – Halang Virus Yang Datang Dari USB Drive

ninja-big

Saya baru jer jumpa satu software baru nama Ninja Pendisk. Software free ni kata dia boleh menghalang komputer anda dari dijangkiti virus yang datang dari USB thumb drive. Tiada keperluan untuk konfigurasi aplikasi ini walaupun ianya mempunyai option konfigurasi.

Software ini adalah portable, bermakna anda tak perlu install untuk menggunakannya. Sangat sesuai untuk pelajar2 kolej dan universiti yang selalu berkongsi komputer di makmal yang biasanya tidak mempunyai “administrative rights” untuk install software baru.

Selepas melarikan software ini, ia akan berada di taskbar windows anda dan menunggu USB drive dimasukkan. Sekiranya ada virus dikesan, ia akan mengeluarkan paparan dan membersihkan virus itu secara automatik. Satu paparan akan dikeluarkan sekiranya virus berjaya dibuang.

Continue reading

Gunakan Google Untuk Mencari Webcam

Ada bermacam benda kita boleh buat dengan Google. Serius, terlalu banyak sekali. Saya akan tunjukkan dari semasa ke semasa apa yang kita boleh buat dengan Google ni. Dan saya maksudkan hanya dengan google.com, bukannya gmail.com atau groups.google.com atau service lain dari Google, melainkan hanya menggunakan enjin pencarian Google.

Perkara pertama yang saya ingin kongsi adalah bagaiman mencari webcam menggunakan Google. Anda semua boleh menggunakan terma pencarian di bawah untuk mencarinya. Hanya “copy & paste” ke enjin pencarian Google dan click “Search”:
Continue reading

Masalah Dengan D-Link Router

MK ada menghantar persoalan kepada aku pasal 2 problem ngan user yang ada D-Link wireless router. Berdasarkan pengalaman yang aku ada, aku akan cuba menjawab persoalan ni dengan sebaik mungkin.

Dari Zariel

“sy menggunakan router jenis D-Link model DI-524 (AirPlus G 802.11g/2.4Ghz wireless router) dan tiada masalah menggunakannya…cuma sy nak tukar nama utk wireless (SSID) router tu dari ‘default’ ke nama yg sy nak. masalahnya sekarang ni…dlm manual yg diberi…suruh taip ‘http://192.168.0.1‘ kat ruangan URL kat browser….tp x dapat lak…cmna nak buat ye?”

Continue reading

Menipu dalam Freecell

Halluuuuu~~ semua. Saya merupakan guest blogger kat sembangkomputer.com yg terbaru. Disebabkan saya xtahu nak tulis ape dengan entry pertama ni, so saya mulakan dengan benda plg bongek saya leh pikirkan.

Sebenarnya tadi saya check list program yg saya guna dan boleh dikongsi dengan pembaca SK.com ni. Usha punya usha, last2 skali terserempak lak ngan game lama Freecell ni. Saya rasa xramai orang suka main Freecell ni tp ramai yang suka main Solitaire. Apa-apa pon..saya nak ajar cara tipu main Freecell.

Continue reading