Jalankan ujian pada aplikasi web dengan Selenium IDE

Dalam menguji laman web yang anda bangunkan (biasanya di localhost) pastinya anda perlu membuat tugas yang sama berulang-kali seperti mendaftarkan pengguna, melengkapkan borang, dan banyak lagi.

Biasanya bila dah malas, mulalah anda isikan borang ini dengan maklumat merepek, seperti rajah di bawah ini.

image

Sebenarnya anda boleh jalankan proses ini secara automatik dengan menggunakan Selenium IDE. Ia merupakan sebuah add-on untuk Firefox yang membolehkan anda merakam aktiviti pada laman web anda, dan jalankannya semula bila-bila masa yang anda mahu. Konsepnya lebih kurang sama dengan macro yang terdapat pada Microsoft Office.

Lancarkan Selenium IDE dan ia akan terus mula merakam aktiviti anda. Untuk menghentikan rakaman, tekan Actions > Record. Anda boleh simpan rakaman ini dan gunakannya kembali pada bila-bila masa.

SNAGHTMLc28ac5

Di sini saya sertakan beberapa fungsi yang mungkin berguna buat anda sebagai penguji aplikasi web:

  • open(url) – Pergi ke alamat yang dinyatakan. Biasanya digunakan untuk memulakan skrip Test Case anda.
  • type(locator, value) – Isi borang secara automatik.
  • pause(waitTime) – Berguna untuk laman web yang menghalang anda dari menghantar borang secara serta-merta. Pada IDE, letakkan Command sebagai `pause` dan Target sebagai `3000`, iaitu 3 saat.
  • clickAndWait – Tekan sesuatu butang dan tunggu sehingga halaman yang seterusnya dipaparkan, biasanya digunakan pada butang ‘Submit’.

Download add-on untuk Firefox: Selenium IDE

Buat Live USB untuk Linux dengan LiLi USB Creator

Kadang-kadang bila saya fikir sesuatu kerja itu sudah sedia mudah, saya terjumpa perisian yang memudahkannya lagi.

Kali ini saya bercakap tentang Live USB untuk Linux. Dengan meningkatnya populariti laptop tanpa DVD-ROM, ramai pengguna yang beralih kepada Live USB untuk memasang sistem pengoperasian terutamanya Linux. Kalau dulu, untuk memasang Ubuntu saya perlu boot ke dalam CD Ubuntu terlebih dahulu, kini saya terus boleh melakukannya dari Windows, dengan Linux Live USB Creator.

SNAGHTML15c14b

Cara menggunakan LiLi USB Creator sangat mudah. Seperti rajah yang anda lihat di atas, kesemua langkah-langkah telah disediakan pada aplikasi itu sendiri:

  • STEP 1: CHOOSE YOUR KEY – Pilih USB drive anda.
  • STEP 2: CHOOSE A SOURCE – Pilih sumber bagi pemasangan Linux. Biasanya saya download ISO Linux terlebih dahulu, dan di sini saya pilih ISO / IMG / ZIP.
  • STEP 3: PERSISTENCE – Tinggalkan sahaja bahagian ini.
  • STEP 4: OPTIONS – Anda boleh tinggalkan kesemua kotak kosong.
  • STEP 5: CREATE – Tekan butang petir tersebut untuk memulakan pemasangan Linux ke dalam USB drive anda.

Setelah siap, anda boleh boot ke dalam USB drive ini untuk memasang Linux, atau menggunakannya sebagai Live USB.

Download: LiLi USB Creator

Ikuti perkembangan teknologi dan pengaturcaraan di Hacker News

Hacker News

Salah satu tempat kegemaran saya di Internet kini adalah Hacker News, sebuah laman web yang mengumpulkan berita-berita berkaitan teknologi dan pengaturcaraan.

Kebanyakan artikel yang dipaparkan adalah mudah dibaca dan tidak memerlukan pengetahuan yang begitu mendalam. Saya juga gemarkan reka bentuk laman Hacker News yang sangat ringkas dan mudah diimbas.

Kan bagus kalau Malaysia juga punyai komuniti seperti ini, yang bertumpu kepada teknologi dan pengaturcaraan sahaja, kan?

Cara memasang butang Facebook Like pada entri blog

Terdapat beberapa kelebihan dalam memasang butang Facebook Like pada entri blog. Apabila pembaca menekan butang ‘Like’, artikel tersebut akan dikongsikan pada Facebook mereka, sekaligus membantu promosi blog anda . Jumlah ‘Like’ juga boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk populariti satu-satu artikel.

Artikel ini akan menerangkan cara-cara memasang butang Facebook Like untuk WordPress secara manual, tanpa menggunakan plugin. Kelebihan cara ini adalah ianya lebih ringan, anda juga dapat membiasakan diri dengan Facebook App, PHP dan kod WordPress. Mari kita mula:  Continue reading

Jadikan artikel lebih tenang untuk dibaca dengan Readability dan Instapaper

Kusut kepala saya apabila cuba membaca berita dari laman web tempatan seperti The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today. Bukan kerana kusutnya keadaan politik tanah air, tetapi kerana penuhnya laman tersebut dengan pautan dan gambar di kiri kanan yang tiada kaitan langsung dengan artikel. Walaupun setelah menggunakan AdBlock untuk menyekat iklan, masih terdapat banyak bahagian yang menganggu pembacaan.

Lihat contoh di bawah. Bahagian yang menganggu pembacaan saya diletakkan di dalam kotak merah. Artikel yang betul-betul ingin dibaca adalah di bahagian tengah sahaja.

image

Untuk membuang segala gangguan ini, saya gunakan Readability ataupun Instapaper. Khidmat tersebut akan membuang segala gangguan supaya anda dapat membaca dengan tenang dan penuh perhatian. Hasil artikel yang telah ditukarkan oleh Readability adalah seperti di bawah:

image

Readibility dan Instapaper berfungsi dengan memasang add-on pada pelayar web anda, dan anda boleh tukarkan sebarang artikel kepada versi yang lebih senang dibaca. Anda juga boleh menyimpan dan menguruskan artikel kegemaran anda, serta mengaksenya dari pelbagai peranti seperti telefon Android, iPhone, iPad, dan Kindle.

Download (anda hanya perlukan salah satu sahaja):

Gunakan XAMPP untuk memasang WordPress, Joomla, dan Drupal pada komputer anda

Jika anda ingin belajar PHP, cara paling mudah untuk bermula adalah dengan memasang XAMPP. XAMPP merupakan pakej Apache beserta komponen seperti MySQL dan PHP. Biasanya anda perlu memasang komponen-komponen tersebut satu-persatu, namun dengan XAMPP semuanya tersedia dengan satu pemasangan sahaja.

Dengan XAMPP, anda juga boleh memasang WordPress, Joomla, ataupun Drupal pada komputer anda. Ia berguna jika anda ingin menguji laman web pada komputer anda terlebih dahulu sebelum melancarkannya pada URL yang sebenar di Internet.  Continue reading

Jadikan Evernote sebagai gedung ilmu peribadi anda

Untuk mencatat nota, saya lebih gemar aplikasi ringkas seperti Notational Velocity dan ResophNotes berbanding Evernote yang tampak sedikit kompleks. Lebih penting lagi, Notational Velocity dan ResophNotes mempunyai fungsi carian yang pantas. Sambil anda menaip carian, hasil carian dipaparkan secara serta-merta.

Baru-baru ini saya kembali mencuba Evernote, dan alangkah berbunganya hati apabila melihat fungsi carian pantas ini telahpun dibina ke dalam Evernote. Kini apa yang saya perlu adalah belajar menggunakan Evernote secara minimalistik—menggunakan fungsi yang berguna sahaja dan meninggalkan yang lain. Di sini saya akan berkongsi kelebihan Evernote dalam memudahkan urusuan harian anda. Continue reading