Fungsi kemaskini WordPress secara automatik tidak berfungsi?

Sehingga kini saya masih lagi mengemaskini fail WordPress secara manual. Ini kerana setiap kali saya menekan butang Automatic Update, ia hanya akan cuba memuat-turun fail zip yang diperlukan, namun tiada apa pun yang berlaku selepas itu.

Rupa-rupanya masalah ini berpunca kerana saya tidak menggunakan PHP5. Untuk membetulkannya, hanya sedikit perubahan perlu dilakukan ke atas fail .htaccess. Buat salinan terhadap fail .htaccess anda, dan tambahkan salah satu daripada kod-kod yang diberikan di bawah (cuba ia satu-persatu):

AddType x-mapp-php5 .phpAddHandler application/x-httpd-php5 .phpAddHandler cgi-php5 .php

Setelah memasukkan salah satu daripada kod di atas, save fail .htaccess dan cuba semula fungsi Automatic Update pada WordPress anda.

Laman beli-belah online popular di Malaysia

Dengan meningkatnya populariti laman web seperti AirAsia dan Groupon Malaysia, pengguna tempatan kini semakin selesa dengan pembelian melalui Internet. Ianya menjimatkan masa, anda tidak perlu keluar dan boleh melakukan segala urusan terus dari rumah.

Berapa kerapkah anda menggunakan perkhidmatan seperti ini? Artikel pada kali ini akan menyenaraikan laman web yang boleh memudahkan urusan anda setiap hari. Continue reading

Tambah nilai kredit bagi telefon bimbit dengan Maybank2U

Sewaktu di kolej dahulu, saya dikenali sebagai ‘taukey topup’. Oleh kerana agak sukar untuk mereka keluar mendapatkan kredit tambah nilai, bisnes saya berjalan dengan sangat baik, terutamanya pada waktu malam apabila pelajar suka bergayut.

Kini dengan adanya perkhidmatan perbankan secara online, kita boleh terus membuat belian melalui Internet. Kalau kawan-kawan kolej saya tahu akan sistem ini dahulu, saya dah pasti gulung tikar.

Artikel kali ini akan menerangkan secara ringkas cara-cara membeli kredit tambah nilai menggunakan Maybank2U (untuk menggunakan Maybank2U anda perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun Maybank serta mengaktifkan perbankan melalui telefon –  boleh dilakukan pada mesin ATM Maybank): Continue reading