Cara-cara Nak Install Windows Vista

Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows Vista ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.

Pengenalan Windows Vista

Windows Vista adalah sebuah OS yang diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun 2007. Ia dikeluarkan bagi menggantikan Windows XP yang telah berada selama 7 tahun di pasaran. Windows Vista kemudiannya diganti pula oleh Windows 7 yang dijangka keluar pada tahun Oktober 2009.

Sekiranya anda ada membeli desktop berjenama ataupun laptop sekitar tahun 2007 hingga 2009, biasanya ia disertakan sekali bersama Windows Vista (lihat pelekat Windows Vista pada komputer anda). Sesetengah pengeluar komputer juga turut membekalkan CD Windows Vista sekiranya anda perlu memasang kembali OS tersebut.

Jika anda mempunyai CD pemasangan Windows Vista ini, anda bolehlah mengikuti langkah-langkah ini untuk install Windows Vista ke dalam komputer anda:

Continue reading

Macrium Reflect: Perisian Backup Yang Mudah Dan Percuma

macrium-reflect

Bagi membuat backup pada hard disk dan partition, antara software yang paling poular digunakan adalah Norton Ghost dan Acronis True Image. Walau bagaimanapun, kedua-dua software ini adalah berbayar. Terdapat juga software yang percuma dan open source iaitu PING, namun antaramuka PING adalah mengelirukan, ianya lebih sesuai untuk pengguna yang lebih berpengalaman.

Sebuah lagi software sepertinya yang kurang diketahui ramai adalah Macrium Reflect. Software yang telah dimiliki oleh Microsoft ini bukan sahaja mesra pengguna, malah ianya percuma. Antara fungsi-fungsi yang disediakan oleh Macrium Reflect adalah:

Continue reading

Matikan Fungsi User Account Control (UAC) Pada Windows Vista

Satu fungsi yang paling menjengkelkan dalam Windows Vista adalah User Account Control (UAC) yang keluar setiap kali anda ingin melakukan operasi-operasi tertentu pada Windows. Sebenarnya fungsi ini bagus kerana ianya dibina untuk tujuan sekuriti, namun ia terlalu kerap keluar sehinggakan nak copy fail pun perlu minta kebenaran. Keadaan ini ternyata menyusahkan. Sekiranya anda ingin mematikan fungsi UAC, ikut langkah-langkah di bawah:

Continue reading

Opera: Layari Laman Web Dengan Hanya Menggunakan Keyboard

Opera mempunyai pelbagai keyboard shorcut yang membolehkan anda melayari laman web tanpa menggunakan mouse sekalipun. Ianya tentu berguna apabila mouse anda hilang atau rosak. Bagi saya, saya memang lebih suka meletakkan kedua-dua belah tangan saya di atas keyboard bagi meningkatkan produktiviti sewaktu menaip. Jadi pada kali ini, saya akan meyenaraikan pelbagai keyboard shorcut yang terdapat di dalam Opera.

Continue reading

Apa Itu Boot Sequence?

boot-sequence-01

Boot sequence adalah satu susunan yang menentukan dari mana komputer anda harus membaca data, seterusnya memulakan sistem pengoperasian. Satu aturan boot sequence yang lazim digunakan adalah seperti ini:

  1. Hard Disk
  2. Disket
  3. CD-ROM

Berdasarkan senarai di atas, apabila komputer dihidupkan, ia akan melihat ke dalam hard disk terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sistem pengoperasian dalam hard disk tersebut, ia akan dijalankan. Sekiranya tidak, komputer akan melihat pula ke dalam disket, kemudian ke dalam CD-ROM, dan seterusnya.

Continue reading

Tema Hijau Di Sembang Komputer

tema-hijau

Nak cari tema WordPress yang cantik-cantik di Internet adalah satu perkara yang mudah. Namun, nak cari tema yang cantik serta baik budi pekerti CSS nya, adalah satu perkara yang lain pula. Nak lagi apabila keperluan CSS saya sangat cerewet, dengan tujuan memastikan pembacaan di Sembang Komputer dipersembahkan pada tahap yang optimum.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat dari Bat InfoMalaya bagi membuat satu tema yang khas untuk Sembang Komputer. Hasilnya adalah seperti apa yang anda lihat sekarang, sebuah tema yang minimalistik dan menarik, hijau sejuk mata memandang.

Continue reading