Setelah selalu menggunakan dual-pane file manager, saya dapati ianya telah sebati dengan urusan harian komputer saya. Jarang sekali saya membuka folder dengan cara biasa, iaitu dengan Windows Explorer.
Dulu saya ada menulis sebuah artikel tentang FreeCommander, sebuah dual-pane file manager yang mempunyai pelbagai fungsi. FreeCommander ini sememangnya hebat, namun ianya agak lambat sedikit untuk dibuka. Jadi kini saya telah bertukar kepada xplorer2 lite. Fungsi yang diberikan oleh xplorer2 lite tidak setanding dengan FreeCommander, namun ianya lebih cepat untuk dilancarkan (bezanya hanya beberapa saat sahaja, tapi masih penting buat saya ^^).


