Tukarkan Fail PDF Kepada Word Dengan SomePDF

SomePDF Converter Baru sahaja saya menulis sebuah entri tentang cara-cara menukarkan dokumen kepada fail PDF. Bagaimana pula jika sebaliknya?

Anda boleh gunakan servis online seperti Zamzar dan Koolwire untuk menukar format fail PDF kepada DOC. Namun jika anda lebih gemarkan perisian yang anda boleh download dan simpan dalam PC anda, serta boleh dijalankan tanpa perlu sambungan Internet, cubalah SomePDF to Word Converter.

Continue reading

Jadikan Firefox atau Opera Sebagai Browser Utama

Soalan dari Amir:

Bagaimana nak jadikan Firefox sebagai Web Browser utama? Nak guna IE, lembab ah..

Hakikatnya, Internet Explorer memang tak syok. Bak kata Affuan – IE tak best, tak lemak berkrim, dan lembab! Sudah sampai masanya anda bertukar kepada Firefox ataupun Opera. Ya, sekarang juga.

Baiklah, bagi menjawab soalan Amir, saya akan tunjukkan cara-cara untuk menjadikan Firefox atau Opera sebagai Web Browser yang utama. Ikuti langkah-langkah yang diberikan:

Continue reading

Windows Live Writer Telah Dipertingkatkan

windows_live02

Windows Live Writer kini telah dipertingkatkan lagi, dan boleh didapati di Writer Zone. Beberapa fungsi-fungsi baru telah dimasukkan, terutamanya dari segi pengurusan imej. Antaranya ialah:

  • Beberapa gaya visual baru iaitu Reflection dan Rounded Corners.
  • Anda boleh anda meletakkan imej di tengah-tengah secara automatik.
  • Tilt untuk menyengetkan imej.
  • Crop untuk membuang bahagian imej yang tidak perlu.

Continue reading

Slax – Bawa Linux Di Dalam Poket Anda

slax

Dalam banyak-banyak limpahan distro Linux, Slax adalah kegemaran saya. Ini kerana Slax bersaiz kecil, pantas, serta mempunyai UI yang menarik. Bukan itu sahaja, ia boleh dimuatkan di dalam pen drive anda dan bawa ke mana sahaja!

Walaupun bersaiz kecil, Slax telah dimuatkan dengan pelbagai software untuk kegunaan harian anda, seperti Gqview untuk melihat imej, Vim sebagai text editor, ISO Master untuk menguruskan fail ISO, dan banyak lagi. Slax sesuai digunakan sebagai recovery tool, contohnya jika anda ingin mengambil fail-fail penting dalam komputer di saat Windows anda rosak dan tak boleh nak dibuka.

Slax boleh didapati dalam dua bentuk, iaitu bentuk ISO untuk dimuatkan ke dalam CD, dan bentuk TAR untuk dimasukkan ke dalam CD anda. Untuk fail ISO, dowload sahaja seperti biasa dan burn fail ISO tersebut ke dalam CD. Bagi fail jenis TAR pula, ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk memasukkan Linux anda ke dalam pen drive:

Continue reading

Cara-cara Nak Pasang Virtual Machine Dalam VirtualBox

VirtualBox

Saya ada memperkenalkan VirtualBox pada entri yang lalu. Software ini membenarkan anda untuk memasang pelbagai OS tambahan di dalam Windows anda, tanpa menganggu sistem sedia ada. Anda boleh install Linux (Ubuntu, Fedora, dan lain-lain), FreeBSD, mahupun Windows sendiri.

Pada kali ini, saya akan menerangkan cara-cara untuk memasang OS tambahan di dalam VirtualBox. OS tambahan ini dikenali sebagai Virtual Machine (VM). Ikuti langkah-langkah berikut:

Continue reading

FeedDemon – Buka Link Dalam Web Browser Anda

FeedDemonFeedDemon merupakan software pilihan saya untuk membaca RSS. Namun, apabila saya klik pada satu-satu link dalam FeedDemon, ia akan cuba memaparkan laman web itu dengan perlahan. Ini kerana FeedDemon menggunakan enjin web Internet Explorer yang memang, erm, perlahan.

Oleh itu, saya telah menukar settings di dalam FeedDemon supaya membuka apa-apa link di dalam browser kegemaran saya. Jika anda juga ingin berbuat begitu, ikuti langkah-langkah mudah ini:

Continue reading