Munculkan ikon program di taskbar

Pada asalnya, taskbar anda hanya memaparkan beberapa ikon asas sahaja seperti bateri, volume, dan sambungan Internet. Ikon bagi program lain hanya akan kelihatan apabila anda klik  pada anak panah di sebelah kiri.

Untuk memperlihatkan ikon lain pada taskbar, klik anak panah dan pilih Customize.

Di sini anda boleh tetapkan ikon mana yang anda ingin tunjukkan pada taskbar.

Buat pilihan anda dan tekan OK.

Selaraskan bookmarks pada Google Chrome di semua komputer

Jika anda menggunakan Google Chrome pada lebih daripada satu komputer, anda boleh menetapkan sync pada semua komputer.

Hanya klik pada ikon spanar dan pilih Options. Pada bahagian “Personal Stuff”, klik “Set up sync…”, dan masukkan akaun Google anda.

Anda boleh memilih data apakah yang anda ingin selaraskan seperti Bookmarks, Extensions, dan Passwords; atau memilih untuk menyelaraskan kesemuanya sekali.

Buka fail jenis .zip, .rar, dan .7z dengan 7-zip

Biasanya apabila anda muat turun fail dari Internet, ia akan dimampatkan ke dalam bentuk .zip supaya mudah disebarkan melalui Internet. Untuk membuka fail jeniz .zip, anda hanya perlu klik kanan pada fail tersebut dan pilih “Extract All…”

Namun ada sesetengah daripada fail termampat ini tidak menggunakan jenis .zip, tetapi menggunakan jenis yang lain seperti .rar atau .7z. Fungsi yang terbina pada Windows tidak dapat membuka fail tersebut, jadi anda perlu memasang perisian lain seperti 7-zip.

Setelah memasang 7-zip, hanya klik kanan pada fail tersebut, pilih 7-zip, dan pilih “Extract Here”.

Buka fail dengan 7-zip

Anda juga boleh menggunakan 7-zip untuk memampatkan fail. Untuk tugas tersebut, hanya klik kanan pada mana-mana fail atau folder, pilih 7-zip, dan pilih “Add to archive…”. Fungsi ini berguna apabila anda ingin memuatkan fail yang besar ke dalam emel.

Tangkap screenshot pada Windows 7 dengan Snipping Tool

Perisian screenshot biasanya amat berguna buat blogger, ataupun sewaktu anda menyiapkan laporan yang memerlukan anda merekodkan aktiviti pada komputer.

Pada Windows 7, terdapat fungsi sedia ada yang dipanggil Snipping Tool, di mana ia membolehkan anda menangkap screenshot dengan mudah.

Untuk melancarkan aplikasi ini, klik pada Start Menu dan taipkan Snipping Tool.

Lancarkan Snipping Tool dari Start Menu

Dengan perisian ini, anda boleh memilih daripada beberapa jenis screenshot:

Pilih jenis screenshot

  • “Full screen” – mengambil keseluruhan skrin
  • “Window” – anda boleh pilih tetingkap mana yang anda ingin ambil
  • “Rectangle” – anda tetapkan kawasan yang ingin ditangkap secara manual

Setelah anda memilih jenis screenshot, hanya gerakkan sahaja mouse anda kepada kawasan yang ingin ditangkap, dan klik. Selepas screenshot diambil, anda juga boleh membuat beberapa suntingan asas seperti menambah anak panah dan perkataan.

Cara-cara format komputer dan pasang (install) Windows 7

Cara-cara untuk memasang Windows adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemilik komputer. Bukan sahaja ia dapat menjimatkan wang anda daripada menghantarnya ke kedai, malah jika berlaku apa-apa masalah pada komputer yang tidak dapat anda betulkan, anda cuma perlu format ia kembali!

Jadi, panduan yang pertama ini akan menerangkan cara-cara untuk format komputer dengan Windows 7. Anda cuma memerlukan sebuah komputer, CD pemasangan Windows 7, dan sekotak biskut untuk menemani anda sambil anda menunggu. Dah sedia? Jom mula sekarang!

Continue reading

Puasa dari keinginan

Bila berkata tentang Ramadhan, kita sedia terdidik bahawa ianya bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga. Ia juga melingkungi perbuatan, fikiran, dan hati.

Namun kali ini saya ingin berbicara tentang puasa yang khusus – puasa dari keinginan.

Mungkin ada di antara kita yang inginkan sesuatu.

Inginkan kasut baru, kerana berkenan akan model Everlast yang ternampak hari itu.
Inginkan kamera yang lebih baik, kerana yang ada sekarang gambarnya tidak berapa cantik.
Inginkan Ipad2, hanya kerana ianya tampak hip dan bergaya.

Keinginan-keinginan ini selalunya datang berangkai. Setelah difikirkan satu, satu yang lain juga datang. Kemudian memikirkan jumlah duit (dan kerja) untuk mendapatkan semua itu, jadi risau dibuatnya.

Fikirkan kembali.

Kasut yang kamu pakai sekarang masih cantik, elok, dan selesa.
Kamera yang kamu miliki sekarang sudah memadai, masih berkualiti dalam merakamkan kenangan (upload kat Facebook je pun, takkan itu pun perlu DSLR kan).
Dan iPad? Percayalah, saya memilikinya, dan sekarang hanya duduk di sudut bilik mengumpul habuk.

Kurangkan keinginan. Lebihkan bersyukur dengan apa yang ada.

Kerana apabila kamu sudah cukup berkeinginan atas kebendaan, kamu akan rasa aman dan bebas. Tiada lagi risau.

Kita sebenarnya, sudah ada segalanya yang kita perlukan.