Matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7 untuk mengelakkan virus

Fungsi AutoPlay dalam Windows pada asalnya dibina untuk memudahkan pengguna. Apabila anda memasukkan media luar seperti USB drive atau external hard disk, Windows akan menjalankan aplikasi tertentu berdasarkan AutoPlay yang telah ditetapkan.

autoplay

Malangnya fungsi ini telah disalahgunakan oleh pembuat virus untuk menjangkiti komputer anda. Virus tersebut diprogramkan untuk dilancarkan secara automatik apabila fungsi autoplay diaktifkan. Sebab itulah, lebih elok jika anda mematikan terus fungsi AutoPlay ini.

Cara-cara nak matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7

1. Buka Control Panel dan taipkan ‘AutoPlay’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori AutoPlay dipaparkan. Klik pada ‘Change default settings for media or devices’

control-panel-autoplay

2. Kosongkan kotak ‘Use AutoPlay for all media and devices’. Tekan butang Save.

autoplay-disable

Semudah itu sahaja, fungsi AutoPlay anda telah dimatikan bagi mengurangkan risiko komputer anda dijangkiti virus. Dan jangan lupa untuk memasang antivirus pada komputer anda sebagai perlindungan utama terhadap virus.

23 thoughts on “Matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7 untuk mengelakkan virus

  1. RIS-IT

    Aku memang mencari-cari cara nak disable auto run tersebut tapi tak jumpa. Tapi aku guna XP dan Vista. Tak tahu bila nak upgrade vista ni. Utk XP aku masih puashati.
    Ttg antivirus yg kau sebutkan, apa pandangan kau ttg microsoft security essential. adakah cukup pasang software tu ditambah dgn windows firewall dan windows defender.

    Reply
    1. MK Post author

      Windows Security Essential bagus jugak sebenarnya. Kalau dah ada Windows Security Essential, Firewall, dan Defender pun dah cukup untuk melindungi Windows; asalkan ada common sense bila gunakan komputer dan Internet, contohnya elakkan buka laman warez/porn, jangan guna autoplay bila bukan usb drive, dan sebagainya.

      Reply
  2. aris

    selama ni saya tak tau……….dah 2 biji thumbdrive rosak angkara virus…..terima kasih tolong bagitau……

    Reply
  3. Pingback: Disable Autoplay in Windows 7 | BLOG-AYIE | Share & Learn

  4. mohd noor

    Asallammualaikum MK,
    mohon bantuan saudara, semua folder dalam pendrive saya telah menjadi shortcut, dan tidak boleh dibuka setelah saya gunakan di komputer pejabat. Setelah di scan pendrive langgung tidak berfungsi, dan tidak boleh dibaca oleh komputer. Bagaimana mengatasinya supaya data boleh dikembalikan.

    Reply
    1. Zaq

      pergi ke folder option..untick pada hide ptotected operating system files (recommended)
      bila kua warning,tekan yes..
      nanti akan keluar semua folder (hidden) yang ada dalam pendrive 2…
      masuk pada folder 2, kemudian copy dan paste tempat baru..

      p/s:virus yang buat semua 2..

      Reply
  5. fariha

    slam nk tnya ..untuk server adakahh perlu @ keperluan untuk memasang antivirus pada server??dan jika perlu boleh x bagi cadangan antivirus yang ok dan bagus…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>