Sesetengah virus dalam Windows bertindak menghalang anda dari install antivirus seperti Kaspersky, Avira, Norton, dan sebagainya. Ada pula Windows yang tak dapat dibuka langsung akibat serangan virus seperti ini. Jadi, bagaimana nak buang semua virus ni kalau Windows pun tak boleh buka, dan antivirus pun tak dapat nak install?
Cara terbaik untuk membuang virus-virus tersebut adalah dengan menggunakan bootable CD. Dengan CD antivirus yang bootable, anda boleh scan komputer anda dengan antivirus sebelum Windows dimulakan lagi.
Avira memang terkenal dengan software antivirus yang bagus, dan kerap dikemaskini. Ia menyediakan bootable CD yang dipanggil sebagai Avira AntiVir Rescue System. Anda hanya perlu download Avira AntiVir Rescue System dan buka fail tersebut untuk burn ia ke dalam CD.
Setelah CD siap, anda boleh gunakannya pada mana-mana PC yang dijangkiti virus. Hanya hidupkan komputer dan terus masukkan CD Antivir ini, dan satu menu akan dipaparkan. Taipkan 2 dan tekan Enter untuk masuk ke dalam Antivir Rescue System.

Pilih English sebagai bahasa dan tunggu sehingga Antivir siap dibuka. Antivir Rescue System akan dipaparkan seperti di bawah.

Pilih Scan untuk mula memeriksa virus dalam komputer anda. Antivir akan menanyakan lagi beberapa pilihan, iaitu fail apa yang akan diperiksa, serta tindakan apa yang akan dilakukan terhadap fail yang telah dijangkiti virus. Buat pilihan ini mengikut kehendak anda, dan scan komputer sehingga habis.
[via Raymond]
Dulu pernah kena infected dengan virus yang tak bagi guna computer. Windows memang dah habis load. Tapi lepas beberapa ketika kemudian, terus computer terpadam terus. Setiap kali on pun macam tu. Kalau kena lagi, boleh ke saya gunakan cara di atas ni? Time tu guna AVG antivirus. Sangat tak bagus.
Avira.. Penah dengar. Dalam banyak antivirus yang dilistkan di atas, yang mana satu paling bagus? Sekarang guna Kaspersky tapi rasa agak heavy la. Sekarang ni setiap kali boot computer, ambil masa lama. Bila check, Kaspersky tu yang lama nak load. Pening saya. =.=
1.Tiada antivirus yang paling mujarab.
2.Boleh pasang 2 antivirus. Pastikan satu saja dlm mode realtime scan.
3.Apabila ada virus, jgn panik krna ada false positive alarm.
4.Buang virus melalui safe mode.
5.AVG,AVAST,AVIRA dan BITDEFENDER bagus krna tak mencekik komputer.Lagipun free.
6.Jauhi antivirus Norton,McAfee dan Kasperky kerna av ini terkenal dgn resource hungry. Lagipun indah khabar dari rupa. Jgn pasang Norton yg cetak rompak krna boleh merosakkan komputer anda. Beli yg ori dan daftar.
7.Aktifkan windows firewall anda. Jika guna router, aktifkan firewall dan NAT. Cara ini semua Port anda tertutup.Download mgkin lambat tapi asalkan selamat.
8.Antivirus yang paling mujarab ialah pengguna sendiri.
9.Untuk santapan minda, lawat Virus Bulletin dan laman Sophos.
10.Jgn buat online scan krna anda akan membuka Port kpd hacker yng sentiasa di dpn pintu anda.
Semoga selamat…..
tidak boleh guna dua antivirus, buat komputer jadi lambat sj.
@Mira: Kalau ikut rating, Kaspersky antara yang terbaik, diikuti Avira. Sesetengah website mengatakan BitDefender lak yang terbaik.
Yang bagusnye Avira ni adalah sebab die free, tak resource hungry sangat, dan paling sikit generate positive alarm.
kaspersky memang lembat load…dulu aku guna kaspersky tp sekarang beralih kepada yg asal iaitu avira :)
pada pendapat saya pula perisian antivirus yang terbaik pada masa sekarang ialah kaspersky walaupun ia berada pada tangga yang ke dua selepas bit defender, jika anda ingin mengetahui sebarang meklumat atau masalah berkenaan dengan windows sila e mail kan kepada saya dengan teliti, saya akan menyelesaikan masalah anda, email me at: mohdyusuf86@yahoo.com
@Mira,
Saya nk tambah ckit info ttg pandangan mat
1. Lebih baik guna hanya 1 antivirus.
2. Kalo system anda low-specs, gune antivirus pun dah ok, aslkan u amalkan SAFE SURFING.
3. Firewall penting n msti kene ON. Kalo u nak advance lagi, u gunekan standalone firewall. I suggest PC TOOLS Firewall Plus. Percuma, mudah diguna, n lulus 90% leaktest.
4.Update antivirus u n owes scan external media yg masuk ke PC u. Lawat
http://safepcadvisor.blogspot.com/ utk lebih info.
TQ
saya melihat kaspersky internet security 2009 mmg x mencekik komputer..sagat ringan..first ringan bitdefender,second kaspersky…kaspersky dalam ranking number 4-5 gitu…saya dapat info dari laman web kronik.org..tp mmg betol KIS2009 mmg ringgan..daripada KIS 7.dan antivirus lain…
aku tertanya2 sendiri, kalau buat boot scan ni, agaknya macam mana si avira tu dptkan virus pattern yg terkini ek?
@Syam: kalau sentiasa nak dapatkan virus pattern yang terbaru, memang kena rajin download ar. Nak jimat, guna la CD-RW untuk burn berkali-kali
perisian antivirus Avira ni memang bagus.Ume kawan saya guna benda ni
setiap kali ada pattern terbaru..kena download dan burn dlm cd la gamaknya .. ;)
herm.masalah saya komputer saya jadi perlahan dan cpu usage saya adalah 100%…asya dah buat tune up,tapi tak berkesan,bagaimana saya nak baiki masalah ini…
@afif,
Perhatikan software yg dgunakan. Mungkin ade yg x menepati reqs. Also, tgik jugak startup entry. Virus blh jadi punca jugak. Make sure HDD x full sgt(external HDD are the better alt). TQ
baru aku perasan ko ada theme baru yang lebih cool dan nampak simple. i like! hehe
@KNizam: lebih kurang sama je dgn theme lama sebenarnye, cantik sket je ^^
MK, add up some note : HOW TO SET YOU COMPUTER TO BOOT FROM CD
This need to be setup at BIOS, so, not everyone knows how. Thank you.
On komp dan tekan F2. Pdi ke Boot menu. Pastikan mode CD di nombor 1 (di atas mode IDE). Tekan F10, pilih Y(YES). Pastikan CD di dlm drive. Pilih bahasa English dgn menekan kunci ke bwh dan tekan spacebar.
@abdusfauzi: yup, memang kena buat pun. skang ni tengah cuba nak tangkap gambar elok2 guna kamera ^_^
senang-senang korang guna Linux je…tak yah pening kepala sangat dengan virus..haha…
MK n kawan2 : Saya gune NOD32 untuk Vista saya.Ok la bwt mase ni.tp die tulis situ,trail version.Sy nak tukar kepada Geekz Virus Remover.ape pendapat kawan2? Atau ade cadangan yg lebih baik?
@SHAM: Geekz Virus Remover ni bagus untuk buang virus2 tertentu je, tapi dia bukan software antivirus sepenuhnya. baik awak kekalkan guna Nod32. kalau trial version dah habis, guna antivirus yang free seperti Avira
Ok MK.Terima kasih.Jasemu dikenang. (NOD32 sy tu crack version rupenyer.He3!.saye ade 1,671,4971 days left T_T )
Bgusla care ni tapi Cd yg diburn tu autoplay sendiri kan
menarik gak ni..tp komputer aku xde virus..hehe….so xleh nak test keberkesanan nyer..lgpon..mencegah lg baik dari mengubati !
dulu saya guna AVG tapi computer selalu slow bila dia start scanning. Now dah tukar ke Avast no more problem…
avira dgn avast mn ok lg???
avira lg ok.hehe
Apa yang terbaru?…
ummmm…sebelum nih aku puji ngan kapersky..
tapi skang kapersky ada prob ngan lesen..
ada mmber aku yg pakai kapersky terpaksa pakai AVG laks..
skang aku pkai AVG jew..huhuhu..
stakat nih ok lah..
MK kalu diberi pilihan antara AVG dan AVIRA..
mana awk pilih??
member2 yg lain pun leh jawb gaks..
thanz…
@iEhSan: semestinya Avira ^^
Avira lebih banyak kenal virus, false alarm kurang, dan kerap update berbanding dengan AVG
avira r yang da bez kalu korang nak taw ga. avira nie ringan n xmembebankan pc anda.. kalu kaspersky akan membebankan pc. avg plak security die kurng walau di update gak kerna avg nie terhad… huhu..
owh yea…
sy nak tnya kepada sesiapa yang dapat membantu masalah yang sy hadapi ini..
masalah ini memang mencabar gak la.
huhuh..
masalahnya da la: bagaimana caranya nak ambil gambar galam BIOS? tanpa menggunakan kamera digital.
gambar² ini sy nak ambil untuk menyiapkan tugsan it sy..
minta tolong jasa baik sume orang deh…
timeseh sume..
i reverted my platform back from vista to xp for the reason that it loads much faster if i am thinking of keep the kaspersky…
is it a good thing to do? staying with xp when the rest of the world is using vista?
@shandye: the rest of the world is using vista? don’t think so. a lot of older machines are still keeping xp because of performance issues.
if your machine is already shipped with vista, however, stick with it. if not, xp is fine.
assalamualaikum.nak tanya sket.kalau kita scan virus dah tentu dia delete file kan? setahu yg sy pernah cuba,virus yg attack laptop sy ni dia tukarkan apa-apa file kepada exe file(means application) so mmg x leh on.kalau scan guna ini,dia boleh delete sumer file kan?
@nadia,
U boleh set kat setting supaya detection tu at user request. Means, kalo jumpe virus, biar user yg tentukan nak delete or ignore.
TQ
sy pernah cuba scan guna avira dan dia memang delete file yg kene attack.huhuh
@nadia, sebenarnya bukan antivirus avira yang delete folder, tetapi folder tu adalah hidden, so kalu nak cari balik klik Tools>Folder Option>View>Show Hidden Files and Folder dan Hide Protected operating system files(Recommended)>Pastu klik ok…
notebook sy pnuh dgn virus. . mybe slalu bkk internet n tekan mcm ske2 hati. .
sy mls nk lyn cz xphm pe pon psl virus 2. nk hntar g buang sme virus 2 xda mase.
bleh bg taw x cmne care nk buang virus 2?
bosan la.
sy pkai antivirus avira n avg.
@HADA: guna satu antivirus je pada satu masa, tak perlu pakai sampai dua antivirus. rajin-rajin la scan notebook awak guna antivirus. kalau masih ada virus, scan guna anti-spyware sekali.
aku selalu gagal menggunakan rescue cd booting… RAM tidak memenuhi standar… berapa sih RAM yang dibutuhkan…
asslkm.. saya cadangkan kepada rakan2 dunia it menggunakan antivirus eset atau nod32. sebab ianya baik. mengenai software untukk repair sistem, guna erd commander, namun ianya tak runnig di vista!!!!
salam..
sekiranya pc anda lembab sngt..
kill la sume process dngn GVR di http://www.geekzlife.net/
then repair registry blik…
tp jgn luper save kerje2 anda dulu…
anda juge blh kill process time windows nga startup…
GVR akan mematikan sume process termasuk virus yg running…
GVR ini akan mengembalikan setting windows yg dijangkiti virus kepada asal seperti kehilangn folder option dan task manager x le digunakan.
lg 1…org melayu yg reka GVR ni..
so supportlah mereka….
sekiranya anda ingn hadkan startup anda..
sila taip “msconfig” di run dan pilih startup…
wassalam….
apa maksud antivirus free dan bukan free?apa yang free dan apa yang kena bayar
Ada antivirus yang free, contohnya Avira AntiVir Free, AVG Free, dan Avast Home Edition. Kalau yang berbayar tu plak contohnya Avira Antivir 8, AVG Internet Security, Avast Professional Edition; atau yang lebih terkenal seperti produk2 dari Kaspersky dan Norton.
Bezanya, antivirus yang berbayar ni dah tentulah lebih power dari antivirus yang percuma.
Kt kmputer aku naper slalu kluar generic host proses for win32 je?pening ar di buat nyer!!!
@KAYYOL,
Generic hos tu memori process. Maybe memory sector u infected.
laptop saya ni masalah x boleh install firefox. bukan kata nak install,nak download pun dah x boleh.bila saya klik download je sekejap laptop reset kepada main page dan semua file yg dah dibuka akan terpadam.ini pun maknanya dah kena attack virus gak ke.
lagi satu bila lama on makin slow ,sampai kekadang tu hang.apa jenis virus tu ye.camana nak selesaikan tu.boleh tolong bantu.tima kasih
@hot, kemungkinan besar masalah ni disebabkan virus. Bersihkan PC awak guna antivirus. Sementara tu kalau awak nak guna web browser selain dari IE, cuba download Opera.
apa yg mnyebabkan MK kata Avira is the good antivirus?
ape plak komen MK mengenai avira delete file yg kne attack virus?
@s@wie, kalau ikut statistik (dari mana saya tak ingat), database Avira paling lengkap nak dibandingkan dengan AVG dan Avast. Avira juga rajin update database dia, lagi rajin dari Kaspersky.
thankz bro..sblm ni aku instal AVGfree unk customer..
pas ni aku pkai ar avira…
salam..Mana yg no 1.? avast or Avira ? aku pakai avast kat laptop aku..Alhamdullilah takda lagi virus yg berani masuk..kalo dah terlepas masuk pun akan diterajang kuar avast..Setahun lebih dh menggunakannya…daily update.. sebelum ni guna AVG.Pengalaman 5x format laptop sejak digunakan ..2005-2009..Sabauuuuu jer leeerrrrr…
@apek, Avira, Avast, dan AVG semuanya bagus2. Cuma Avira lebih baik sebab update dia kerap, jadi dia boleh kesan banyak virus.
aku guna dua antivirus avg ngan avira
wakakak
boleh gabung beb
he5
lol… baru tahu ke??? hahahah……
kenapa komputer aku tak leh buka windows. keluar perkataan error loading operating system. kekawan yang aku hormati, tolong selesaikan masalah aku ni….pening wei…
kpd rajnan ….
aku rasa ko nya os dah rosak 2… mungkin ada file windows dlm system missing… so aku rasa bek ko reformat or repair windows ko 2..
tima kasih…..acid
tapi mana baik aku reformat or repair windows. kalau reformat semua data dan fail aku hilang hilang la….. ni yang aku pusing. Boleh kekawan bagi cadangan…..plz
rajnan,
buat sementara nie try repair dahulu.
jika takut data @ fail hilang,
jadikan hdd tue sebagai slave kat komputer lain.
dan boleh buat backup dahulu.
terima kasih adalah,
so bgaimna cara aku nak buat hdd tu sebagai slave kat komputer lain.
Aku nie budak baru belajar teguran dan cadangan kekawan tu aku hargai sangat. terima kasih. Tolong lah selesaikan problem aku nie….
rajnan perlu tanggal dan pasangkan pada komputer lain.
jika hdd tersebut jenis IDE,
maka perlu set jumper dia.
dimana hdd yg hendak dibuat backup tu perlu menjadi slave.
jika hdd tersebut jenis SATA,
terus cucuk sahaja.
tak perlu setting jumper.
nk setting jumper cmner untuk hdd ide tu? buta it….plsss
berkenaan setting jumper.
anda boleh lihat pada model hdd tersebut.
setting jumper ini bergantung kepada model hdd kita.
secara am nya,
ada 3 setting jumper pada hdd IDE.
iaitu : Master(M), Slave(S), Cable Select(CS).
anda tidak boleh setting jumper yg sama pada 2 hdd yang menggunakan cable IDE yg sama.
contohnya:
anda ingin menggunakan 2 hdd IDE pada 1 kabel IDE,
maka anda perlu set Master pada hdd yg ada windows @ ingin di install windows.
untuk hdd yg satu lg,
anda perlu set kepada Slave.
*Untuk Cable Select.
Jika anda tidak yakin dgn setting jumper anda,
anda boleh menggunakan setting CS.
dimana kedua-dua hdd diset kepada CS.
pada masa ini,
motherboard sendiri yang akan menentukan yang mana Master dan yang mana Slave.
harap dapat membantu anda utk memahami penggunaan jumper pada IDE.
aku pakai avira free jer…
lg pun sng update
selalulah scan pc anda
so x de r asyik2 kene virus
mencegah lebih baik dr merawat
any problem,come to intrino corp sdn.bhd to solve it
saya selalu reply computer,di sini saya nak tenya kwn2 lah…mcm mana kita nak kesan kerosakn motherbord (papan induk)kalau computer tu tak keluar skrin kat moniter..apa kah yg kah langkah2 yg perlu diambil…tolong yer,,
salam..saya ada download avira,masalahnya semasa run nak registration keluar error
-ensure internet can be acess
-ensure date is correct
-check modem connection
-ensure application fact.exe can access internet ad not blocked by firewall.
antivirus sedia ada kaspersky 6.0 tp dah expired.
harap ada yang dapat membantu. TQ
@rez: Awak boleh skip je registration tu, takyah pun takpe.
Avira Rescue System boleh burn dengan UBCD4win ke??
@@garry: Tak silap saya memang ada plugin yang khas untuk Avira, dalam UBCD4Win
np aku xder folder option…apa dh jd nie…tlg
i tak bbrp faham ni ..
kenapa perlu menggunakan satu saja antivirus ..kalau guna lebih dari satu ..apa yang akan berlaku ..??
mcm mana kita tahu ..komputer itu telah dijangkiti oleh virus ..boleh berikan tanda tanda pc itu telah dijangkiti oledi virus ..?/
terima kasih
@joice, guna 1 jela..bimbang ade conflict between 2 antivirus tu..satu lagi die melambatkan komp..kalo komputer dah power xpela nak guna 2 antivirus pon..tanda2 die..folder option ilang..task manager disable pas2 mcm2 la..
kalau netbook aku ni tak de cd drive, ada option lain yang boleh guna utk scan virus sebelum masuk window? sbb la ni nak install lapersky2010 tp tak leh bukak langsung laman web kapersky.. tak tau cam mana nak buat dah
@jannah, kalo xleh nk bukak laman kapersky..guna je avira..xpon avast..dua2 ok cket..free pon free
a’kum bro mk avira boot cd ni bley update x?