Baca Langganan RSS Dengan Google Reader

Google Reader adalah satu perkhidmatan langganan RSS yang disediakan oleh Google. Ia berfungsi untuk mendapatkan pos-pos terbaru dari laman web dan blog kegemaran anda. Dengan paparan yang ringkas dan mudah, anda akan cepat mahir dalam menggunakan Google Reader ini. Berikut saya akan terangkan cara-cara untuk menggunakan Google Reader:

Cara-cara Menggunakan Google Reader

  • Terlebih dahulu, anda harus mempunyai akaun di Google untuk menggunakan Google Reader. Jika anda belum mempunyai akaun Google lagi, dapatkannya di sini.
  • Sekirannya anda telah mempunyai akaun Google, pergi ke laman web Google Reader dan masukkan emel dan password anda.
  • Untuk mula menggunakan Google Reader, klik pada Add Subscription dan masukkan alamat blog kegemaran anda. Klik pada butang Add, dan anda akan mula melanggan RSS dari blog tersebut.
    google-reader-01
  • Anda juga boleh menggunakan kotak Add Subscription tadi untuk mencari blog-blog yang berkaitan dengan minat anda. Sebagai contoh, taipkan “sukan” dan tekan Enter. Google Reader kemudiannya akan memaparkan blog-blog yang berkaitan dengan sukan.
  • Langganan RSS juga boleh dibuat pada blog kegemaran anda sendiri. Perhatikan ikon RSS (rss) dan klik pada ikon tersebut. Kemudia, klik pada butang Google Reader untuk melanggan menggunakan Google Reader.
    google reader 02

Keyboard Shortcut dalam Google Reader

Berikut merupakan beberapa Keyboard Shortcut yang ada boleh gunakan supaya anda dapat membaca RSS dengan lebih cekap dan pantas.

  • J – Entri seterusnya
  • N – Entri seterusnya (yang belum dibaca)
  • K – Entri terdahulu
  • P – Entri terdahulu (yang belum dibaca)
  • M – Tandakan sebagai sudah dibaca / belum dibaca
  • Shift+N – Blog seterusnya
  • S - Tandakan entri

Antara kelebihan menggunakan Google Reader:

  • Baca RSS anda di mana saja, tak kira samada anda ada di rumah, pejabat, atau cyber cafe. Sangat berguna jika anda melayari Internet di banyak tempat. Apa yang anda perlukan hanyalah sambungan Internet, tanpa sebarang software tambahan.
  • Tak hilang bookmarks. Ops, komputer anda kena format semula? Jangan bimbang kerana Google Reader telah menyimpan kesemua langganan RSS anda secara online.
  • Temui laman web berkaitan. Google Reader akan mencadangkan laman web serta blog – blog yang berkaitan, berdasarkan kepada minat anda. Fungsi ini telah menemukan saya dengan pelbagai blog komputer yang hebat dan tak pernah saya ketahui sebelum ini.
  • Buka Google Reader dari telefon bimbit, dan kini anda boleh membaca langganan RSS sambil menaiki LRT, minum di kedai kopi, mahupun ketika beratur di kantin ^^

5 thoughts on “Baca Langganan RSS Dengan Google Reader”

  1. @mk.kalu boleh show skali tutor nak baca google reader melalui telefon tu.senang ckit cam sye yg sibuk,selalu keluar.tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>