Saya telah memperkenalkan PING suatu masa dahulu, iaitu sebuah software yang berfungsi untuk membuat backup pada Hard Disk dan partition. PING merupakan alternatif kepada Norton Ghost kerana ianya percuma dan Open Source.
Pada entri kali ini, saya akan menerangkan cara-cara untuk membuat backup pada partition dengan menggunakan PING. Terlebih dahulu, download PING dan burn fail ISO tersebut ke dalam CD. Kemudian, ikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah-langkah Untuk Backup Partition
- Masukkan CD PING ke dalam CD-ROM dan hidupkan komputer (pastikan Boot Sequence ditetapkan kepada CD).
- Tunggu sehingga mesej ini keluar:
>> Type [ENTER] to go on with the PING interface, or x to get a shell <<
>> (login as root), no passwd needed). Type h to get basic shell help. <<Tekan Enter
- Skrin “Welcome to PING (Partimage is Not Ghost)!” muncul. Tekan Enter.
- Anda perlu memilih tindakan yang akan diambil setelah proses klon Hard Disk selesai. Pilih “Reboot the system” dan tekan Enter.
- Pilih “Local disk/partition”
- Pilih partition yang anda nak backup dengan menekan Space. Kemudian, tekan Enter.
- Tentukan partition yang akan menyimpan fail backup anda. Pilih partition tersebut dengan menekan Space. Kemudian, tekan Enter.
- Tentukan dalam folder manakah fail tersebut akan disimpan. Anda boleh tinggalkan sahaja ianya kosong, dan terus tekan Enter.
- Pilih “Create_New_Image” supaya PING akan menyimpan fail backup tersebut dalam bentuk
- Taip nama bagi fail backup anda dan tekan Enter
- Pilih bzip2 supaya saiz fail backup tersebut akan menjadi lebih kecil. Tekan Enter
- Bagi penggunaan zsplit, pilih No dan tekan Enter
- Pilih No untuk tidak memadatkan fail NTFS
- Proses backup akan bermula. Tunggu hingga ianya selesai dan PC akan restart dengan sendiri
Kini fail yang telah anda backup tadi telah disimpan, dan boleh digunakan untuk restore semula ke dalam partition
Langkah-langkah Untuk Restore Partition
- Ulangi langkah 1 hingga 5 di atas
- Pilih “CHOOSE THIS if you want a RESTORATION” dengan menekan Space. Kemudian, tekan Enter
- Pilih tempat di mana anda simpan fail backup tadi dengan menekan Space. Kemudian, tekan Enter
- Nyatakan folder manakah yang mengandungi fail backup tersebut. Kemudian, tekan Enter
- Pilih fail backup anda dan tekan Enter.
- Jika anda ingin restore semula settings pada BIOS, tekan sahaja Enter.
- Proses restore akan bermula. Tunggu hingga ianya selesai
Katakan anda telah buat backup pada partition yang mengandungi Windows. Apabila anda restore semula partition tersebut, WIndows akan kembali kepada keadaan yang sebelumnya. Fungsi ini sangat berguna sekiranya Windows anda mengalami masalah yang teruk dan tidak dapat diperbaiki.

Komen oleh KNizam · 11/04/2008 · 8:59 PM
perghhh fobia aku ngan screen2 kelabu tuh. haha :)
KNizam’s last blog post..KL Freeze In Unison ?
Balas komen ini
Komen oleh hanep · 12/04/2008 · 9:11 PM
tq for info yg lengkap. ak da tahu dah bnda ni. tapi xreti pakai.hahaha.. tq tq..
Balas komen ini
Komen oleh khai · 13/04/2008 · 9:23 AM
waduh2… fening2…
khai’s last blog post..Gila Wayangkah Diriku?
Balas komen ini
Komen dari MK
14/04/2008 pada 11:18 AM
tak susah sangat sebenarnye. cuma sebab tutorial ni terlampau detail (step by step), nampak banyak le..
cuba explore sendiri, straight forward je sebenanye ^^
Balas komen ini
Komen oleh jerry_kool · 14/04/2008 · 12:19 AM
mmmm…klu partition C sy ade data yg melebihi drpd capacity yg sy nk simpan drive misalnye D…PING still bleh compress ke smpi die btul2 muat msuk dlm partition sy yg 1 lagi???plss response to my mail…
Balas komen ini
Komen dari MK
14/04/2008 pada 11:15 AM
tahap compression PING memang tinggi.. awak cubalah dulu ^^
Balas komen ini
Komen oleh kita · 14/04/2008 · 2:31 PM
tutorial yg bagus….ni mesti cuba…biasa guna hantu norton…nak try guna ping pulak..ok ker tak
kita’s last blog post..Backup System Registry Komputer Anda
Balas komen ini
Pingback oleh Betapa Pentingnya Backup! | SembangKomputer.com · 13/07/2008 · 3:11 AM
[...] Backup boleh dibuat secara manual, iaitu copy dan paste sahaja fail-fail anda ke dalam hard drive yang lain. Terdapat juga cara yang mudah untuk backup satu partition atau har drive, contohnya dengan menggunakan perisian seperti Symantec Ghost atau PING. [...]
Komen oleh AndrOgyny · 28/07/2008 · 11:44 AM
PING ni nak kena ada pemain CD R/RW ke
Balas komen ini
Komen dari MK
28/07/2008 pada 12:49 PM
@AndrOgyny: ye, sebab PING tu dalam CD
Balas komen ini
Komen oleh AndrOgyny · 29/07/2008 · 11:37 AM
komputer kat makmal aku tu MIMOS..lama punya tu..takda CD R/RW.ada cara lain tak
Balas komen ini
Komen dari MK
29/07/2008 pada 11:52 AM
@AndrOgyny: um, kalau pandai carik, ada Ghost yang boleh boot dari pen drive. PING tak pasti lak ada ke tak..
Balas komen ini
Komen oleh SHAM · 06/08/2008 · 2:58 PM
Kawan2,
saya pengguna Vista Ultimate.bolehkah PING digunakan utk OS ini? ataupun PING perlukan spec PC tertentu tertentu utk beroperasi?
Balas komen ini
Komen dari MK
07/08/2008 pada 8:58 AM
@SHAM: PING ni tak bergantung pada OS, sebab ia berfungsi secara sendiri.. pendek kata, PING ni pakai OS dia sendiri untuk backup apa2 partition dalam hard disk
Balas komen ini
Komen oleh syed · 25/08/2008 · 11:34 PM
saya ada kemusykilan sedikit..adakah menggunakan ping nie semua data yang dibackup bleh disimpan didalm cd @tidak dan kalu belh macamana sebab mengikut kefahaman saya melalui tutorial nie..data2 yang dibackup hanya bleh disimpan didlm hardidsk saja…tq
Balas komen ini
Komen dari MK
26/08/2008 pada 11:26 AM
@syed: dalam PING sendiri memang takde fungsi untuk simpan terus imej tu ke dalam CD. awak kena buat manual. masuk Windows dan burn image yang dah dibuat oleh PING tadi ke dalam CD.
Balas komen ini
Komen oleh SHAM · 23/09/2008 · 8:28 PM
Hari ini,secara tiba-tiba,Vista Ultimate sy meminta product key!! (vista sy ni cracked version T_T).Mujur sy ade backup menggunakan PING.Back up tu adalah backup 1bulan yg lalu.Diulangi 1bulan yg lalu T_T !!!! Alhamdulillah,wlupun bnyk dokumen n video n lagu sy yg hilang.Kini baru sy tau kepentingan back up dan PING.Mekasih MK atas tutorial anda psl PING.Budi baik anda sy bawak mati.Semoga berkat ilmu yg anda beri.Hidup MK! Hidup SEMBANG KOMPUTER!
Balas komen ini
Komen dari MK
16/10/2008 pada 10:08 PM
@SHAM: itulah kebaikannya buat backup awal2. kita takkan tau bila kita akan ditimpa bencana. jadi, sediakan payung sebelum hunan ^^
Balas komen ini
Komen oleh fIZIEY · 11/10/2008 · 10:18 PM
Assalamualaikum…sy baru shaja buat backup menggunakan PING…saya telah ikuti semua langkah dari langkah 1-8, tapi sya ade konfuis, dgn langkah 6&7. cz saya buat bakup win memgunakan extenal HDD dan proses bakup telah selesai. Dalam extenal HDD tuh byk fail penting saya just sy hanya buat satu folder lain seperti yg ditujukan dlm langkah 6&7. dan sy restore balik dan ikuti lankah2 yg deberikan, yg say konfius, adakah file yg restore tuh akan restore kat dlam external HDD sy, sy risau bukan dalm drive c cz masa sy bakup win dlm drive c. Kalau restore terus masuk eternal HDD sy habislah data penting sy. Boleh saudar perjelaskan situasi sy nih. YM: matrixcom_01010@yahoo.com
Balas komen ini
Komen dari MK
16/10/2008 pada 10:09 PM
@fIZIEY: waktu nak restore nanti awak kena tentukan nak restore ke mana. jadi, waktu restore tu, pastikan awak tetapkan destinasinye kepada drive C awak.
Balas komen ini
Komen oleh kangaroo · 10/11/2008 · 6:42 PM
sy krg fhm sket pasal nih..kalo kita dah buat backup n tetiba pc kta prob..adakah kita x perlu frmat?tapi cuma restore terus je data2 tu?
Balas komen ini
Komen oleh wise · 06/05/2009 · 7:36 PM
Salam MK, sy nak kat awak ne, yg ni hanya boleh apply pd Linux jer kan? Kalau kat Windows boleh gak ker? hu..hu.. aku konfius ne!!
TK
Balas komen ini