Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Backup dan Restore Partition Menggunakan PING

10 April, 2008 (14:49) | Masalah Komputer | Oleh: MK

Saya telah memperkenalkan PING suatu masa dahulu, iaitu sebuah software yang berfungsi untuk membuat backup pada Hard Disk dan partition. PING merupakan alternatif kepada Norton Ghost kerana ianya percuma dan Open Source.

Pada entri kali ini, saya akan menerangkan cara-cara untuk membuat backup pada  partition dengan menggunakan PING. Terlebih dahulu, download PING dan burn fail ISO tersebut ke dalam CD. Kemudian, ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah-langkah Untuk Backup Partition

  1. Masukkan CD PING ke dalam CD-ROM dan hidupkan komputer (pastikan Boot Sequence ditetapkan kepada CD).
  2. Tunggu sehingga mesej ini keluar:

    >> Type [ENTER] to go on with the PING interface, or x to get a shell <<
    >> (login as root), no passwd needed). Type h to get basic shell help. <<

    Tekan Enter

  3. Skrin “Welcome to PING (Partimage is Not Ghost)!” muncul. Tekan Enter.
  4. Anda perlu memilih tindakan yang akan diambil setelah proses klon Hard Disk selesai. Pilih “Reboot the system” dan tekan Enter.
    PING
  5. Pilih “Local disk/partition”
    PING
  6. Pilih partition yang anda nak backup dengan menekan Space. Kemudian, tekan Enter.
    PING
  7. Tentukan partition yang akan menyimpan fail backup anda. Pilih partition tersebut dengan menekan Space. Kemudian, tekan Enter.
  8. Tentukan dalam folder manakah fail tersebut akan disimpan. Anda boleh tinggalkan sahaja ianya kosong, dan terus tekan Enter.
    PING
  9. Pilih “Create_New_Image” supaya PING akan menyimpan fail backup tersebut dalam bentuk
    PING
  10. Taip nama bagi fail backup anda dan tekan Enter
    PING
  11. Pilih bzip2 supaya saiz fail backup tersebut akan menjadi lebih kecil. Tekan Enter
    PING
  12. Bagi penggunaan zsplit, pilih No dan tekan Enter
    PING
  13. Pilih No untuk tidak memadatkan fail NTFS
    PING
  14. Proses backup akan bermula. Tunggu hingga ianya selesai dan PC akan restart dengan sendiri
    PING

Kini fail yang telah anda backup tadi telah disimpan, dan boleh digunakan untuk restore semula ke dalam partition

Langkah-langkah Untuk Restore Partition

  1. Ulangi langkah 1 hingga 5 di atas
  2. Pilih “CHOOSE THIS if you want a RESTORATION” dengan menekan Space. Kemudian, tekan Enter
    PING
  3. Pilih tempat di mana anda simpan fail backup tadi dengan menekan Space. Kemudian, tekan Enter
    PING
  4. Nyatakan folder manakah yang mengandungi fail backup tersebut. Kemudian, tekan Enter
  5. Pilih fail backup anda dan tekan Enter.
    PING
  6. Jika anda ingin restore semula settings pada BIOS, tekan sahaja Enter.
    PING
  7. Proses restore akan bermula. Tunggu hingga ianya selesai
    PING

Katakan anda telah buat backup pada partition yang mengandungi Windows. Apabila anda restore semula partition tersebut, WIndows akan kembali kepada keadaan yang sebelumnya. Fungsi ini sangat berguna sekiranya Windows anda mengalami masalah yang teruk dan tidak dapat diperbaiki.

Popularity: 31% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari KNizam
Masa: April 11, 2008 pada 8:59 pm

perghhh fobia aku ngan screen2 kelabu tuh. haha :)

KNizam’s last blog post..KL Freeze In Unison ?

[Balas komen ini]

Komen dari hanep
Masa: April 12, 2008 pada 9:11 pm

tq for info yg lengkap. ak da tahu dah bnda ni. tapi xreti pakai.hahaha.. tq tq..

[Balas komen ini]

Komen dari khai
Masa: April 13, 2008 pada 9:23 am

waduh2… fening2…

khai’s last blog post..Gila Wayangkah Diriku?

[Balas komen ini]

MK Membalas:

tak susah sangat sebenarnye. cuma sebab tutorial ni terlampau detail (step by step), nampak banyak le..

cuba explore sendiri, straight forward je sebenanye ^^

Komen dari jerry_kool
Masa: April 14, 2008 pada 12:19 am

mmmm…klu partition C sy ade data yg melebihi drpd capacity yg sy nk simpan drive misalnye D…PING still bleh compress ke smpi die btul2 muat msuk dlm partition sy yg 1 lagi???plss response to my mail…

[Balas komen ini]

MK Membalas:

tahap compression PING memang tinggi.. awak cubalah dulu ^^

Komen dari kita
Masa: April 14, 2008 pada 2:31 pm

tutorial yg bagus….ni mesti cuba…biasa guna hantu norton…nak try guna ping pulak..ok ker tak

kita’s last blog post..Backup System Registry Komputer Anda

[Balas komen ini]

Pingback dari Betapa Pentingnya Backup! | SembangKomputer.com
Masa: July 13, 2008 pada 3:11 am

[...] Backup boleh dibuat secara manual, iaitu copy dan paste sahaja fail-fail anda ke dalam hard drive yang lain. Terdapat juga cara yang mudah untuk backup satu partition atau har drive, contohnya dengan menggunakan perisian seperti Symantec Ghost atau PING. [...]

Komen dari AndrOgyny
Masa: July 28, 2008 pada 11:44 am

PING ni nak kena ada pemain CD R/RW ke

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@AndrOgyny: ye, sebab PING tu dalam CD

Komen dari AndrOgyny
Masa: July 29, 2008 pada 11:37 am

komputer kat makmal aku tu MIMOS..lama punya tu..takda CD R/RW.ada cara lain tak

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@AndrOgyny: um, kalau pandai carik, ada Ghost yang boleh boot dari pen drive. PING tak pasti lak ada ke tak..

Komen dari SHAM
Masa: August 6, 2008 pada 2:58 pm

Kawan2,

saya pengguna Vista Ultimate.bolehkah PING digunakan utk OS ini? ataupun PING perlukan spec PC tertentu tertentu utk beroperasi?

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@SHAM: PING ni tak bergantung pada OS, sebab ia berfungsi secara sendiri.. pendek kata, PING ni pakai OS dia sendiri untuk backup apa2 partition dalam hard disk

Komen dari syed
Masa: August 25, 2008 pada 11:34 pm

saya ada kemusykilan sedikit..adakah menggunakan ping nie semua data yang dibackup bleh disimpan didalm cd @tidak dan kalu belh macamana sebab mengikut kefahaman saya melalui tutorial nie..data2 yang dibackup hanya bleh disimpan didlm hardidsk saja…tq

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@syed: dalam PING sendiri memang takde fungsi untuk simpan terus imej tu ke dalam CD. awak kena buat manual. masuk Windows dan burn image yang dah dibuat oleh PING tadi ke dalam CD.

Komen dari SHAM
Masa: September 23, 2008 pada 8:28 pm

Hari ini,secara tiba-tiba,Vista Ultimate sy meminta product key!! (vista sy ni cracked version T_T).Mujur sy ade backup menggunakan PING.Back up tu adalah backup 1bulan yg lalu.Diulangi 1bulan yg lalu T_T !!!! Alhamdulillah,wlupun bnyk dokumen n video n lagu sy yg hilang.Kini baru sy tau kepentingan back up dan PING.Mekasih MK atas tutorial anda psl PING.Budi baik anda sy bawak mati.Semoga berkat ilmu yg anda beri.Hidup MK! Hidup SEMBANG KOMPUTER!

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@SHAM: itulah kebaikannya buat backup awal2. kita takkan tau bila kita akan ditimpa bencana. jadi, sediakan payung sebelum hunan ^^

Komen dari fIZIEY
Masa: October 11, 2008 pada 10:18 pm

Assalamualaikum…sy baru shaja buat backup menggunakan PING…saya telah ikuti semua langkah dari langkah 1-8, tapi sya ade konfuis, dgn langkah 6&7. cz saya buat bakup win memgunakan extenal HDD dan proses bakup telah selesai. Dalam extenal HDD tuh byk fail penting saya just sy hanya buat satu folder lain seperti yg ditujukan dlm langkah 6&7. dan sy restore balik dan ikuti lankah2 yg deberikan, yg say konfius, adakah file yg restore tuh akan restore kat dlam external HDD sy, sy risau bukan dalm drive c cz masa sy bakup win dlm drive c. Kalau restore terus masuk eternal HDD sy habislah data penting sy. Boleh saudar perjelaskan situasi sy nih. YM: matrixcom_01010@yahoo.com

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@fIZIEY: waktu nak restore nanti awak kena tentukan nak restore ke mana. jadi, waktu restore tu, pastikan awak tetapkan destinasinye kepada drive C awak.

Komen dari kangaroo
Masa: November 10, 2008 pada 6:42 pm

sy krg fhm sket pasal nih..kalo kita dah buat backup n tetiba pc kta prob..adakah kita x perlu frmat?tapi cuma restore terus je data2 tu?

[Balas komen ini]

Berikan komen