Arkib

driver_max Dalam proses install semula Windows, tugas yang paling melecehkan adalah install semula kesemua driver yang diperlukan. Anda harus klik satu-persatu pada CD Driver yang diberikan, dan proses ini akan memakan banyak masa lebih-lebih lagi jika terdapat banyak hardware pada komputer tersebut. Dan bagaimana pula jika anda tak ada CD Driver? Lagilah haru jadinya T_T

Adalah lebih baik jika anda backup dulu driver anda sebelum memulakan proses install semula Windows. Ini boleh dilakukan dengan DriverMax. Dengan DriverMax, anda boleh eksport kesemua driver anda dan simpan ia dalam bentuk fail. Setelah proses install Windows dijalankan, anda boleh import semula fail driver tersebut. Hanya dengan satu klik sahaja, semua driver anda akan siap terpasang dan segala hardware dalam komputer anda kini boleh digunakan.

DriverMax adalah percuma, tetapi ia memerlukan pendaftaran untuk mendapatkan nombor siri.

[Dari FreewareGenius]

Entri berkaitan:

Tags: ,


27 Komen untuk entri ini.

  1. Komen oleh HE · 24/02/2008 · 3:53 AM

    thx thx…aku mmg cari tool tool mcm ni….

    Balas komen ini

  2. Komen oleh catzer · 25/02/2008 · 4:15 AM

    erm aku baru jerk format 2-3 laptop minggu lps letih gile nak back up satu2..

    Balas komen ini

    Komen dari Muhammad Khairul
    25/02/2008 pada 4:59 PM

    catzer » letih gile kan. rasa cam nak gile pun ader

    Balas komen ini

  3. Komen oleh Khai · 25/02/2008 · 8:36 AM

    nice info.. thanks!!

    Balas komen ini

  4. Komen oleh firdee · 26/02/2008 · 12:00 AM

    ape beza software ni ngan drivergenius?

    Balas komen ini

    Komen dari Abg. Senior
    26/02/2008 pada 7:53 AM

    Sama je. Cuma driver genius bukan freeware.

    Balas komen ini

  5. Komen oleh adi · 27/05/2008 · 8:27 AM

    salam. aku pakai drivergrabber ajer.

    Balas komen ini

  6. Komen oleh mata · 08/09/2008 · 1:35 PM

    hahaha

    Balas komen ini

  7. Komen oleh hutanrimba · 23/09/2008 · 9:51 AM

    weh.cam ne nk daftar benda ni hah.aku xthu la.nk dft dtkan no.siri die.tlg..

    Balas komen ini

  8. Pingback oleh Bagaimana Nak Cari Driver Di Internet | Sembang Komputer · 22/12/2008 · 4:47 PM

    [...] Backup driver anda menggunakan DriverMax submit_url = “http://sembangkomputer.com/cari-nama-driver/”; [...]

  9. Pingback oleh Apa Itu Driver? | Sembang Komputer · 23/12/2008 · 1:56 PM

    [...] lupa backup semua driver yang sedia ada dalam komputer anda, sebagai langkah berjaga-jaga. Driver yang anda telah backup ini sangat berguna [...]

  10. Komen oleh ninjaboy201 · 08/01/2009 · 11:01 PM

    macam mana nak install semula driver dengan DriverMax selepas format komputer?… adakah kena install dlu DriverMax dan lepas tu baru boleh install driver?

    terima kasih atas sesiapa yang sudi menolong

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    10/01/2009 pada 4:24 PM

    @ninjaboy201, ye awak kena install dulu DriverMax untuk restore semua driver awak.

    Balas komen ini

  11. Komen oleh jimixz · 13/02/2009 · 1:55 AM

    salam..bleh x MK tlg trgkan dngn lbih detail lagi cmne nk guna drver max nih

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    15/02/2009 pada 9:36 AM

    @jimixz salam. Mula2, untuk backup driver, awak pilih “Export Drivers”, dan dia akan copy semua driver2 tu ke dalam satu folder.

    Kalau awak dah format komputer dan nak install semua driver tu, pilih “Import Drivers” dan pilih driver2 tadi. Kalau tak faham lagi, bagitau ye.

    Balas komen ini

  12. Komen oleh MEL · 20/02/2009 · 10:54 AM

    Mcmne nak dapatkan activation code utk DriverMAx?

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    21/02/2009 pada 1:08 PM

    @MEL, kalau awak ada sambungan Internet, tekan je register. Activation code tu boleh guna berapa banyak kali pun.

    Balas komen ini

  13. Komen oleh ZUl · 04/03/2009 · 10:55 AM

    semua lengkap kat blog nie…

    Balas komen ini

  14. Komen oleh ZUl · 04/03/2009 · 11:00 AM

    nak tanya kalau tiba2 mouse tu tak berfungsi ada kah masalah tu datang nya dari driver..saya dah tukar dengan mause lain tapi masalah tetap timbul…kalau port nya di cabut dan di pasang balik mause tu akan berfungsi,tetapi dalam 5 minit masalah tu akan timbul balik…..apa masalah pada hardware tu…

    Balas komen ini

  15. Komen oleh Empires · 09/03/2009 · 7:28 PM

    MK..leh x lau kte update driver dari DriverMax?…nape lpas kte update version & install,die mcm x jadi yea?…still lagi tunjuk version lama…mcm ne yea MK?…

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    10/03/2009 pada 1:08 AM

    @Empires, DriverMax ni guna dia untuk backup dan restore driver je. Operasi update tu awak kena buat sebelum backup ataupun selepas restore je la.

    Balas komen ini

    Komen dari Empires
    10/03/2009 pada 3:59 PM

    ok2…tq MK.. (^_^)

    Balas komen ini

  16. Komen oleh hackersz · 13/03/2009 · 3:42 PM

    aku dah try dah
    tapi kalau kita x de driver modem mcm mana
    kan kene register
    lor??????any idea

    Balas komen ini

  17. Komen oleh ehsan · 17/03/2009 · 1:44 PM

    lepas sy ekxport or da dpt driver dr ladtop sy bleh x saya burn dalam cd then saya format ladtop kawan sy pulak???

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    21/03/2009 pada 12:14 PM

    @ehsan, boleh je..

    Balas komen ini

  18. Komen oleh Hanis · 23/06/2009 · 7:40 AM

    Kalo kita nak guna driver tu untuk OS yang berbeza boleh tak?

    Contohnya:
    Sebelum format, guna Vista Home SP1
    lepas format, install Vista Ultimate plak.

    Boleh lagi ke backup driver tu?

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    25/06/2009 pada 5:38 AM

    @Hanis: Kalau OS yang sama, walaupun lain edisi, boleh je gunakan driver yang sama.

    Balas komen ini

Tinggalkan komen *Bahagian yang bertanda (*) wajib diisi.