Backup Kesemua Driver Anda Dengan DriverMax

driver_max Dalam proses install semula Windows, tugas yang paling melecehkan adalah install semula kesemua driver yang diperlukan. Anda harus klik satu-persatu pada CD Driver yang diberikan, dan proses ini akan memakan banyak masa lebih-lebih lagi jika terdapat banyak hardware pada komputer tersebut. Dan bagaimana pula jika anda tak ada CD Driver? Lagilah haru jadinya T_T

Adalah lebih baik jika anda backup dulu driver anda sebelum memulakan proses install semula Windows. Ini boleh dilakukan dengan DriverMax. Dengan DriverMax, anda boleh eksport kesemua driver anda dan simpan ia dalam bentuk fail. Setelah proses install Windows dijalankan, anda boleh import semula fail driver tersebut. Hanya dengan satu klik sahaja, semua driver anda akan siap terpasang dan segala hardware dalam komputer anda kini boleh digunakan.

DriverMax adalah percuma, tetapi ia memerlukan pendaftaran untuk mendapatkan nombor siri.

[Dari FreewareGenius]

36 thoughts on “Backup Kesemua Driver Anda Dengan DriverMax

  1. Pingback: Bagaimana Nak Cari Driver Di Internet | Sembang Komputer

  2. Pingback: Apa Itu Driver? | Sembang Komputer

  3. macam mana nak install semula driver dengan DriverMax selepas format komputer?… adakah kena install dlu DriverMax dan lepas tu baru boleh install driver?

    terima kasih atas sesiapa yang sudi menolong

    • @jimixz salam. Mula2, untuk backup driver, awak pilih “Export Drivers”, dan dia akan copy semua driver2 tu ke dalam satu folder.

      Kalau awak dah format komputer dan nak install semua driver tu, pilih “Import Drivers” dan pilih driver2 tadi. Kalau tak faham lagi, bagitau ye.

  4. nak tanya kalau tiba2 mouse tu tak berfungsi ada kah masalah tu datang nya dari driver..saya dah tukar dengan mause lain tapi masalah tetap timbul…kalau port nya di cabut dan di pasang balik mause tu akan berfungsi,tetapi dalam 5 minit masalah tu akan timbul balik…..apa masalah pada hardware tu…

  5. MK..leh x lau kte update driver dari DriverMax?…nape lpas kte update version & install,die mcm x jadi yea?…still lagi tunjuk version lama…mcm ne yea MK?…

  6. lepas sy ekxport or da dpt driver dr ladtop sy bleh x saya burn dalam cd then saya format ladtop kawan sy pulak???

  7. Kalo kita nak guna driver tu untuk OS yang berbeza boleh tak?

    Contohnya:
    Sebelum format, guna Vista Home SP1
    lepas format, install Vista Ultimate plak.

    Boleh lagi ke backup driver tu?

  8. thanks bro.aku memang dah tak larat dah nak install driver je.tu yg bile dapat tau de software backup driver ni.aku rasa macam nak nangis pun de.terharu sangat :-)

  9. slm.saya tak faham :(
    sy dh install drivermax..die dh list kan sume device lm laptop compaq presario v3000 sy ni..pastu sy kne wt ape..kne dnload driver untuk d backup ke dlm drivermax ni?

  10. salam..

    Sy ada mslh.. aritu pas godeh dlm regestry may be ade terdelete file system kot yg meneyebabkan x buleh buka ape2 file yg .exe. tu yg jd mslh bsr nk install drivemax ni.pastu regestry skrg da x leh bukak plak. sampai kan nk buka ape2 program pun akan kuar pop up menu ‘open with prog’. sesapa leh tolong?? mtk jasa baik menolong..

  11. bro..kalo backup driver kan..mane tau virus ada dlm driver2..sp kalo msuk kan driver 2 msuk virus blik lah..so wtpe format kalo cm2 gak..

  12. MK..biler da format kne install blik kn driver max tuh bru ley import..connection internet maner ader selepas format. nak guna driver max kene log in account kan ? die cek acount kite guna internet kn ? so cam ne? pas format kene install driver broadband dlu ker bg ad internet?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">