Sebelum mempunyai Internet sendiri di bilik, saya banyak bergantung kepada Cyber Cafe dan pusat Internet di sekolah untuk mendapatkan maklumat. Di situlah saya menggunakan USB drive saya untuk menyimpan segala aplikasi portable dan pelbagai dokumen. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya sentiasa membuat backup untuk isi kandungan USB drive ini ke dalam komputer saya.

Katakan folder backup di dalam komputer saya dipanggil sebagai Salinan. Saya telah membuat backup pertama dengan menyalin semua data dari USB drive ke dalam folder Salinan. Hari yang berikutnya, terdapat beberapa fail yang telah dibuang serta beberapa fail lagi ditambah di dalam USB Drive. Saya inginkan perubahan yang sama berlaku di dalam folder Salinan. Di sinilah saya menggunakan sebuah software dari Microsoft yang dikenali sebagai SyncToy.

SyncToy akan mengesan perbezaan di antara USB Drive dan folder backup anda. Kemudian ia akan update folder backup tersebut dengan fail yang berubah sahaja. Kandungan yang sama di antara kedua-dua folder akan dikekalkan. Ikuti langkah – langkah di bawah:

  1. Buka program SyncToy. Klik pada Create New Folder Pair.
  2. Pilih USB Drive anda sebagai Left Folder. Left Folder adalah digunakan sebagai sumber. Klik Next.
  3. Pilih folder dalam komputer anda sebagai Right Folder. Right Folder digunakan sebagai backup. Klik Next.
    synctoy-01
  4. Pilih Echo. Dengan cara ini, fail dari USB Drive akan update ke dalam folder backup. Klik Next.
    synctoy-02
  5. Berikan nama bagi backup anda. Klik Finish.
    synctoy-03

Apabila anda ingin membuat backup, klik sahaja pada butang Run dan SyncToy akan menyalin segala fail yang berkaitan. Kali kedua (dan seterusnya) anda membuat backup, SyncToy hanya akan backup fail – fail yang diubah sahaja supaya proses backup anda akan menjadi lebih pantas.

Dapatkan SyncToy di sini (memerlukan .NET Framework 2.0)

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

15 Responses


  1. Azhar Ahmad on 27 Mar 2008

    Ohhhohho…. sungguh mudah rupanya… Saya selalu terkena… Yelah, bekap research sampai 5 beb… Takuttt…

    Azhar Ahmad’s last blog post..Seduksi Bervisi

    • MK on 27 Mar 2008

      uit sampai 5 ye. yela, kalau ilang, sure nangis ye.. hehe

  2. soleh on 27 Mar 2008

    Salam,

    Menarik, thanks a lot

    soleh’s last blog post..PSP Ebook and Image

    • MK on 27 Mar 2008

      soleh »
      salam..
      sama2.. ^^

  3. susumasam on 27 Mar 2008

    camne klu fail yg nak dibackup tu lebih besar saiznya daripada saiz pendrive??

    • MK on 27 Mar 2008

      susumasam »
      uit, kalu lagi besar dari pendrive, cane lak die leh masuk pendrive?
      um, tapi kalau nak padatkan saiz fail tu, boleh compress guna 7zip

  4. iziana on 27 Mar 2008

    thanx for sharing
    hehee
    sy klu document penting yg saiz kecik
    sy selalu simpan 1 or 2 copy kt email
    dgn kata lain, saya hantar email yg attach document tu kpd diri sndiri
    hahaaaaa

    • MK on 27 Mar 2008

      iziana »
      same la.. saya slalu kalau ada url2 yang penting, hantar kat emel sendiri supaya ingat nanti..

  5. xeroxaven on 28 Mar 2008

    oo.. begitu pengunaan nyer.. saya selalu buat manual je.. hehe.. trime kasih kerana berkongsi..

    xeroxaven’s last blog post..Merah itu Ferrari

  6. Abu Qushaeiry on 28 Mar 2008

    Terima kasih. Saya cuba install benda ni pada sistem saya tapi tak boleh sebab kena ada Microsoft NET Framework 2.0. System saya sistem lama – Win XP SP1. Nak donload NET Framework tu yang bercinta siket sebab saiz failnya besau (22MB).

    Alternatif saya ialah terus gunakan aplikasi backup yang sedia ada dalam thumbdrive ataupun gunakan PortableApps.

    Kalau boleh, kalau ada nak perkenalkan aplikasi-aplikasi baru, mintaklah dinyatakan siket sistem requirementnya. Kalau tak boleh pun tak apa, teruskan usaha-usaha murni saudara Muhammad Khairul.

    Sekian. Terima kasih.

    • MK on 28 Mar 2008

      Abu Qushaeiry »
      oh yela, saya sepatutnya nyatakan keperluan untuk .NET Framework tu

      terima kasih Abu Qushaeiry ^^

  7. ahmadyusrie on 28 Mar 2008

    woooww…very useful dude..
    X pnah tau pon kewujudan something like this
    tq..

    ahmadyusrie’s last blog post..Who Is This Guy????

  8. Mohd Ismail on 28 Mar 2008

    eh ade eh software backup pendrive.. he he.. :)

    aku selalu copy masuk folder lain je..

    Mohd Ismail’s last blog post..Bila orang Belanda menyanyi lagu Indonesia

  9. [...] boleh menetapkan USB drive anda kepada satu drive letter khas? Ini sangat berguna jika anda selalu membuat backup terhadap USB drive anda. Ikuti langkah – langkah di [...]

  10. [...] Backup USB Drive Anda Dengan SyncToy [...]


Tinggalkan komen anda