Artikel ini menerangkan:

  • Cara-cara hendak membuat fail ISO daripada CD/DVD
  • Cara-cara hendak mount image

Pada entri yang terdahulu, saya ada menerangkan tentang fail ISO. Kali ini saya ingin menerangkan cara – cara untuk membuat fail ISO, serta bagaimana menggunakannya.

Mari kita ulangkaji semula. Apakah itu fail ISO? Secara ringkas, apabila CD/DVD disimpan dalam komputer anda dalam bentuk fail, ia dipanggil ISO.

Apakah kelebihan menggunakan fail ISO? Kalau saya nak mainkan CD, saya masukkan je la dalam CD-ROM tu, pe susah… huh.

Hehe, OK. Ada beberapa situasi di mana menggunakan fail ISO adalah lebih cekap dan bijak. Antaranya ialah:

  • Anda kerap-kali menggunakan CD tertentu. Saya contohnya, selalu memerlukan CD Microsoft Office untuk install dan uninstall perisian tersebut.
  • Terdapat game yang memerlukan CD. Oleh kerana anda terpaksa memasukkan CD setiap kali nak main Monkey Revenge 4, kan lebih senang kalau anda gunakan fail ISO. Tak perlu masukkan CD dah.
  • CD Windows XP anda selalu dipinjam oleh rakan-rakan. Dah pinjam, tak reti nak pulang. Buat satu salinan ISO sebagai backup kepada CD anda.

Tak kisahlah apa yang anda ingin gunakan dengan fail ISO, yang penting kita ingin belajar. Mari teruskan.


Cara – cara untuk membuat fail ISO

Banyak perisian yang boleh digunakan untuk membuat fail ISO, contohnya ImgBurn. Saya cadangkan anda gunakan LC ISO Creator kerana ia sangat mudah digunakan. Cuma masukkan CD/DVD ke dalam pemacu CD/DVD anda dan tekan butang "Create ISO".

Cara – cara untuk menggunakan fail ISO

Bagi menggunakan fail ISO pula, gunakan Daemon. Apabila proses install Daemon ini telah selesai, klik kiri pada ikon kecil Daemon yang terdapat pada system tray dan klik pada Device 0 dan pilih fail ISO anda. Sekarang, fail ISO tersebut akan terpapar pada My Computer anda, seolah – olah anda sedang memasukkan CD tersebut. Proses ini dipanggil sebagai mount image.

Itu sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba!

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

21 Responses


  1. ahib0205 on 28 Jan 2008

    thanks 4 sharing :) sy dulu penah gian main game monopoly taikon. ha kalo tak main game tu tak tak la apa itu ISO. hehe.. eh patut la kita kena ISO kan cd/dvd yg kita image tu dulu. owh.. guna software LC ISO Creator ek? wokeh.. nanti balik umah leh cuba.. adik2 ku…. tunggu abgngah nk ajar.. :P

  2. khairul on 28 Jan 2008

    ngeh3… ajarlah adik2 itu bermain monopoly taikon skali.. ke3

    • azwan on 25 Apr 2009

      nanti jadi virus

  3. ImamKhalid on 28 Jan 2008

    Thanks for the info ;)

    P/s: LInk added!

  4. khairul on 28 Jan 2008

    syukran jazilan ^^

  5. ixora on 28 Jan 2008

    Blog yang chomel. (^_^) ehehe

    **saya terbang dr blog pembebel.

  6. khairul kecil on 28 Jan 2008

    tema kaseh kerana singgah… wahai si rama – rama

  7. cenge on 30 Jan 2008

    Congrat! Keep up d good work!

  8. khairul kecil on 30 Jan 2008

    tema kasey cikgu..

  9. [...] ini anda telah mengenali apa itu fail ISO dan cara-cara menggunakannya. Bagaimana pula jika anda ingin masukkan terus fail ISO ini ke dalam CD? Ikuti langkah-langkah di [...]

  10. [...] berkaitan dengan partition ni, kita akan gunakan GParted LiveCD. Download GParted dalam bentuk ISO dan burn ke dalam CD. Masukkan CD GParted kedalam CD-ROM dan restart komputer anda (pastikan boot [...]

  11. [...] kegunaan harian anda, seperti Gqview untuk melihat imej, Vim sebagai text editor, ISO Master untuk menguruskan fail ISO, dan banyak lagi. Slax sesuai digunakan sebagai recovery tool, contohnya jika anda ingin mengambil [...]

  12. asri on 05 Aug 2008

    cane r saya nak buat ghost

  13. farhan on 16 Sep 2008

    hi, mcm mana pulak kalau nak buat fail iso tp bkn dr cd? camni, sy ada download win xp sp3 dr rapidshare dan selepas tu sy extract. so mcm mana nak buat fail iso daripada folder yg sy dah extract td?

    • MK on 16 Sep 2008

      @farhan: hm.. awak kena guna software yang khas, macam Nero. sebab waktu buat ISO tu, kena jadikan dia bootable lak.. Nero boleh la buat camtu

  14. wan_R on 16 Sep 2008

    paan; try check website nih http://www.trustfm.net/divx/SoftwareFolder2Iso.php?b2=1

  15. farhan on 16 Sep 2008

    Ok, setelah aku buat research sikit, aku dapati ada 2 jenis cara nak create fail ISO ni. yg pertama ialah create ISO dari CD/DVD dan kedua create ISO dari folder. kalau nak create ISO dari CD/DVD, kena pakai software LC ISO Creator. untuk create ISO dari folder plak pakai software Folder2Iso. sebab LC ISO Creator tak boleh create ISO dari folder. kemudian guna software PowerISO @ UltraISO untuk burn ISO tadi ke CD/DVD sebagai bootable CD. seeloknya burn dengan kelajuan sederhana (16x @ 8x) supaya data dapat di burn dengan lengakap. sori pangjang sikit komen….:-)

    • MK on 17 Sep 2008

      @farhan: wah, terima kasih farhan sebab berkongsi cara-cara ni.. ^_^

  16. Amer on 19 Dec 2008

    cuba install LC ISO Creator tu, ada error la pulak……error (cyclic redundancy check)……sebab apa?..camna nak atasi?

  17. syam on 22 Jun 2009

    Assalammualaikum,

    Boleh tak tolong ajar macam mana nak install n crack pc games command and conquer 3 triberium wars. Saya dah install pastu taktau camner nak crack

    TQ


Leave your comment