Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Bagaimana Hendak Menggunakan Fail ISO

27 January, 2008 (16:54) | Perisian, Tips Windows | Oleh: MK

Artikel ini menerangkan:

  • Cara-cara hendak membuat fail ISO daripada CD/DVD
  • Cara-cara hendak mount image

Pada entri yang terdahulu, saya ada menerangkan tentang fail ISO. Kali ini saya ingin menerangkan cara - cara untuk membuat fail ISO, serta bagaimana menggunakannya.

Mari kita ulangkaji semula. Apakah itu fail ISO? Secara ringkas, apabila CD/DVD disimpan dalam komputer anda dalam bentuk fail, ia dipanggil ISO.

Apakah kelebihan menggunakan fail ISO? Kalau saya nak mainkan CD, saya masukkan je la dalam CD-ROM tu, pe susah… huh.

Hehe, OK. Ada beberapa situasi di mana menggunakan fail ISO adalah lebih cekap dan bijak. Antaranya ialah:

  • Anda kerap-kali menggunakan CD tertentu. Saya contohnya, selalu memerlukan CD Microsoft Office untuk install dan uninstall perisian tersebut.
  • Terdapat game yang memerlukan CD. Oleh kerana anda terpaksa memasukkan CD setiap kali nak main Monkey Revenge 4, kan lebih senang kalau anda gunakan fail ISO. Tak perlu masukkan CD dah.
  • CD Windows XP anda selalu dipinjam oleh rakan-rakan. Dah pinjam, tak reti nak pulang. Buat satu salinan ISO sebagai backup kepada CD anda.

Tak kisahlah apa yang anda ingin gunakan dengan fail ISO, yang penting kita ingin belajar. Mari teruskan.


Cara - cara untuk membuat fail ISO

Banyak perisian yang boleh digunakan untuk membuat fail ISO, contohnya ImgBurn. Saya cadangkan anda gunakan LC ISO Creator kerana ia sangat mudah digunakan. Cuma masukkan CD/DVD ke dalam pemacu CD/DVD anda dan tekan butang "Create ISO".

Cara - cara untuk menggunakan fail ISO

Bagi menggunakan fail ISO pula, gunakan Daemon. Apabila proses install Daemon ini telah selesai, klik kiri pada ikon kecil Daemon yang terdapat pada system tray dan klik pada Device 0 dan pilih fail ISO anda. Sekarang, fail ISO tersebut akan terpapar pada My Computer anda, seolah - olah anda sedang memasukkan CD tersebut. Proses ini dipanggil sebagai mount image.

Itu sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba!

Popularity: 15% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari ahib0205
Masa: January 28, 2008 pada 11:33 am

thanks 4 sharing :) sy dulu penah gian main game monopoly taikon. ha kalo tak main game tu tak tak la apa itu ISO. hehe.. eh patut la kita kena ISO kan cd/dvd yg kita image tu dulu. owh.. guna software LC ISO Creator ek? wokeh.. nanti balik umah leh cuba.. adik2 ku…. tunggu abgngah nk ajar.. :P

[Balas komen ini]

Komen dari khairul
Masa: January 28, 2008 pada 12:42 pm

ngeh3… ajarlah adik2 itu bermain monopoly taikon skali.. ke3

[Balas komen ini]

Komen dari ImamKhalid
Masa: January 28, 2008 pada 12:47 pm

Thanks for the info ;)

P/s: LInk added!

[Balas komen ini]

Komen dari khairul
Masa: January 28, 2008 pada 12:53 pm

syukran jazilan ^^

[Balas komen ini]

Komen dari ixora
Masa: January 28, 2008 pada 2:33 pm

Blog yang chomel. (^_^) ehehe

**saya terbang dr blog pembebel.

[Balas komen ini]

Komen dari khairul kecil
Masa: January 28, 2008 pada 3:38 pm

tema kaseh kerana singgah… wahai si rama - rama

[Balas komen ini]

Komen dari cenge
Masa: January 30, 2008 pada 2:08 am

Congrat! Keep up d good work!

[Balas komen ini]

Komen dari khairul kecil
Masa: January 30, 2008 pada 2:20 pm

tema kasey cikgu..

[Balas komen ini]

Pingback dari Cara-cara Nak Burn Fail ISO Ke Dalam CD Atau DVD | SembangKomputer.Com
Masa: February 27, 2008 pada 1:06 am

[...] ini anda telah mengenali apa itu fail ISO dan cara-cara menggunakannya. Bagaimana pula jika anda ingin masukkan terus fail ISO ini ke dalam CD? Ikuti langkah-langkah di [...]

Pingback dari GParted: Buat Partition Pada Hard Disk | SembangKomputer.Com
Masa: April 7, 2008 pada 1:04 pm

[...] berkaitan dengan partition ni, kita akan gunakan GParted LiveCD. Download GParted dalam bentuk ISO dan burn ke dalam CD. Masukkan CD GParted kedalam CD-ROM dan restart komputer anda (pastikan boot [...]

Pingback dari Slax- Bawa Linux Di Dalam Poket Anda | SembangKomputer.com
Masa: May 25, 2008 pada 5:36 am

[...] kegunaan harian anda, seperti Gqview untuk melihat imej, Vim sebagai text editor, ISO Master untuk menguruskan fail ISO, dan banyak lagi. Slax sesuai digunakan sebagai recovery tool, contohnya jika anda ingin mengambil [...]

Komen dari asri
Masa: August 5, 2008 pada 8:33 pm

cane r saya nak buat ghost

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@asri: cuba awak tengok contoh cara penggunaan Ghost ni

Komen dari farhan
Masa: September 16, 2008 pada 1:23 pm

hi, mcm mana pulak kalau nak buat fail iso tp bkn dr cd? camni, sy ada download win xp sp3 dr rapidshare dan selepas tu sy extract. so mcm mana nak buat fail iso daripada folder yg sy dah extract td?

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@farhan: hm.. awak kena guna software yang khas, macam Nero. sebab waktu buat ISO tu, kena jadikan dia bootable lak.. Nero boleh la buat camtu

Komen dari wan_R
Masa: September 16, 2008 pada 11:21 pm

paan; try check website nih http://www.trustfm.net/divx/SoftwareFolder2Iso.php?b2=1

[Balas komen ini]

Komen dari farhan
Masa: September 16, 2008 pada 11:38 pm

Ok, setelah aku buat research sikit, aku dapati ada 2 jenis cara nak create fail ISO ni. yg pertama ialah create ISO dari CD/DVD dan kedua create ISO dari folder. kalau nak create ISO dari CD/DVD, kena pakai software LC ISO Creator. untuk create ISO dari folder plak pakai software Folder2Iso. sebab LC ISO Creator tak boleh create ISO dari folder. kemudian guna software PowerISO @ UltraISO untuk burn ISO tadi ke CD/DVD sebagai bootable CD. seeloknya burn dengan kelajuan sederhana (16x @ 8x) supaya data dapat di burn dengan lengakap. sori pangjang sikit komen….:-)

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@farhan: wah, terima kasih farhan sebab berkongsi cara-cara ni.. ^_^

Berikan komen