Bagaimana Nak Menukarkan DVD Kepada Fail Video

Kali ini saya akan menunjukkan cara-cara untuk menukarkan DVD kepada fail video yang boleh disimpan di dalam komputer anda. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh membawa fail video tersebut ke mana jua, malah saiz DVD yang besar boleh dikecilkan agar mudah dimasukkan ke dalam pen drive.

Software yang diperlukan adalah DVD Decrypter dan AutoGK. Download dan install kedua-dua software tersebut, dan ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Rip DVD Menggunakan DVD Decrypter

  • Masukkan DVD ke dalam DVD-ROM anda dan buka program DVD Decrypter. Pastikan anda memilih mod IFO.
    dvd-rip-01
    Klik pada imej untuk besarkan
  • Pilih video mana yang anda ingin tukar (PGC). Tetapkan destinasi bagi fail tersebut dan klik pada butang Encrypt
    dvd-rip-02
    Klik pada imej untuk besarkan
  • Tunggu hingga proses decrypt selesai

Langkah 2: Encode fail Menggunakan AutoGK

  • Buka program AutoGK. Pada bahagian Input file, pilih fail .VOB pertama yang anda telah decrypt tadi.
  • Jika mahu, anda boleh menetapkan audio, sarikata, dan saiz fail tersebut. Kemudian klik pada butang Add Job dan Start
    dvd-rip-03
    Klik pada imej untuk besarkan
  • Tunggu hingga proses encode selesai dan anda akan dapat fail video yang telah diambil dari DVD tersebut.

[Tutorial asal dari Elliotback]

5 thoughts on “Bagaimana Nak Menukarkan DVD Kepada Fail Video

  1. nak tanye ek
    saye slalu de movie yg format avi
    slalunye saye akan carik subtitle kat tenet
    camne ek nak burnkan movie tu skali ngan subtitle?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">