Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Bagaimana Untuk Mencari Nama Driver

6 February, 2008 (19:16) | Masalah Komputer, Perisian, Tips Windows | Oleh: MK

Setelah anda format Windows, perkara pertama yang harus dipasang sudah tentulah driver. Tapi, ops, apa nama driver saya ye? Oleh kerana Windows baru sahaja format kembali, sudah tentu ia tidak akan memaparkan kad grafik (graphic card) atau kad bunyi (sound card) apakah yang anda sedang guna. Jadi, macam mana nak tahu apakah nama driver dalam komputer?

Tidak perlulah anda buka komputer tu sebab nak tengok apa yang tertulis di atas motherboard. PC Wizard akan membantu anda untuk mengenalpasti kesemua perkakasan yang terdapat di dalam komputer, beserta jenama dan modelnya sekali. Kemudian anda bolehlah cari driver ini dengan memasukkan namanya di Internet.

Anda boleh menyimpan segala maklumat mengenai komputer anda dalam format-format seperti TXT, HTML dan PDF. Selain perkakasan, PC Wizard juga boleh memaparkan maklumat mengenai Sistem Pengoperasian anda, perisian, suhu, dan banyak lagi.

Popularity: 17% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari melayubuntu
Masa: February 7, 2008 pada 12:33 am

wah..byk tips dlm blog ni ek…tapi sayang, aku dh xguna windows…
papepun aku sokong blog ni 100%..kekalkan kualiti stiap artikel!!huhu…

[Balas komen ini]

SembangKomputer.Com Membalas:

melayubuntu » hehe, saya pun nak berpindah ke linux gak tak lame lagi. then i’ll refer to your blog, of course! sama2 kita berkongsi ilmu ^^

melayubuntu Membalas:

owh..nk pndah ke linux gak ek..bagus2..hehe
sama2 meriahkan dunia linux kt mlesia nih..huhu

Komen dari kmal_kedah
Masa: September 23, 2008 pada 4:47 pm

Linux nie cam mana ek??

[Balas komen ini]

Berikan komen