SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Bahasa Melayu Atau Inggeris?

1 August, 2008 (03:34) | Sembang Editor | Oleh: MK

Saya tertarik dengan hasil tulisan Zul dari Ubuntu for Malaysian hari ini, yang kemudiannya diulas oleh Kita dari Kongsi Blog. Zul memperkatakan tentang dilema penggunaan bahasa yang dialami oleh para penulis, khususnya dalam bidang teknologi. Kami dihantui oleh satu soalan – nak guna istilah bahasa melayu atau inggeris?

Masalah ini mula saya alami sejak mula-mula menulis SembangKomputer.com lagi. Saya berniat untuk menulis tentang komputer dan teknologi dalam bahasa ibunda kita. Namun, dunia komputer adalah penuh dengan istilah-istilah teknikal. Nak terjemahkan semua istilah ni kepada bahasa melayu, rasa kekok pula. Kalau nak tukarkan istilah komputer kepada italic, pun susah, sebab ada sesetengah terma yang seakan-seakan sudah sebati dengan bahasa melayu, contohnya program.

Jika anda juga seorang penulis teknologi dalam bahasa melayu, anda pastinya faham akan keadaan ini. Susah untuk jadi betul-betul skema dalam penggunaan bahasa. Tapi kalau nak guna bahasa rojak, kurang hormat pula. Anda hanya mampu berada di tengah-tengah.

Secara jujurnya saya akui, sebelum ini sayalah orang yang pertama tergelak apabila melihat istilah komputer diterjemahkan. Perkataan seperti hotkey ditukar kepada ‘kekunci panas’ memang menggelikan hati. Tapi sebenarnya kita tidak mampu lagi untuk terus bersikap ego dan skeptikal. Lihat sahaja pada Jepun, Korea, dan China. Mereka berbangga dengan budaya mereka, setiap buku diterjemahkan supaya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat mereka sendiri. Jangan terlalu memandang tinggi kepada dunia Barat, kerana mereka sendiri pun telah menyalin, mencuri, dan merompak habis-habisan warisan ilmu dari Tamadun Islam yang dahulunya amat gah dan gemilang.

Saya juga berminat mengulas petikan ini, yang saudara Zul petik dari kata-kata seorang menteri di parlimen:

“Kita tidak mampu mentafsir setiap buku-buku baru yang keluar saban hari di dunia barat. Jangan bandingkan kita dengan Jepun. Jepun siapa dan kita siapa?”

Ops, silap besar tu. Mentaliti seperti inilah yang akan membawa kehancuran. Mentaliti “kita tidak boleh” yang akan membantutkan segala harapan, melenyapkan segala semangat. Ke mana sikap “Malaysia Boleh” yang acapkali dilaungkan?

Namun tidak saya nafikan, penguasaan bahasa inggeris memberi kelebihan besar dalam mencari ilmu. Saya sendiri mencari bahan bacaan dari bahasa inggeris, jarang sekali dari bahasa melayu kerana kekurangan sumber. Sebab itulah jika anda mahir bahasa inggeris, teruskan. Dan berikan sumbangan anda kepada masyarakat kita dengan menyampaikan ilmu tersebut.

Jadi, apa pula pendapat anda? Perlukah kita terjemahkan kesemua bahan rujukan ini ke dalam bahasa ibunda; atau perlukah kita tekankan lagi kepentingan menguasai bahasa inggeris?

Popularity: 22% [?]

Entri berkaitan

RSS feed | Trackback URI

21 Comments »

Comment by melayubuntu
2008-08-01 08:07:24

macih bro atas ulasan ni..rasanya jalan keluar 1 jer iaitu sedut istilah inggeris dan dimelayukan dgn ejaan yang sedikit diedit (hoho)…
mcm install=installasi dan seumpamanya…tp kerja menjadikan istilah ni valid ialah kerja DBP…ntah la bro…ssh gak nk ckp

Entri terkini melayubuntu: Cadangan promosi ubuntu di Kolej ShahPutra

Comment by MK
2008-08-01 10:53:01

@melayubuntu: installasi? menginstall? ntah lah, aku cukup anti dengan ejaan yang macam ni sebenarnye.. samada aku guna perkataan melayu, atau inggeris yang dimasukkan ke dalam akronim. tiada gabungan.. huhu

Comment by alonqexe
2008-08-01 12:35:19

Setuju2. Penggunaan istilah macam tu menyebabkan kita saling tak tumpah macam Indonesia. Semua perkataan Inggeris nak di-indonesiakan, dan semua perkataan panjang nak digabung, jadi pendek.

Entri terkini alonqexe: Berapa Hari Lagi?

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by ImamKhalid
2008-08-03 09:28:38

Dalam mengekalkan bangsa Melayu, bahasa amatlah penting. Aku tak mahu negara kita jadi macam India dan Singapura, yang menggunakan English sebagai bahasa rasmi.

Sebaliknya, gunalah Bahasa Melayu tidak kira di mana kita berada. Sekiranya dirasakan dengan menggunakan terma ‘Installasi’, ‘Hotkey’, dsb lebih memudahkan, amalkan penggunaan terma2 sebegitu. Sampai suatu masa, akan diterapkan di dalam Kamus Dewan.

Isu kepandaian berbahasa Inggeris adalah isu yang berbeza. Begitu juga dengan kepandaian seseorang untuk bertutur bahasa Arab, atau Jerman. Semuanya bergantung kepada pengajian dan pengamalan kepada bahasa itu sendiri.

(Comments wont nest below this level)
Comment by MK
2008-08-04 06:18:56

@ImamKhalid: bahasa melayu ni kita je yang ada. kalau kita tak pakai, sape lagi.. kan kan

 
 
 
 
Comment by Mohd Hafifi
2008-08-01 09:10:23

orang kenal kita melalaui budaya dan bahasa kita. Jadi, amatlah perlu kita terjemahkan bahan-bahan rujukan ini untuk memartabatkan bahasa kita. Sekadar pendapat..

 
Comment by Iwana Subscribed to comments via email
2008-08-01 13:55:12

Entri yang buat kita berfikir (berkomtemplasi mungkin, DBP tak luluskan lagi). Pandangan saya:

Kalau untuk mendalami ilmu, tak salah memanfaatkan sepenuhnya sumber yang kebanyakan datang daripada BI. Itu tak menunjukkan kita kurang Melayu atau suka mengagungkan omputih. It’s for the love of the knowledge and there’s nothing wrong with it.

Kalau bab kongsi ilmu pulak,

“terdapat 1,600 perkataan dalam kosa kata Bahasa Melayu/Malaysia sedangkan ada 300,000 patah perkataan dalam kosa kata Bahasa Inggeris.” - dipetik dr sebuah blog and i believe he has done he’s research on it. Disebabkan hal itu, saya rasa sukar untuk berkongsi ilmu dalam 100% BM sebab halangan tak cukup kosa kata ni, tapi tak mustahil, sbb kamu berjaya membuatnya MK, w/pon tak 100%. Sebab kalau nak catch up nampak macam mustahil je. Tapi bagi saya, asalkan dapat tangkap ilmu itu dalam bahasa apapun itu sudah baikkan? sebab ilmu berjaya disampaikan.

Sekian.

Comment by MK
2008-08-04 06:16:04

@Iwana:
waow, saya suka la komen awak ni. terutama bab research tu

setuju, belajar bahasa inggeris (or any other languages for that matter) tak bermakna kita agungkan mereka, dan tak sayangkan bahasa sendiri. semuanya kerana ilmu, dan ilmu takkan rugi kalau dipelajari, tak kisahlah ilmu apa pun

kontemplasi.. hmm saya blaja perkataan baru hari ni ^^

 
 
Comment by Lut Subscribed to comments via email
2008-08-02 03:10:56

Asslamualaikum..hi khai aku org baru dalam blog S.K ni..

komentar skit dari aku
mmg x dinafikan bahasa inggeris mmg bahasa penting. Tapi kena ada wujudkan juga alih bahasa Melayu untuk kefahaman…

Dan kita sebagai org islam kena ingat satu masa dulu Teknologi itu juga pernah menjadi milik ISLAM…Barat mencuri guna pakai.

Entri terkini Lut: What Happen!!

 
Comment by HE
2008-08-02 21:26:13

Bagi saya, selagi boleh, terjemahkanlah semua buku bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Kalau di Jepun memang banyak terjemahan buku. Di Jepun juga banyak perkataan dari bahasa Inggeris yang diserap menjadi bahasa Jepun. Jadi kita tidak perlu merasa terkurang dalam kosa kata kita.

Entri terkini HE: Durian

 
Comment by Uncle G
2008-08-03 11:05:13

1 artikel yang menarik… melayubuntu nye kekuatan sebenarnya bahasa melayu.. bukan ape.. dah banyak artikel dalam bahasa lain.. kalau guna bahasa melayu, ramai orang kita boleh memahami maksud sebenar tulisa bro zul tuh…

just pandangan je..

Entri terkini Uncle G: Promote Idham Xpression™

 
Comment by shandye
2008-08-04 10:01:11

rasanya tidak salah kalau kita berkemahiran dalam kedua2 bahasa iaitu english dan bahasa melayu sekaligus kerana kedua2nya mempunyai keuntungan tersendiri jika kita menguasainya.

tidak dinafikan penggunakan bahasa melayu agak terbatas contohnya dalam menterjemahkan istilah2 khusus yang banyak digunakan dalam pembangunan perisian (atau yang paling terhampir dalam hidup saya: undang2).

agak mengecewakan melangkah ke borders/kinokuniya kebanyakan buku rujukan untuk pembangunan perisian ataupun undang2 kebanyakannya dalam bahasa inggeris walhal bahasa pengantar pembelajaran di kebanyakan universiti2 tempatan adalam masih lagi dalam bahasa melayu.

entahlah.

Entri terkini shandye: you.

 
Comment by kita
2008-08-04 16:28:54

ermmmm…glamour jugak topik ni erkkk

 
Comment by eins
2008-08-06 13:41:34

Kadang2 berasa sedikit janggal klau nak terjemah perkataan cam install >> installasi atau pemasangan post >> postingan, upload >> muat naik dan lain2 lagi…

Kekadang kena la rojak, mix up skett sesetengah terma bila menulis artikel…

Dalam internet tak bnyak laman web dan blog tutorial berbahasa melayu jadi memang satu langkah yg bagus la klau kita gnkan BM sebagai bahasa utama…kalau kita berilmu lebih baik kita utamakan bangsa dan negara kita sendiri, lebih dari yang lain…betul tak?

Entri terkini eins: Cara Untuk Setup Local Webserver

 
Comment by Arham
2008-08-07 02:34:56

bagi aku kita patut guna je bahasa inggeris tu untuk mengelak dari tersalah faham.Aku pun tergelak bila aku tuka konfigurasi(configuration)dekat phone aku jadi bahasa melayu.Satu haram x faham.Kita guna dulu bahasa diorg nanti kita dah pandai.Kita wat baranglembut(software)mahupun barangkeras(hardware) ataupun program kita sendiri Ha! kau bubuh la semelayu mane pon yang kau nak.

Comment by MK
2008-08-07 09:01:57

@Arham: uhm aku pun tuka gak setting kat handphone. mula2 lawak gile, tapi lama2 dah biasa dah. kalau member aku tengok handphone aku mesti gelak ^^

 
 
Comment by NoktahHitam
2008-08-07 03:40:42

mesti lah bahase inggeris. maintainkan term tu bahase inggeris. yang lain melayu takpe

 
Comment by sisofmola
2008-08-08 14:52:08

assalamualaikumm kepada semua pembaca setia SK.com…
memnag xdapat dinafikan lagi bhwa bhasa inggeris sangat penting dalam kehidupan @ aktiviti communication dalam dunia secara umumnya..tetapi BM juga amat penting dalam membangkitkan semangat orang mlayu kita untuk terus maju dalam meningkatkan lagi taraf hidup setiap keluarga yang ada..so,maknanya kerajaan nakkan “zero miskin” ..kadang2 sy rasa kesian juga melihat kehidupan yang daif macam 2 skali..
BM e2 penting APABILA SESEORANG ITU XPANDAI DALAM bi.tapi lama-kelamaan,org tersebut akan pndai bi juga….

 
Comment by khai
2008-08-10 02:48:40

bagi khai terlalu mudah.. takyah nak pikir panjang, blog dalam malay, dan gunakan istilah komputer seperti biasa macam yg kita guna hari hari… tak perlu nak menterjemahkan bahasa komputer (english) yang dah biasa kita campur baul dalam melayu untuk menjadi bahasa melayu kerana itu akan lebih memeningkan untu kmereka yg newbie… tq

Entri terkini khai: 0308 - Allah selamatkan kamu

Comment by MK
2008-08-10 10:25:46

@khai: baik.. saya janji takkan translate ‘motherboard’ kepada ‘emak papan’.. :p

 
 
Comment by azwanhadzree Subscribed to comments via email
2008-08-13 19:24:18

program = aturcara

ada byk istilah dlm bahas malaysia, tapi DBP pun tidak tetap pendiriannya.

 
Nama (diperlukan)
Emel (diperlukan - tidak akan disiarkan)
URI
Dapatkan maklumbalas komen melalui emel
Komen anda (smaller size | larger size)
Anda boleh gunakan <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> dalam komen anda.

Jika anda kali pertama komen, komen anda akan dilihat terlebih dahulu, sebelum disiarkan.