Sebagai pengguna Windows, adalah menjadi lumrah untuk kita menghadapi seribu satu masalah dengan Operating System keluaran Microsoft ni. Nasib baiklah dengan adanya pelbagai perisian dan utiliti, macam-macam kita boleh buat untuk membaiki masalah di dalam Windows.
Tapi, bagaimana pula kalau Windows pun tak dapat nak buka? Dah tentu mati kutu kita dibuatnya. Jangan bimbang, kerana anda boleh lancarkan pelbagai program tanpa perlu masuk ke dalam Windows, dengan menggunakan BartPE.
BartPE adalah Boot CD untuk Windows. CD ini digunakan untuk tujuan PC Maintenance, iaitu penyelenggaraan komputer. Antara perkara-perkara yang anda boleh buat dengan BartPE adalah:
- Buang virus dan spyware. Jika terdapat virus yang degil dan tak dapat dibuang dalam Windows, gunakan perisian Antivirus yang dilancarkan dari BartPE.
- Backup fail. Salin dokumen-dokumen penting anda ke dalam partition lain, hard disk yang lain, ataupun burn ke dalam CD. Anda juga boleh clone terus satu-satu partition atau Hard Disk.
- Layari Internet. Gunakan Opera atau Firefox (takde IE di sini ye >_<)
- Buang Password. Anda terlupa password untuk Windows anda? BartPE boleh buang password ini supaya anda bleh login ke dalam Windows.
- Dan banyak lagi! Semuanya bergantung kepada plugin yang anda sertakan ke dalam BartPE.
Bagaimana Nak Buat BartPE?
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Download PE Builder yang terbaru dan install.
- Buka fail pebuilder.exe
- Pada ruangan Source, masukkan CD Windows XP anda.
- Pada bahagian Media Output, pilih "Burn to CD/DVD".
- Setelah proses burn selesai, anda bolehlah menggukan BartPE anda.
Bagaimana Nak Tambah Program?
Dalam BartPE, program dipanggil sebagai plugin. Anda boleh dapatkan plugin untuk BartPE di sini. Untuk memasukkan plugin dalam CD BartPE anda, klik pada butang "Plugin" sewaktu membina CD BartPE. Jika anda mahukan CD BartPE yang telah sedia dengan pelbagai plugin, saya cadangkan anda dowload Ultimate Boot CD For Windows.
bagus2..byk maklumat ko ek..huhu
melayubuntu » pengalaman selama 3 tahun menjadi tech support tak berbayar di JMTi mengajar segalanya… hu3
dah cuba ke eh ?
KNizam » dah cuba lama dah bende ni. cuma untuk komputer lama, agak berat sebab dia guna GUI
aku sendiri dah cuba tapi masalah cikit coz saya dan maybe ramai yang tak biasa guna stail command (GUI)
kita »
tak biasa stail command ke, stail GUI? >_<
tapi GUI ni memang makan resource pun, lembab
aku biasa guna Hiren sebenarnya. a bit illegal, tho
leyh aja tak cmane nak buang password tu? sebab komputer kat skola ni sampai cikgunya tak ingat password, tak boleh masuk administrator..
Sabri »
um, okey. dalam pos akan datang, insyaAllah ^^
Untuk crack password yang “cikgunya tak ingat”, boleh la menggunakan offline password cracker. Interface dia macam hiren sket, cam linux sket, cam command prompt sket. Google it for more information. :P
Don’t learn to hack, hack to learn.
Abg. Senior »
yup, offline NT Password & Reg Editor.
hmm, mungkinkah Abg Senior ini adalah lecturer aku.. 0.o
sememangnya BartPE telah banyak menolong kita selama ini. terima ksaih BartPE!
Artikel yang sangat bagus. teruskan…
ubcd4 win blh guna utk baiki komputer lain x?
stlh install ubcd4win blh x uninstall?
@ahmad: ubcd4win hanyalah BootCD, takde pa pe yang install ke dalam komputer. jadi, tak perlu uninstall
dan ye, UBCD4Win ni boleh digunakan utk baiki PC lain
pc sy de problem xde speaker, audio, volume..ble ke klu download speaker dr internet…camner care nk downoad klu bole?
@zakry: boleh je, awak guna la PC Wizard atau EVEREST untuk ketahui nama driver awak tu. pastu, cari driver tu kat internet
pc sy de problem ngn sound device selepas program semule…dh check pd pc prgrm tp sound device xde…ade ape2 care nk download sound device dr internet x?
@Abg Pening, boleh. awak download je driver untuk sound card awak kat internet, contohnye kat DriverGuide.com
Pingback: Windows Log On dan Log Off Secara Automatik | Sembang Komputer
nak format n/b tapi bru nak msuk bios dia ada password.. so sapa blh tlong reset, slain hanta p service centre
@rizal: Untuk reset password BIOS, awak tanggalkan bateri CMOS dan pasang balik.
kenapa font di sesetengah laman web terlalu kecil hingga tak boleh baca. macammana nak besarkan dan boleh baca
1. klik kt view.
2. pilih kat text size.
3. pastu pilih la..:)
thank MK ats info yg berguna ni… tapi ia bahaya untuk student… bila student dah blh msk admin..mcm2 di buatnye..
bart pe ble gne vista x??ke xp je?
helo mk…apa beza antare miniPE, BartPE, UBCD4Win…
Kalo aq amek salh satu dari software di atas n wat utk recover
data bile os aq de prob n takleh nak masuk…boley ke..?
hi… saya mempunyai microsoft window xp home.. sy ada masalah utk on komputer… pada screen tertera window unable to start succesfully… saya cuba untuk restart tapi tak berjaya…apakh masalh nyer? bagaimanautk mnyelesaikn?
klw windows7 blh guna tak
xpaham camne nk gna bartPE nie….MK leh trangkn x?