Selalunya apabila virus menyerang komputer anda, ia akan mengubah nilai dalam registry – contohnya mematikan fungsi Task Manager, regedit, dan juga Folder Options. Cara mudah untuk membaikinya adalah menggunakan RRT. Anda juga boleh menggunakan cara manual iaitu menggunakan regedit atau gpedit.msc, dua alat yang sedia ada dalam Windows (klik sini untuk cara manual membaiki Task Manager, regedit, dan kotak Run).
Tapi, bagaimana pula jika virus tersebut menyebabkan anda tak dapat langsung nak masuk ke dalam Windows? Contohnya dalam kes Windows log on dan log off secara automatik. Kalau anda tak dapat masuk ke dalam Windows, sudah tentulah anda tak dapat menggunakan regedit dan gpedit.msc, ataupun software seperti RRT.
Di sinilah anda boleh menggunakan Offline NT Password & Registry Editor. Selain dari reset password Windows, boot CD ini boleh digunakan untuk mengubah nilai registry, sama seperti regedit. Oleh kerana ianya boot CD, Offline NT Password & Registry Editor ini boleh dijalankan terus dari CD tanpa perlu masuk ke dalam Windows.
Berikut adalah asas cara-cara menggunakan Offline NT Password & Registry Editor:
Cara-cara Membuat Boot CD
- Download cd080802.zip dan extract fail tersebut.
- Burn fail cd080802.iso ke dalam CD menggunakan ImgBurn. Kini CD anda sudah boleh digunakan.
Cara-cara Mengubah Nilai Registry
- Pastikan boot sequence pada BIOS anda telah ditetapkan kepada CD.
- Boot komputer dari CD tersebut.
- Mula-mula sekali, boot menu akan keluar. Tekan Enter sahaja untuk mulakan Offline NT Password & Registry Editor.

Step ONE: Select disk where the Windows installation is
Langkah PERTAMA: Pilih partition yang mengandungi folder Windows
- Offline NT Editor akan memaparkan senarai hard disk yang dijumpai, serta partition yang mempunyai Windows. Pilih partition Windows anda dan tekan Enter.

Step TWO: Select PATH and registry files
Langkah KEDUA: Pilih folder yang mengandungi fail registry
- Offline NT Editor akan meminta anda memasukkan PATH bagi folder registry. Biasanya anda tidak perlu risau akan hal ini, anda hanya perlu tekan Enter sahaja.

- Pada paparan seterusnya, pilih 2, “RecoveryConsole parameters [software]”

Step THREE: Password or regsitry edit
Langkah KETIGA: Ubah password atau registy
- Menu Chntpw akan keluar. Pilih 9, “Registry editor, now with full write support”

- Anda boleh taipkan “?” untuk melihat senarai arahan yang boleh digunakan.

- Sebagai contoh, jika anda hendak mengubah nilai shell yang berada dalam HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon. Apa yang anda perlu masukkan adalah:
cd Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon

ed Shell

- Masukkan nilai baru dan tekan Enter.
- Setelah siap mengubah nilai registry yang anda mahu, taipkan q untuk keluar dari Registry editor.
- Taip q sekali lagi untuk keluar dari sistem.
Step FOUR: Writing back changes
Langkah KEEMPAT: Jalankan operasi
- Taip y bagi memastikan segala operasi yang telah anda lakukan tadi dijalankan.

- Taip n dan kini anda boleh restart semula komputer.

Begitulah penerangan tentang cara-cara menggunakan Offline NT Password & Registry Editor. Oh ya, selain dari boot CD, anda juga boleh masukkannya ke dalam USB. Hanya copy sahaja fail dari dalam CD tersebut ke USB drive. Selamat mencuba :)
mcm mane nak wat difregmentation dgn menggunakan win vista….???
kat mane dia menyorok pn sy x tau..
bru nak berjinak dengan win vista..
@farif, aku gune XP jer, maybe MK pun gune XP kot, sebab banyak tips pasal XP jer. Hehe.
@aman, ha a aku guna XP je. takde bajet lagi la nak beli Vista. Lagipun Windows 7 dah nak kuar dah ^^
dh mcm cara dh guna nk remove write proTected dr pendrive nih…ble tlong solve ark??tp ada virus dlm pendrive…cuba scan n delete xble jgk…antivirs Avira n AVG8 yg gne…bg cara skit
aku selalu main delete jer registry yang tak pakai gune CCleaner. haha.
MK, saya ada masalah lagi…ada kuar mcm ni kat komp saya…
—————————
svchost.exe – Application Error
—————————
The instruction at “0×001f1cb0″ referenced memory at “0×001f1cb0″. The memory could not be “written”.
Click on OK to terminate the program
Click on CANCEL to debug the program
bila saya klik OK, komp akan jadi hang…bila klik CANCEL, semua application yang tgh guna terus xleh guna..saya terpaksa restart komp balik..
masalah apa tu ya? dan mcm mana nak selesaikan?
Bagus jugk cara ni, tak payah nak format komp balik.
Pakai CD ni boleh masuk PC orang lain yang ada password ker??
Sebab tengok macam boleh reset password jer..
@Petrick, boleh, awak rujuk entri ni.
[...] kerana kita tak dapat masuk ke dalam Windows, kita akan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor untuk membaiki nilai dalam [...]
masuk nilai apa? step 3..3
salam mk kalo burn gune nero bley ker?
Cara-cara Mengubah Nilai Registry
1. Pastikan boot sequence pada BIOS anda telah ditetapkan kepada CD.
2. Boot komputer dari CD tersebut.
3. Mula-mula sekali, boot menu akan keluar. Tekan Enter sahaja untuk mulakan Offline NT Password & Registry Editor.
cmner nk bwat nih…
belah x burn guna nero jer???
@hafiz: Boleh gak.
I have downloaded Windows Password Recovery Tool 3.0 from http://sn.im/resetwindowspassword. it not only supports XP, 2000, and NT, I have personally tested it with Vista Home Premium and Ultimate. It works perfectly to reset any local user account to a blank password. I Wrote it to an old 128mb USB flash drive do this. GUI interface with mouse clicking instead of command prompt
http://sn.im/resetwindowspassword
saya x paham ler..pesal susah sgt ni..