Balas Komen Dengan Brian’s Threaded Comments

brian_comments Tahu tak betapa malasnya saya nak skrol komen-komen pada satu-satu blog, hanya kerana nak lihat jika komen saya dibalas atau tidak? Ya, memang saya malas. Sehinggalah saya terlihat ruangan komen pada blog Bro Mael dan terfikir, “Wow, menarik!”

Brian’s Threaded Comments membuatkan ruangan komen pada blog anda lebih mudah dibaca. Balasan terhadap satu-satu komen akan dipaparkan terus di bawah komen tersebut. Cara ini dapat memudahkan pembaca mengikuti perbincangan dalam komentar yang diberikan. Berminat? Ikuti langkah-langkah berikut untuk install Brian’s Threaded Comments pada WordPress anda:

  • Download Brian’s Threaded Comments.
  • Extract fail zip tersebut.
  • Gunakan klien FTP untuk meletakkan briansthreadedcomments.php ke dalam folder \wp-content\plugins
  • Gunakan klien FTP untuk meletakkan comments.php ke dalam folder /wp-content/theme/[theme anda]
  • Jangan lupa untuk buat backup pada comments.php terlebih dahulu!
  • Pergi kepada Dashboard > Plugin pada WordPress anda. Aktifkan Brian’s Threaded Comments.

Plugin ini juga membuatkan saya lebih bersemangat untuk membalas setiap komen yang diberikan, kerana komen anda begitu berharga (di samping dapat membuatkan bilangan komentar pada blog ini nampak banyak :p).

Anda menggunakan plugin yang lain untuk threaded comments? Atau tak guna langsung? Sila kongsi di ruangan komen di bawah ni ^^

18 thoughts on “Balas Komen Dengan Brian’s Threaded Comments

  1. aku nak tanya soalan bonus ni,
    tak tahu lah ko nak kata aku bodo ke apa,,
    hehe,
    kalau kite tak payah backup komen tu kan?
    berapa percent risiko kehilangan komen akan ada???

    • deennasour »
      kalau ko guna fungsi manage>export, komen automatik kena backup sekali
      kalau guna plugin WordPress Database Backup pun, dia backup komen gak
      jadi risiko nak hilang komen tu sikit sangat la

  2. salam.
    erm… nampak sangat wordpress nie features dia lagi menarik daripada pelantar blog lain. sudah ramai yg menyaran utk pindah alamat ke wordpress… tapi sayang la cuz dh ramai benar yg tahu alamat lama.
    agak2 ada tak widget ke hape ke yg automatically redirect the current link ke alamat baru tanpa perlu inform tuan rumah satu per satu?
    buat masa skarang ada niat nk pindah pelantar ke wordpress tapi itulah masalahnya.
    huhu…

    • @takenaga, aku tak guna dah plugin si Brian ni, skarang guna WordPress Threaded Comments. Tapi memang kena adjust dia nye CSS, bagi sesuai dengan theme.

  3. Pingback: Gunakan Threaded Comments Dalam WordPress | Sembang Komputer

  4. Pingback: Balas Komen Dengan WP Threaded Comments | Sembang Komputer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">