
Meskipun fungsi threaded comments telah sedia dibina dalam WordPress 2.7, namun ianya hanya berkesan untuk sesetengah tema sahaja.
Bagi tema-tema yang lain, anda masih boleh menggunakan plugin WordPress Threaded Comments. Saya dapati plugin ini lebih bagus dari Brian’s Threaded Comments kerana ia lebih fleksibel dan senang diubah suai. Antara ciri-ciri lain WordPress Threaded Comments ialah:
- HTML / PHP / CSS boleh diubahsuai terus dari bahagian admin.
- Sokongan AJAX.
- Pengunjung boleh memilih untuk mendapat pemberitahuan sekiranya ada balasan terhadap komen.
Jika anda ingin kotak komen di blog anda nampak cantik dan kemas, pergi ke bahagian Settings > WP Threaded Comments. Perhatikan bahagian “Edit Comment HTML” dan “Edit Comment CSS”. Di sinilah anda boleh mengubah kod-kod tersebut mengikut kesesuaian (anda perlu mengetahui sedikit asas PHP, HTML, dan CSS untuk mengubahnya).

[Dapatkan WP Threaded Comments di sini]
Pingback: Gunakan Threaded Comments Dalam WordPress | Sembang Komputer
Memang susah kalau tak guna function ni..tapi malangnya tak boleh pakai sebab tak compatible dengan theme..huhu..kalau pakai plugin, buruk pula rupa ruang komen tu hehe..
@WaidaKmy, kalau tak compatible dengan theme, terpaksa la godek2 CSS dan HTML dia, huhu.
sakit jantung bile fikirkan pasal wtc ni
kak jie punya entah, tiba2 je tak boleh guna
tak tukar theme pun…dia ada javascript: avoid (0)
tgh sibuk ni..abaikan je dulu
@Kak Jie, ha ah saya pun pernah jadi gak yang javascript void (0) tu, tatau sebab pe =_=
mk, thanks for this tips.
ni yang baru punye ker?
ade satu treat comment yang ade gambar circle rolling tuh ape jenis
ek??? cepat betoi die save comment. Contoh macam coment kat
blog K.Nizam – Artwork tuh… ramai gak aku tengok blogger WP
pakai.. tapi aku tak tau version mane.
kalau bleh kasi tau ek… thanks~
@Azman Ishak, tak silap aku la, threaded comment memang dorang guna WP Threaded Comments ni. Cuma yang rolling tu adalah AJAX, rasenye ada plugin lain kot yang enable AJAX tu, cuba try tanya KNizam, huhu.
@MK, tul tu.. mmg gunakan ajax.. tapi sampai skang, aku tertanya2 mana satu plugin ajax yang depa pakai. sbb yang pernah aku cuba, semuanya problem. termasuklah beberapa blogger pun, ada problem ngan ajax tu…
wahai knizam, mana satu yg ko pakai ni..
hmmm.. punya blog dgn domain pribadi dgn wordpress adalah impian saya. tp skrg masih betah dgn blogger…
cool blog!
salam kenal dr Indonesia :)
itulah tujuan aku install plugin ini. mudah utk reply setiap komen terutama melibatkan situasi perbincangan!
yang sebelum ni lebih cun masa aku guna. hehe.
@Marzuki, menatang ni memang kena banyak tweak CSS, baru la cun sket. Kalau tak, agak hampeh gak la.
terima kasihh.. saya pun ada pakai nie..
saya nak tanya kalo dalam wordpress macam mana nak buat dia x paparkan semua artikel kita macam read the rest entry.tq
@faris: Awak tambahkan <!—more–> pada entri awak.
di tambah dalam body entry @di mana ya?sori sy ni br saja ngan blog
@faris: Hm, saya tak berapa faham soalan awak ni. Boleh jelaskan semula?
ooo..yang ini dikatakan masukkan di dalam entri tapi sy cuba masukkan tapi masih tidak berhasil jadi ia perlu dimasukkan di mana ya?
urm..yg bagaimana untuk buat baca seterusnya tadi..sy cuba try untuk gunakan cara seperti anda cadangkan di atas..tapi masih tak berhasil jadi saya nak bertanya nak tambah dalam entri di mana ya?tq
@faris: Buat dalam entri awak. Guna mod HTML, bukan mod Visual :)
ok thanx MK..finally i got it..hehe
@faris: sama2 :)