Sekali-sekala, saya suka melawat blog-blog baru tempatan yang kini makin bertambah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kebanyakan orang yang baru berjinak-jinak dengan blog ini biasanya akan menggunakan Blogspot. Kalau saya jumpa sebarang tulisan yang menarik, saya akan tinggalkan komen. Namun, niat nak bagi komen itu akan terhalang jika saya jumpa perkara-perkara macam ni:
Pop-up Window Untuk Komen
Apabila saya klik link untuk komen, ia akan membuka satu pop-up window. Keadaan ini agak menjengkelkan kerana ianya agak lambat. Malah, kebanyakan pengguna Internet sekarang tak suka dengan pop-up window.
Anda tidak sepatutnya mengawal bagaimana pengunjung anda membuka satu-satu link. Jika mereka ingin buka link pada window yang baru, ianya boleh dilakukan dengan mudah menggunakan Firefox atau Opera (atau apa-apa web browser moden yang lain) mereka. Jadi, berikan pengunjung anda kebebasan untuk menentukan cara mereka melayari web.
Ubah perkara ini pada Settings > Comments. Pada bahagian Comment Form Placement, tandakan pada Full Page.
Meletakkan Captcha
Captcha digunakan untuk mengelakkan spam, dengan mengenalpasti samada anda seorang manusia ataupun skrip automatik yang dihantar oleh komputer.
Namun, bagi manusia, captcha adalah satu benda yang sukar dibaca, dan leceh untuk ditaip. Malah, saya selalu salah taip huruf yang ada pada captcha, dan terpaksa ulang beberapa kali sehingga betul. Proses ini menyebabkan saya menghabiskan banyak masa hanya untuk memberi komen. Mungkin saya tak akan komen lagi di blog tersebut.
Jangan menyusahkan pembaca anda. Buang captcha ini di Settings > Comments, pada bahagian Show word verification for comments, tandakan pada No.
Menghadkan Identiti Pemberi Komen
Sesetengah blog hanya membenarkan pengguna-pengguna tertentu sahaja untuk memberi komen. Kalau mengikut setting awal pada Blogspot, ia hanya membenarkan orang yang mempunyai akaun Google ataupun OpenID.
Tak semua orang ada akaun Google mahupun OpenID, lantas menyebabkan sebilangan besar pengunjung anda tak dapat memberi komen.
Berikan kebebasan untuk siapa sahaja memberikan komen. Pergi ke Settings > Comments, dan pada bahagian Who Can Comment, tandakan pada Anyone – includes Anonymous Users.
Mengeluarkan Iklan Pop-up
Apabila saya klik pada link untuk komen, tiba-tiba iklan pop-up muncul. Ini adalah perkara yang paling menyakitkan hati. Kemungkinan besar saya akan tinggalkan blog itu dan takkan datang balik.
Sekali lagi saya peringatkan, pengguna Internet tak sukakan pop-up, apatah lagi pop-up yang mengandungi iklan. Jika anda ingin masukkan iklan pada blog anda, jangan jadikan ia sebagai pop-up yang tak dijangka oleh pengunjung.
***
Ciri-ciri yang telah ditulis di atas adalah beberapa perkara yang membuatkan saya malas nak beri komen di Blospot. Bagaimana pula dengan anda?
Jika anda memperbaiki perkara-perkara ini, anda akan memudahkan para pembaca untuk memberi komen, sekaligus meningkatkan bilangan komen di blog anda. Malah, para pembaca yang senang dengan blog yang mesra pengguna akan menjadi pengikut setia kepada blog tersebut.

Komen oleh chokilala · 09/10/2008 · 12:23 AM
saya pula lagi selesa kalau comment link blogspot tu open di new window, sbb kadang2 open within the same window lambat. x mcm wp. n ada template yg bila kita click comment, dia akan tunjuk comment tanpa comment form. so kena click lagi sekali pada “post comment” plak. lagi susah
saya pun xsuka captcha, sbb susah. huhu. ttg identiti pemberi komen saya pun setuju yang admin xpatut hadkan pada sesetengah akaun sahaja
Balas komen ini
Komen dari MK
09/10/2008 pada 5:46 AM
@chokilala: kalau saya nak open comment link pada pada new window/tab, saya boleh right click > open in new tab dalam Firefox, semudah tu je.
tapi itulah, sistem komen blogspot memang pelik, tu pasal la tiba2 takde comment form tu ^^
Balas komen ini
Komen oleh !x0r@ · 09/10/2008 · 12:38 AM
dalam semua perkara di atas tu, yang paling mengjengkelkan saya ialah captcha. leceh gila nak taip huruf2 tu. diorang ni nak bagi orang komen ke tak sebenarnya? haih..
Balas komen ini
Komen dari MK
09/10/2008 pada 5:47 AM
@!x0r@: diaorang nak, tapi diaorang malu2 kucing kot. huhu.
Balas komen ini
Komen oleh zariel · 09/10/2008 · 1:02 AM
insyaAllah semua perkara tu dah lama saya perbaiki :) tapi semuanya bergantung pada mutu artikel dan gaya penulisan akhirnya ;) macam la bagus sgt penulisan saya…hehe
Balas komen ini
Komen dari topo
09/10/2008 pada 2:03 AM
saya suka komen di blog zariel, blog dia tidak seperti blogspot yang lain..
adeh kenapa aku guna kata ganti diri saya ni.. hahahha
Balas komen ini
Komen dari MK
09/10/2008 pada 6:05 AM
@topo: mungkinkah kerana anda berada dalam blog yang skema, lantas anda pun menjadi skema juga adanya.. haha
Balas komen ini
Komen dari MK
09/10/2008 pada 5:51 AM
@zariel: takpe, kita sama-sama memperbaiki mutu penulisan kita dari hari ke hari :)
Balas komen ini
Komen oleh the constantly dramatic one · 09/10/2008 · 1:11 AM
Ni citer pasal saya ke MK? =)
Balas komen ini
Komen dari MK
09/10/2008 pada 6:01 AM
@the constantly dramatic one:
No, I’m not! Your blog is too awesome that people don’t care even if your comment box popped out. Ossum-ness (though I don’t really know what that means =.=)
No, really. Your blog is on my A-list, best written blog. In fact, I wanted to include your link here but cancelled it since yours is PG-13, eheh.
Balas komen ini
Komen dari ImamKhalid
10/10/2008 pada 11:34 PM
@the constantly dramatic one, you didn’t put your Blog URL. But I wonder, are you zewt?
Balas komen ini
Komen oleh NoktahHitam · 09/10/2008 · 2:51 AM
Bukan ko sorg je benci. aku pon same gak.
Balas komen ini
Komen dari MK
09/10/2008 pada 6:10 AM
@NoktahHitam: ko memang memahami, huk3
Balas komen ini
Komen oleh ibnmasir · 09/10/2008 · 3:22 AM
jgnlah benci sameku. ak pki blogspot. tp komen ak gune cocomment, tp ak nak bunag balik cmne ek? huhu..
Balas komen ini
Komen dari MK
09/10/2008 pada 6:11 AM
@ibnmasir: cocoment ek, tak pernah dengar lak. biasanya, kod-kod yang dimasukkan waktu nak install dulu, kena buang balik la.
Balas komen ini
Komen oleh nikillas · 09/10/2008 · 6:09 AM
Yerp.. Captcha amat mengjengkelkan.. Aku benci..!!
Balas komen ini
Komen oleh Kujie · 09/10/2008 · 7:35 AM
kenapa dia pop up window utk komen box
version dulu , bila klik komen box dia tak preview all the post,including gambar2 yg ada, jadi org nak komen tak nampak keseluruhan entri. so dia pop up
tapi skrg dah ada komen box bawah entri mcm wp
- ada blogger yang hanya buat blog, tulis..dia tak kisah dgn kemanjuan dan info baru
- untuk right klik open new window tu, ramai sgt yg masih setia dgn IE, kalau yg guna firefox pun tatau nk guna, sebab itu saya selalu tambah code ( =”_blank”) supaya dapat klik je terus open new window…hehehe
bab captcha itu – saya paling tak suka
Balas komen ini
Komen dari Hasbullah Pit
09/10/2008 pada 2:52 PM
@Kujie,
Hari tu saya cuba buat komen kat bawah tu tak menjadi, pasal dah banyak modify template.
Balas komen ini
Komen dari MK
10/10/2008 pada 12:01 AM
@Kujie: pengguna IE tak reti nak open link in new tab, betul gak tu. tapi kalau nak ambil kira pembaca yang akan annoyed oleh pop-up window tu, adalah lebih baik untuk matikan fungsi pop-up ^^
Balas komen ini
Komen oleh kita · 09/10/2008 · 8:16 AM
sama ler pun aku..aku pun memang jarang komen blog yang guna blogspot….cuma kat melayubuntu.blogspot sahaja aku ada komen
Balas komen ini
Komen oleh smaelz · 09/10/2008 · 9:02 AM
Aku ke? aku mmg guna blogspot.. dulu susah org nak komen2.. pas guna Intense Debate, byk gak la dpt komen2.. tp pastu jd kurang balik.. maybe sbb kelemahan yg ketara ialah org terpaksa taip balik name, email n url.. kalu WP free xleh nak letak ad plak
Balas komen ini
Komen dari aeropama dot com
09/10/2008 pada 2:10 PM
@smaelz, pakai la WP Self Hosted dowh! Sangat superb!
Balas komen ini
Komen dari MK
10/10/2008 pada 12:03 AM
@smaelz: tak cuba Disqus? Disqus pun ok gak
Balas komen ini
Komen oleh t.a.t.a · 09/10/2008 · 9:34 AM
ini la antara punca dan sebab kenapa saya berpindah ke wordpress. ianya memang sesuatu yg menjengkelkan.
Balas komen ini
Komen oleh menteil · 09/10/2008 · 9:54 AM
hehe.. terima kasih terbitkan apa yang terbuku di hatiku..
Balas komen ini
Komen oleh KNizam · 09/10/2008 · 12:15 PM
aku pun benci biler susah nak comment camtu. hehe
lagi haru bila aku tersalah comments ke blog orang lain sebab dah terconfuse mana satu pop up window tadi. haha
Balas komen ini
Komen dari smaelz
09/10/2008 pada 1:07 PM
@KNizam, blog sapa la tuh… mesti tuan punya konpius
Balas komen ini
Komen oleh nazri · 09/10/2008 · 1:02 PM
Assalamualaikum…..Nak tanya pada tuan moderator laman web sembangkomputer ni tentang macam mana nak masukkan flash banner dalam blogspot?
Balas komen ini
Komen oleh amir · 09/10/2008 · 1:06 PM
hoho lebih slesa gna popup komen..
ye la lgipun x sume tmpt intnet laju..
kemudian kdg kte msti nk bce pe artikel yg len tnpa perlu back semula..
Balas komen ini
Komen dari MK
09/10/2008 pada 11:55 PM
@amir: kita perlu biarkan pembaca yang tentukan samada dia nak popup atau tak. sebab tu kita matikan popup. kalau pembaca masih nak popup, hanya right-click > open in new tab dalam Firefox.
Balas komen ini
Komen oleh sham · 09/10/2008 · 1:17 PM
sangat2… kan senang kalau blogspot punya komen mmacam ko punya nie.. takde pop up.. sakit ati btol nak tunggu dia loading pop up..
tengah fikir nak pindah kan ke wordpress..
wasallam
Balas komen ini
Komen dari MK
10/10/2008 pada 12:25 AM
@sham: kalau nak sistem komen yang lebih baik untuk blogspot, cuba gunakam Disqus. kalau pindah ke Wordpress pun bagus gak, lagi senang.
Balas komen ini
Komen oleh aeropama dot com · 09/10/2008 · 2:13 PM
antara sebab aku bertukar ke WP sebab struktur komennya yang buruk. part captcha memang sgt hampeh… membantutkan semangat aku saja.
ps: kebanyakan penulis blog yang menggunakan blogspot menulis entri yang tidak punya makna. mungkin sbb free jadi tidak ambil pusing pasal nilai entri. nak wat cmne kan. hak mereka…
pss: blogspot sux!
Balas komen ini
Komen dari MK
10/10/2008 pada 12:08 AM
@sham: mungkin sebab blosgpot ni terlalu popular, banyak newbie dalam blogging yang melimpahinya, sebab tu la banyak jumpa yang kurang berkualiti.
tapi, blog2 faveret aku, yang mempunyai gaya penulisan dan gaya bahasa paling menarik, semuanya terletak kat blogspot ^^
Balas komen ini
Komen dari lochoe
17/10/2008 pada 2:00 AM
amboi ayat.. yg last x tahan tuh.. patut kita buat ambik kertas sumbat kat mulut syam ni..
Balas komen ini
Komen oleh rham · 09/10/2008 · 2:18 PM
Haha aku kalau blogspot aku x kan comment aku baca je. tapi agak sedih la baca tanpa meninggalkan comment ibarat kau di suatu perbincangan yang hangat tapi kau tak boleh bagi pendapat.Adus lagi-lagi kalau entri tu betol2 best sedih kalau tak boleh komen tapi apakan daya.Aku ni pemalas haha.
Balas komen ini
Komen dari MK
10/10/2008 pada 12:10 AM
@rham: betul. kalau entri tu betul2 best, tapi tiba2 orang yang ada akaun Google je boleh bagi komen. keciwa sungguh.
Balas komen ini
Komen oleh en_me · 09/10/2008 · 5:13 PM
gittewww kannns..
Balas komen ini
Komen oleh eSempoi.com · 09/10/2008 · 5:15 PM
aku komen kat blogspot kalau rajin je…hehe
Balas komen ini
Komen oleh Dekan · 09/10/2008 · 6:07 PM
Captcha tu bagus untuk security. Janganlah membenci ia. Lolz.
Balas komen ini
Komen dari MK
10/10/2008 pada 12:11 AM
@Dekan: tapi captcha blogspot susah dibaca. buat la macam WP punya, yang tanya soalan matematik mudah tu.. huhu
Balas komen ini
Komen oleh abdusfauzi · 09/10/2008 · 6:48 PM
i hate the :
ID thingy and popup. erkh! and the fact that i had to comment on a differant page. can’t it be on the same page?
i can still considerate on CAPTCHA, that is for spam safety.
Balas komen ini
Komen oleh kreuger · 09/10/2008 · 8:00 PM
hahaha… tips yang bagus laa MK untuk pengguna blogspot macm aku.
Thanks sebab bagi advice kali ni… kebanyakkan yang nko cakap tuh memang
mengganggu reader utntuk coment, terutama verification word…
kekadang muak jugak aku menaip…
disebabkan aku pon tak suke verification/captcha words… jadi aku pon
dah lame remove mende ni. Same jugak macam komen box, aku dah embed
kedalam posting… so reader tak perlu beralih popup window untuk komen,
kerana pada setengah reader, ini seolah-olah mengalih perhatian die dari
kosentrasi untuk komen….kire macam mengganggu laa…
ok MK, thanks for sharing…
Kreuger®
Balas komen ini
Komen dari MK
10/10/2008 pada 12:22 AM
@kreuger: captcha kat Blospot tu dah tulisannye herot bengot, kan susah orang nak taip.. huhu. baguslah ko dah amalkan petua2 di atas ^^
Balas komen ini
Komen oleh Azza · 09/10/2008 · 8:28 PM
:)) hahaha! tiba2 saya rasa nak gelak ;p selamat hari raya khairul (belum terlambat kan? celebrate raya enam tak tahun ni? :D) ermm….blog saya takde captcha kan? haha!
Balas komen ini
Komen dari MK
10/10/2008 pada 12:15 AM
@Azza: selamat hari raya Kak Azza.. maaf zahir batin :)
blog Kak Azza takde captcha.. so lulus. hehe.
Balas komen ini
Komen dari Dekan
17/10/2008 pada 1:14 AM
@Azza, bahaya ckp MK tu. Die kate ‘lulus’ untuk spam. Lolz.. Gurau jek.
Balas komen ini
Komen oleh Azza · 09/10/2008 · 8:29 PM
tapi saya suka pop-up window utk komen! senang nak go through the contents before tinggal komen :D
Balas komen ini
Komen oleh syuxx · 09/10/2008 · 9:33 PM
aku suka komen kalau blog dia dofollow link.
haha. takda masalah punya :p
Balas komen ini
Komen dari MK
10/10/2008 pada 12:27 AM
@syuxx: haha, you’re one of a kind.
Balas komen ini
Komen oleh cik kedondong · 09/10/2008 · 10:59 PM
halamak..no 1 n 2 tuh terkene tepat di batang idung kuh..pe nk buat..ku suke..hihihi
Balas komen ini
Komen dari MK
10/10/2008 pada 12:29 AM
@cik kedondong: kalau dah suke.. meman takley nak buat pe, huu =.=
Balas komen ini
Komen oleh Uncle G · 09/10/2008 · 11:46 PM
tapi nak buat camne.. hosting blog percuma yang popular memang blogspot….
Balas komen ini
Komen dari MK
10/10/2008 pada 12:33 AM
@Uncle G: tu lah, nak wat camne. harap2 Google akan lebih rajin la improve Blogspot ni
Balas komen ini
Komen oleh ryu s · 09/10/2008 · 11:50 PM
aku benci yg id tu, tp aku suke blogspot. dah banyak berjase… aku belajar memblog dri blogspot la. jd utk kenang jase dan memudahkan penggune, aku wat cm tips yg ko kasi. terima kasih bebanyak
Balas komen ini
Komen dari MK
11/10/2008 pada 10:29 PM
@ryu s, tema kaseh sebab praktikkan tips-tips ni :)
Balas komen ini
Komen oleh adil · 10/10/2008 · 7:53 AM
samela. tu yg plg aku boring dgn blogspot. :)
Balas komen ini
Komen oleh Mr Am · 10/10/2008 · 12:39 PM
Aku buka satu account blogger.. semata-mata untuk senang comment kat blogger..
mmg Captcha tu bikin sakit ati la.. kadang2 salah type.. aduh.. lagi sekali kena taip..
Balas komen ini
Komen oleh razifmustapha · 10/10/2008 · 12:51 PM
aku pun memang maleh nak komen kt blogpsot, kalo yang ada word verified ngan kena ada acount blogspot or google, adoi malehnye. tolong! sila tukar kepada wordpress! huhu
Balas komen ini
Komen oleh amoi · 10/10/2008 · 1:21 PM
oh terasanya aku…haha…
aku ingat pakai pop-up tu lagi menyenangkan…rupanya lagi menyusahkan ek…
sbb dulu aku slalu bermasalah bila nak komen kat blogspot…aku slalu terlupa nak open in new window…akibatnya dia akan bukak dlm window yg sama…lecehhh…
Balas komen ini
Komen dari MK
11/10/2008 pada 10:32 PM
@amoi: pop-up ok je.. cuma kita jangan ‘paksa’ pembaca untuk pop-up. klu dorang nak, dorang boleh klik sendiri..
Balas komen ini
Komen oleh shandye · 11/10/2008 · 4:23 AM
ada orang guna IE lagi ke skarang nie?
**matilah kena pukul dengan pengguna tegar IE di sekitar fakulti.
ntahlah…
dh bukak akaun wordpress tapi sedihnye dh ada orang guna nama blog ngomelsikit tuh dh wordpress…
benci betul…
kinda membantutkan niat utk berpindah…
previously kan dh pernah tanya n beriya2 kat MK sbb nk pindah…
but then again niat tuh tinggal begitu sahaja kerana sudah ada orang guna nama alamat itu.
hampesklapa tol…
takpelah…
stay aje di blogspot…
lagipun dh ramai sangat orang tahu ttg my blog…
hehe…
**matilah brangan sepopular MK…
huhu…
Balas komen ini
Komen dari MK
11/10/2008 pada 10:34 PM
@shandye: hm, kalau pindah ke wordpress self-hosted, mungkin ada point gak la.
tapi kalau pindah dari blogspot ke wordpress.com, i don’t see much point. guna blogspot pun ok gak.. ^^
Balas komen ini
Komen oleh RajaOtai · 11/10/2008 · 7:51 AM
Aku benci captcha haha…lagi satu psl blogspot nih…kalu guna blogger account dia akan redirect ke user profile..siot la
Balas komen ini
Komen dari MK
11/10/2008 pada 10:35 PM
@RajaOtai: hm m, aku pun rasa function user profile tu tak perlu. blogger boleh buat ‘about me’ page yang lebih detail. but then again, blogspot mana ada pages, huhu
Balas komen ini
Komen oleh wan · 11/10/2008 · 3:19 PM
MK,apa e-mel kau?
Balas komen ini
Komen dari MK
11/10/2008 pada 10:36 PM
@wan: ko bagi emel kat page ‘hubungi saya’ tu, nanti aku balas
Balas komen ini
Komen oleh khai · 11/10/2008 · 5:05 PM
aku stuju sgt bro ape yg ko tulis ni…. mmg dari dulu aku rasa ape yg ko rasa….
pelik…apesal ramai masih sayangkan blogspot tu…. pelik… mmg pelik yg amat.. gunalah wordpress.. bukan x leh nak import entri blogspot korang pon….
plssss…. blogspot dah ketinggalan zaman.. newbie2 je leh la..
Balas komen ini
Komen dari Mr Am
11/10/2008 pada 6:41 PM
@khai, aku xsuka la ko cakap camtu..
*maaf.. ni bukan blog aku.. tapi bila ko cakap blogpot ketinggalan zaman.. Nampak cam hina sangat je, pengguna blogger ni.. ye.. mmg aku xguna blogspot.. Tapi ramai mmber2 aku guna blogspot.. xsemua apa yang ko rase xbagus, xbagus untuk org lain jugak.. Sendiri mau ingat la..
ps : ko jgn igt newbie je pakai blogspot.. Masih ramai blogger elite cam ko, guna blogger..
pss : Sorry SK, aku terEMO kat blog ko jap..
Balas komen ini
Komen dari Azza
11/10/2008 pada 8:55 PM
@khai, setuju dgn mr am. sy respect difference in preference, mmg wordpress lebih memberi kebebasan to ppl with a background in web development tp takde salahnya nak guna blogspot pun :) analoginya: beli Tshirt kat tesco dgn beli Tshirt kat butik Guess. not nice la kalau kita pandang enteng kat pemakai Tshirt tesco hanya sbb diorang tak mampu beli Tshirt guess kan? bottomline dua-dua pun Tshirt, dua-dua pun guna utk tutup badan. suka yg mana satu, tepuk poket tanya budget ;) then again, just an opinion :)
Balas komen ini
Komen dari lochoe
17/10/2008 pada 2:03 AM
aku rasa blogspot aku jauh lebih baik dr kebanyakan wordpress walaupun kata mereka jauh lebih advance boleh blah….
kalau pandai ada caranya… aku dh pusing dgn wordpress ni.. css suxxx… nak design plugin kena bukak satu2… buat malu kat org joomla mcm aku ni..
Balas komen ini
Komen dari MK
18/10/2008 pada 10:35 AM
@lochoe: kalau pandai, guna blogspot pun boleh setting baekk punya, mengalahkan orang yang guna wordpress tapi tak setting pa pe.
but then again, user-friendly tu penting. plugin wordpress senang nak install, newbie pun boleh buat. part buat theme dan plugin tu, leave it to the PHP expert ^^
Balas komen ini
Komen oleh Extremist Thinker · 12/10/2008 · 12:11 PM
rmi org komen nie. huhu. ape2 pun bak kata pemimpin politik ukur baju badan sendiri dengar suara akar umbi :p
Balas komen ini
Komen dari MK
18/10/2008 pada 10:37 AM
@Extremist Thinker: setuju. walaupun aku tak paham pe yang ko cuba sampaikan, ET =.=
Balas komen ini
Komen oleh paan · 13/10/2008 · 12:46 AM
banyak gila owang kutuk blogspot..aku dah buat betulkan,apa yang patut diperbetulka.so,jom la komen blog di platform blogspot nie..masih belum berkemampuan nak pakai hosting sendiri..hehe
Balas komen ini
Komen dari MK
18/10/2008 pada 10:39 AM
@paan: bagus la ko dah betulkan. senang sket orang nak komen pasni :)
Balas komen ini
Komen oleh Sue Anna Joe · 14/10/2008 · 3:58 AM
Bagi Anna wordpress or blogspot or tumblr or livejournal or blogdrive etc etc. It doesn’t really matter. Yang harus bijak adalah penggunanya. Dan semua settings terserah mengikut citarasa blogger tersebut.
Wordpress memang menarik, tapi hanya menarik jika ada domain sendiri. Tak banyak customization yang boleh dibuat kalau hanya guna yang basic. Blogger ada kelebihan dari segi itu walaupun tiada domain sendiri. Itu antara sebab ramai yang masih tegar menggunakan blogger. Dan sejak kebelakangan ini, makin banyak features yang menarik.
Tapi, nanti kemungkinan besar Anna akan menggunakan wordpress untuk blog artworks Anna nanti since dah ada pon domain dot com. As I said, kalau ada domain sendiri, guna wordpress memang terbaik.
Walaubagaimanapun, saya tetap akan setia menggunakan blogspot untuk beberapa blog Anna yang lain.
Ooh, dan Anna terselamat dari segala apa yang kamu listkan di atas. =] Dan CAPTCHA itu sendiri sucks, tak kisahlah kata mana pon. Mesti ada tersalah type punyalah. Argh frust.
Balas komen ini
Komen dari MK
15/10/2008 pada 12:14 AM
@Sue Anna Joe: wa kawan Kak Fynn kat sini
ditto, bagi blog percuma, Blogspot adalah pilihan lebih baik berbanding Wordpress.com. Wordpress.com kemas, tapi tak boleh customize sangat. Blogger is highly customizable, sampai ada blog yang cantik sangat, ada yang buruk sangat sampai letak header melebihi width browser, uhuhu.
Looking forward to your new dot com ^^
Balas komen ini
Komen oleh Eriyza · 14/10/2008 · 3:06 PM
Patutlah MK x komen kat blog akak.
Rupanya byk pekara yg dibenci.
Nak tutup blog laa camnih.
Huhuhu!!! :(
Balas komen ini
Komen dari MK
15/10/2008 pada 12:16 AM
@Eriyza: janganla tutup, huhu. walaupun tak komen, saya rajin baca taw, huhu
Balas komen ini
Komen oleh sootspirit · 15/10/2008 · 5:23 AM
ngahaahaha terasa saya baca post ni~
but i personally think wp is the best
dulu penah guna domain kronikus.com
but now da tak guna, i revert balek guna blogger sbb wp free tak buleh customize sgt
tp tunggu la, nnt ada duit saya beli domain k
time tu klu kamu tak komen, saya merajuk
miahahaha :P
Balas komen ini
Komen dari MK
18/10/2008 pada 10:51 AM
@sootspirit: terasa ke, haha.
kalau dah ada domain nanti bitau la ye.
boleh saya komen sampai lebam, huhu.
Balas komen ini
Komen oleh shandye · 16/10/2008 · 10:53 AM
terasa mcm nk pindah but then again ble dh pindah ke wordpress (i did actually for a single day) tapi rasa mcm awkward dan tak serasi dengan diri… bley gitu? (as if i felt like im dating the blogspot… anyway…)
tgk la mcm mana…
rasa mcm dh best plak duk kat blogspot nih…
Balas komen ini
Komen dari MK
16/10/2008 pada 10:31 PM
@shandye: again, there’s no point of moving to wordpress if you don’t own your own domain.. wordpress.com isn’t much customizable
Balas komen ini
Komen oleh lochoe · 17/10/2008 · 2:10 AM
cuba sapa2 tengok blog ringgittune.blogspot.com , suxx sangat ke blogspot ni.. apa nak bangga dengan wordpress..?? isnt about platform.. its about content.. nak buat apa dapat komen banyak?? kaya ke??? dapat nama ke?? or dapat kepuasan?? kot ada lagi nak kena masuk ISA mcm aeropama tempoh hari.. apa pun, berblogging ni untuk berkawan.. untuk menambah kenalan.. atau mungkin menambah awek (niat utama aku) tak kesahla apa plaform dia pakai.. kalau ikhlas nak komen dan berkawan.. aku sudi terima (perempuan shj)…
Balas komen ini
Komen dari MK
18/10/2008 pada 10:56 AM
@lochoe: eleh sempat ko promote blog ko ek.
relax ar bro, pos ni aku buat supaya pengguna blogspot tukar setting dia, memudahkan orang nak komen. bukannye aku nak mengatakan blogspot suxx.
tipulah kalau kata ko tak suka komen banyak.. sebab dari komen yang banyak tu la kita dapat kawan ramai, kan kan kan.
Balas komen ini
Komen oleh TMUkmkd · 17/10/2008 · 11:35 PM
kalau yang menggunakan blogger pun benci capcha, yang tak guna lagi la.. dah ada account blogger tapi kene ada benda tu lagi.. merepek. sepatutnya diorang buat satu button, [report] untuk bagi tahu blogger yang account tu adalah spammers. so, delete it. simple but practicle
Balas komen ini
Komen dari MK
18/10/2008 pada 11:04 AM
@TMUkmkd: uhm. kalau nak buat captcha pun, buat la yang senang manusia nak baca. ini tak, huruf die senget benget gile, mane tak konpius, huhh.
Balas komen ini
Komen oleh papa-itam · 20/10/2008 · 1:29 PM
terima kasih atas ilmu yg telah diturun kan…aku masih baru lagi
dalam blog memblog ni..kalau ada sifu-sifu yang sudi ajar..jutaan terima kasih diucapkan…
Balas komen ini
Komen oleh Wan · 23/10/2008 · 11:39 PM
tq mk..tepat pada masanya..benda ni la ak dok cari..tadi baru ja ak send emel kat hg tny pasal ni..tiba2 buka sk.com ada cita pasal ni..tq..
Balas komen ini
Komen oleh wexeeda · 25/10/2008 · 10:22 PM
uish sgt menghargai amaran2 yg diberi…. trimas =)
Balas komen ini
Komen oleh friendly · 11/11/2008 · 10:49 AM
betul tuh..
Balas komen ini
Pingback oleh Gunakan Sistem Komen Yang Baru Di Blogspot | SembangKomputer.com · 16/11/2008 · 12:51 AM
[...] merupakan sebuah platform blog percuma yang hebat, namun sistem komennya sangat menyusahkan. Pop-up window, captcha, dan had identiti menyebabkan saya keluar dari blog tersebut tanpa [...]
Komen oleh Azizwan™ · 18/11/2008 · 10:15 PM
tp kan.. aku lebih suka kalau komen tu open in new window sbb kalau klik utk komen, dia tak tinggal page tu.. jd lps komen, tak perlu lg nak klik home utk balik ke page asal..
tp biasalah, lain padang lain belalang..
Balas komen ini
Komen oleh ayip · 22/12/2008 · 4:08 PM
Terima Kasih MK…
Sekarang senang orang nak komen kat blog saya…..
Balas komen ini
Komen oleh rmartz · 06/02/2009 · 9:58 AM
time kasih atas tips yg berguna…
Balas komen ini
Komen oleh Nurlea · 18/05/2009 · 5:25 PM
MK, tumpang tanye (dah tatau nak tanye mane dah dan dah tatau nak korek mane dah). Mintak tolong sat, if ade kalau ade la, cara nak move blogdrive posts to wordpress?
Balas komen ini
Komen dari MK
18/05/2009 pada 11:31 PM
@Nurlea: Hm, tak silap, kat Wordpress nye skrin Import, takde tulis pun dari Blogdrive. Cuba tengok kat Blogdrive tu boleh tak export ke dalam format OPML ke. Kalau tade, er.. tak boleh la kot (tak biasa dengan Blogdrive).
Balas komen ini
Komen oleh Melayu Boleh · 21/06/2009 · 8:21 PM
Emm, lagu satu x leh tahu jika ada org reply komen kt blogspot..
Balas komen ini
Komen dari MK
22/06/2009 pada 12:45 AM
@Melayu Boleh: Dari Dashboard Blogger, pergi kepada Comments. Kemudian, isikan emel pada ruangan Comment Notification Email. Segala komen yang baru akan dihantar notifikasi kepada emel yang dimasukkan tadi.
Balas komen ini