Mengapa Saya Benci Nak Komen Di Blogspot

Sekali-sekala, saya suka melawat blog-blog baru tempatan yang kini makin bertambah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kebanyakan orang yang baru berjinak-jinak dengan blog ini biasanya akan menggunakan Blogspot. Kalau saya jumpa sebarang tulisan yang menarik, saya akan tinggalkan komen. Namun, niat nak bagi komen itu akan terhalang jika saya jumpa perkara-perkara macam ni:


Pop-up Window Untuk Komen

Apabila saya klik link untuk komen, ia akan membuka satu pop-up window. Keadaan ini agak menjengkelkan kerana ianya agak lambat. Malah, kebanyakan pengguna Internet sekarang tak suka dengan pop-up window.

Anda tidak sepatutnya mengawal bagaimana pengunjung anda membuka satu-satu link. Jika mereka ingin buka link pada window yang baru, ianya boleh dilakukan dengan mudah menggunakan Firefox atau Opera (atau apa-apa web browser moden yang lain) mereka. Jadi, berikan pengunjung anda kebebasan untuk menentukan cara mereka melayari web.

Ubah perkara ini pada Settings > Comments. Pada bahagian Comment Form Placement, tandakan pada Full Page.

Meletakkan Captcha

Captcha digunakan untuk mengelakkan spam, dengan mengenalpasti samada anda seorang manusia ataupun skrip automatik yang dihantar oleh komputer.

komen-blogspot-01

Namun, bagi manusia, captcha adalah satu benda yang sukar dibaca, dan leceh untuk ditaip. Malah, saya selalu salah taip huruf yang ada pada captcha, dan terpaksa ulang beberapa kali sehingga betul. Proses ini menyebabkan saya menghabiskan banyak masa hanya untuk memberi komen. Mungkin saya tak akan komen lagi di blog tersebut.

Jangan menyusahkan pembaca anda. Buang captcha ini di Settings > Comments, pada bahagian Show word verification for comments, tandakan pada No.

Menghadkan Identiti Pemberi Komen

Sesetengah blog hanya membenarkan pengguna-pengguna tertentu sahaja untuk memberi komen. Kalau mengikut setting awal pada Blogspot, ia hanya membenarkan orang yang mempunyai akaun Google ataupun OpenID.

komen-blogspot-02

Tak semua orang ada akaun Google mahupun OpenID, lantas menyebabkan sebilangan besar pengunjung anda tak dapat memberi komen.

Berikan kebebasan untuk siapa sahaja memberikan komen. Pergi ke Settings > Comments, dan pada bahagian Who Can Comment, tandakan pada Anyone – includes Anonymous Users.

Mengeluarkan Iklan Pop-up

Apabila saya klik pada link untuk komen, tiba-tiba iklan pop-up muncul. Ini adalah perkara yang paling menyakitkan hati. Kemungkinan besar saya akan tinggalkan blog itu dan takkan datang balik.

Sekali lagi saya peringatkan, pengguna Internet tak sukakan pop-up, apatah lagi pop-up yang mengandungi iklan. Jika anda ingin masukkan iklan pada blog anda, jangan jadikan ia sebagai pop-up yang tak dijangka oleh pengunjung.

***

Ciri-ciri yang telah ditulis di atas adalah beberapa perkara yang membuatkan saya malas nak beri komen di Blospot. Bagaimana pula dengan anda?

Jika anda memperbaiki perkara-perkara ini, anda akan memudahkan para pembaca untuk memberi komen, sekaligus meningkatkan bilangan komen di blog anda. Malah, para pembaca yang senang dengan blog yang mesra pengguna akan menjadi pengikut setia kepada blog tersebut.

115 thoughts on “Mengapa Saya Benci Nak Komen Di Blogspot

  1. saya pula lagi selesa kalau comment link blogspot tu open di new window, sbb kadang2 open within the same window lambat. x mcm wp. n ada template yg bila kita click comment, dia akan tunjuk comment tanpa comment form. so kena click lagi sekali pada “post comment” plak. lagi susah

    saya pun xsuka captcha, sbb susah. huhu. ttg identiti pemberi komen saya pun setuju yang admin xpatut hadkan pada sesetengah akaun sahaja

    • @chokilala: kalau saya nak open comment link pada pada new window/tab, saya boleh right click > open in new tab dalam Firefox, semudah tu je.

      tapi itulah, sistem komen blogspot memang pelik, tu pasal la tiba2 takde comment form tu ^^

  2. dalam semua perkara di atas tu, yang paling mengjengkelkan saya ialah captcha. leceh gila nak taip huruf2 tu. diorang ni nak bagi orang komen ke tak sebenarnya? haih..

  3. insyaAllah semua perkara tu dah lama saya perbaiki :) tapi semuanya bergantung pada mutu artikel dan gaya penulisan akhirnya ;) macam la bagus sgt penulisan saya…hehe

    • @the constantly dramatic one:
      No, I’m not! Your blog is too awesome that people don’t care even if your comment box popped out. Ossum-ness (though I don’t really know what that means =.=)

      No, really. Your blog is on my A-list, best written blog. In fact, I wanted to include your link here but cancelled it since yours is PG-13, eheh.

    • @ibnmasir: cocoment ek, tak pernah dengar lak. biasanya, kod-kod yang dimasukkan waktu nak install dulu, kena buang balik la.

  4. kenapa dia pop up window utk komen box

    version dulu , bila klik komen box dia tak preview all the post,including gambar2 yg ada, jadi org nak komen tak nampak keseluruhan entri. so dia pop up
    tapi skrg dah ada komen box bawah entri mcm wp

    - ada blogger yang hanya buat blog, tulis..dia tak kisah dgn kemanjuan dan info baru

    - untuk right klik open new window tu, ramai sgt yg masih setia dgn IE, kalau yg guna firefox pun tatau nk guna, sebab itu saya selalu tambah code ( =”_blank”) supaya dapat klik je terus open new window…hehehe

    bab captcha itu – saya paling tak suka

    • @Kujie: pengguna IE tak reti nak open link in new tab, betul gak tu. tapi kalau nak ambil kira pembaca yang akan annoyed oleh pop-up window tu, adalah lebih baik untuk matikan fungsi pop-up ^^

  5. sama ler pun aku..aku pun memang jarang komen blog yang guna blogspot….cuma kat melayubuntu.blogspot sahaja aku ada komen

  6. Aku ke? aku mmg guna blogspot.. dulu susah org nak komen2.. pas guna Intense Debate, byk gak la dpt komen2.. tp pastu jd kurang balik.. maybe sbb kelemahan yg ketara ialah org terpaksa taip balik name, email n url.. kalu WP free xleh nak letak ad plak

  7. ini la antara punca dan sebab kenapa saya berpindah ke wordpress. ianya memang sesuatu yg menjengkelkan.

  8. aku pun benci biler susah nak comment camtu. hehe
    lagi haru bila aku tersalah comments ke blog orang lain sebab dah terconfuse mana satu pop up window tadi. haha

  9. Assalamualaikum…..Nak tanya pada tuan moderator laman web sembangkomputer ni tentang macam mana nak masukkan flash banner dalam blogspot?

  10. hoho lebih slesa gna popup komen..
    ye la lgipun x sume tmpt intnet laju..
    kemudian kdg kte msti nk bce pe artikel yg len tnpa perlu back semula..

    • @amir: kita perlu biarkan pembaca yang tentukan samada dia nak popup atau tak. sebab tu kita matikan popup. kalau pembaca masih nak popup, hanya right-click > open in new tab dalam Firefox.

  11. sangat2… kan senang kalau blogspot punya komen mmacam ko punya nie.. takde pop up.. sakit ati btol nak tunggu dia loading pop up..

    tengah fikir nak pindah kan ke wordpress..

    wasallam

    • @sham: kalau nak sistem komen yang lebih baik untuk blogspot, cuba gunakam Disqus. kalau pindah ke WordPress pun bagus gak, lagi senang.

  12. antara sebab aku bertukar ke WP sebab struktur komennya yang buruk. part captcha memang sgt hampeh… membantutkan semangat aku saja.

    ps: kebanyakan penulis blog yang menggunakan blogspot menulis entri yang tidak punya makna. mungkin sbb free jadi tidak ambil pusing pasal nilai entri. nak wat cmne kan. hak mereka…

    pss: blogspot sux!

    • @sham: mungkin sebab blosgpot ni terlalu popular, banyak newbie dalam blogging yang melimpahinya, sebab tu la banyak jumpa yang kurang berkualiti.

      tapi, blog2 faveret aku, yang mempunyai gaya penulisan dan gaya bahasa paling menarik, semuanya terletak kat blogspot ^^

  13. Haha aku kalau blogspot aku x kan comment aku baca je. tapi agak sedih la baca tanpa meninggalkan comment ibarat kau di suatu perbincangan yang hangat tapi kau tak boleh bagi pendapat.Adus lagi-lagi kalau entri tu betol2 best sedih kalau tak boleh komen tapi apakan daya.Aku ni pemalas haha.

  14. i hate the :
    ID thingy and popup. erkh! and the fact that i had to comment on a differant page. can’t it be on the same page?

    i can still considerate on CAPTCHA, that is for spam safety.

  15. hahaha… tips yang bagus laa MK untuk pengguna blogspot macm aku.
    Thanks sebab bagi advice kali ni… kebanyakkan yang nko cakap tuh memang
    mengganggu reader utntuk coment, terutama verification word…

    kekadang muak jugak aku menaip…

    disebabkan aku pon tak suke verification/captcha words… jadi aku pon
    dah lame remove mende ni. Same jugak macam komen box, aku dah embed
    kedalam posting… so reader tak perlu beralih popup window untuk komen,
    kerana pada setengah reader, ini seolah-olah mengalih perhatian die dari
    kosentrasi untuk komen….kire macam mengganggu laa…

    ok MK, thanks for sharing…

    Kreuger®

    • @kreuger: captcha kat Blospot tu dah tulisannye herot bengot, kan susah orang nak taip.. huhu. baguslah ko dah amalkan petua2 di atas ^^

  16. :)) hahaha! tiba2 saya rasa nak gelak ;p selamat hari raya khairul (belum terlambat kan? celebrate raya enam tak tahun ni? :D) ermm….blog saya takde captcha kan? haha!

  17. aku benci yg id tu, tp aku suke blogspot. dah banyak berjase… aku belajar memblog dri blogspot la. jd utk kenang jase dan memudahkan penggune, aku wat cm tips yg ko kasi. terima kasih bebanyak

  18. Aku buka satu account blogger.. semata-mata untuk senang comment kat blogger..
    mmg Captcha tu bikin sakit ati la.. kadang2 salah type.. aduh.. lagi sekali kena taip..

  19. aku pun memang maleh nak komen kt blogpsot, kalo yang ada word verified ngan kena ada acount blogspot or google, adoi malehnye. tolong! sila tukar kepada wordpress! huhu

  20. oh terasanya aku…haha…
    aku ingat pakai pop-up tu lagi menyenangkan…rupanya lagi menyusahkan ek…
    sbb dulu aku slalu bermasalah bila nak komen kat blogspot…aku slalu terlupa nak open in new window…akibatnya dia akan bukak dlm window yg sama…lecehhh…

  21. ada orang guna IE lagi ke skarang nie?
    **matilah kena pukul dengan pengguna tegar IE di sekitar fakulti.

    ntahlah…
    dh bukak akaun wordpress tapi sedihnye dh ada orang guna nama blog ngomelsikit tuh dh wordpress…
    benci betul…
    kinda membantutkan niat utk berpindah…

    previously kan dh pernah tanya n beriya2 kat MK sbb nk pindah…
    but then again niat tuh tinggal begitu sahaja kerana sudah ada orang guna nama alamat itu.
    hampesklapa tol…
    takpelah…

    stay aje di blogspot…

    lagipun dh ramai sangat orang tahu ttg my blog…
    hehe…

    **matilah brangan sepopular MK…

    huhu…

    • @shandye: hm, kalau pindah ke wordpress self-hosted, mungkin ada point gak la.

      tapi kalau pindah dari blogspot ke wordpress.com, i don’t see much point. guna blogspot pun ok gak.. ^^

    • @RajaOtai: hm m, aku pun rasa function user profile tu tak perlu. blogger boleh buat ‘about me’ page yang lebih detail. but then again, blogspot mana ada pages, huhu

  22. aku stuju sgt bro ape yg ko tulis ni…. mmg dari dulu aku rasa ape yg ko rasa….

    pelik…apesal ramai masih sayangkan blogspot tu…. pelik… mmg pelik yg amat.. gunalah wordpress.. bukan x leh nak import entri blogspot korang pon….

    plssss…. blogspot dah ketinggalan zaman.. newbie2 je leh la..

    • @khai, aku xsuka la ko cakap camtu..
      *maaf.. ni bukan blog aku.. tapi bila ko cakap blogpot ketinggalan zaman.. Nampak cam hina sangat je, pengguna blogger ni.. ye.. mmg aku xguna blogspot.. Tapi ramai mmber2 aku guna blogspot.. xsemua apa yang ko rase xbagus, xbagus untuk org lain jugak.. Sendiri mau ingat la..

      ps : ko jgn igt newbie je pakai blogspot.. Masih ramai blogger elite cam ko, guna blogger..

      pss : Sorry SK, aku terEMO kat blog ko jap..

    • @khai, setuju dgn mr am. sy respect difference in preference, mmg wordpress lebih memberi kebebasan to ppl with a background in web development tp takde salahnya nak guna blogspot pun :) analoginya: beli Tshirt kat tesco dgn beli Tshirt kat butik Guess. not nice la kalau kita pandang enteng kat pemakai Tshirt tesco hanya sbb diorang tak mampu beli Tshirt guess kan? bottomline dua-dua pun Tshirt, dua-dua pun guna utk tutup badan. suka yg mana satu, tepuk poket tanya budget ;) then again, just an opinion :)

    • aku rasa blogspot aku jauh lebih baik dr kebanyakan wordpress walaupun kata mereka jauh lebih advance boleh blah….
      kalau pandai ada caranya… aku dh pusing dgn wordpress ni.. css suxxx… nak design plugin kena bukak satu2… buat malu kat org joomla mcm aku ni..

    • @lochoe: kalau pandai, guna blogspot pun boleh setting baekk punya, mengalahkan orang yang guna wordpress tapi tak setting pa pe.

      but then again, user-friendly tu penting. plugin wordpress senang nak install, newbie pun boleh buat. part buat theme dan plugin tu, leave it to the PHP expert ^^

  23. banyak gila owang kutuk blogspot..aku dah buat betulkan,apa yang patut diperbetulka.so,jom la komen blog di platform blogspot nie..masih belum berkemampuan nak pakai hosting sendiri..hehe

  24. Bagi Anna wordpress or blogspot or tumblr or livejournal or blogdrive etc etc. It doesn’t really matter. Yang harus bijak adalah penggunanya. Dan semua settings terserah mengikut citarasa blogger tersebut.

    WordPress memang menarik, tapi hanya menarik jika ada domain sendiri. Tak banyak customization yang boleh dibuat kalau hanya guna yang basic. Blogger ada kelebihan dari segi itu walaupun tiada domain sendiri. Itu antara sebab ramai yang masih tegar menggunakan blogger. Dan sejak kebelakangan ini, makin banyak features yang menarik.

    Tapi, nanti kemungkinan besar Anna akan menggunakan wordpress untuk blog artworks Anna nanti since dah ada pon domain dot com. As I said, kalau ada domain sendiri, guna wordpress memang terbaik.

    Walaubagaimanapun, saya tetap akan setia menggunakan blogspot untuk beberapa blog Anna yang lain.

    Ooh, dan Anna terselamat dari segala apa yang kamu listkan di atas. =] Dan CAPTCHA itu sendiri sucks, tak kisahlah kata mana pon. Mesti ada tersalah type punyalah. Argh frust.

    • @Sue Anna Joe: wa kawan Kak Fynn kat sini

      ditto, bagi blog percuma, Blogspot adalah pilihan lebih baik berbanding WordPress.com. WordPress.com kemas, tapi tak boleh customize sangat. Blogger is highly customizable, sampai ada blog yang cantik sangat, ada yang buruk sangat sampai letak header melebihi width browser, uhuhu.

      Looking forward to your new dot com ^^

  25. ngahaahaha terasa saya baca post ni~
    but i personally think wp is the best
    dulu penah guna domain kronikus.com
    but now da tak guna, i revert balek guna blogger sbb wp free tak buleh customize sgt
    tp tunggu la, nnt ada duit saya beli domain k
    time tu klu kamu tak komen, saya merajuk
    miahahaha :P

  26. terasa mcm nk pindah but then again ble dh pindah ke wordpress (i did actually for a single day) tapi rasa mcm awkward dan tak serasi dengan diri… bley gitu? (as if i felt like im dating the blogspot… anyway…)

    tgk la mcm mana…

    rasa mcm dh best plak duk kat blogspot nih…

    • @shandye: again, there’s no point of moving to wordpress if you don’t own your own domain.. wordpress.com isn’t much customizable

  27. cuba sapa2 tengok blog ringgittune.blogspot.com , suxx sangat ke blogspot ni.. apa nak bangga dengan wordpress..?? isnt about platform.. its about content.. nak buat apa dapat komen banyak?? kaya ke??? dapat nama ke?? or dapat kepuasan?? kot ada lagi nak kena masuk ISA mcm aeropama tempoh hari.. apa pun, berblogging ni untuk berkawan.. untuk menambah kenalan.. atau mungkin menambah awek (niat utama aku) tak kesahla apa plaform dia pakai.. kalau ikhlas nak komen dan berkawan.. aku sudi terima (perempuan shj)…

    • @lochoe: eleh sempat ko promote blog ko ek.

      relax ar bro, pos ni aku buat supaya pengguna blogspot tukar setting dia, memudahkan orang nak komen. bukannye aku nak mengatakan blogspot suxx.

      tipulah kalau kata ko tak suka komen banyak.. sebab dari komen yang banyak tu la kita dapat kawan ramai, kan kan kan.

  28. kalau yang menggunakan blogger pun benci capcha, yang tak guna lagi la.. dah ada account blogger tapi kene ada benda tu lagi.. merepek. sepatutnya diorang buat satu button, [report] untuk bagi tahu blogger yang account tu adalah spammers. so, delete it. simple but practicle

    • @TMUkmkd: uhm. kalau nak buat captcha pun, buat la yang senang manusia nak baca. ini tak, huruf die senget benget gile, mane tak konpius, huhh.

  29. terima kasih atas ilmu yg telah diturun kan…aku masih baru lagi
    dalam blog memblog ni..kalau ada sifu-sifu yang sudi ajar..jutaan terima kasih diucapkan…

  30. tq mk..tepat pada masanya..benda ni la ak dok cari..tadi baru ja ak send emel kat hg tny pasal ni..tiba2 buka sk.com ada cita pasal ni..tq..

  31. Pingback: Gunakan Sistem Komen Yang Baru Di Blogspot | SembangKomputer.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">