Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca SembangKomputer.com. Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari yang indah ini, dan kerana kita masih mampu bernafas dengan selesa.

Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana tiada sebarang entri pada 3 hari yang lepas, dan tidak membalas sebarang komen yang diberi. Sebenarnya saya sedang mengikuti latihan Askar Wataniah sepanjang 3 hari tersebut.

Saya juga telah menerima banyak soalan dari pengunjung, samada dari emel mahupun di ruangan komen. Oleh kerana jadual saya yang agak padat sekarang (semester akhir beb.. argh), saya tak mampu nak jawab kesemuanya sekali. Tapi jangan bimbang kerana soalan-soalan anda semua telah disimpan, dan akan dijawab satu-persatu, InsyaAllah.

Walaupun dalam kesibukan yang amat ni, sempat juga saya menjadi penulis jemputan di InfoMalaya.com. InsyaAllah saya akan cuba menyumbang sesuatu yang berinformasi di sana.

Terima kasih kepada semua pengunjung SembangKomputer.com. Tanpa awak semua, siapalah blog ini ^^

Related Posts with Thumbnails

2 Responses


  1. kita on 14 Apr 2008

    kalau tak sempat nak jawab..leh sy tolong-tolong jawabkan :)..tahniah ler coz jadi penulis jemputan kat infomalaya..bukan senang tu

    kita’s last blog post..Backup System Registry Komputer Anda

    • MK on 14 Apr 2008

      tema kaseh kat kita.. ^^


Tinggalkan komen anda