Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Berkongsi Fail dan Folder Dalam Rangkaian

26 January, 2008 (05:54) | Tips Windows | Oleh: MK

Kali ini saya akan tunjukkan cara - cara untuk menghubungkan dua komputer melalui LAN (Local Area Network) atau Internet. Anda boleh berkongsi folder dan fail, mahupun keseluruhan drive.

Sebelum bermula, pastikan servis - servis di bawah berfungsi pada kedua - dua komputer. Biasanya servis - servis ini telah siap sedia dipasang dalam Windows XP, jadi anda tidak perlu risau lagi. Servis-servis tersebut adalah:

  • Protokol “TCP/IP” dan  ”NetBEUI”
  • Remote Access Service

Ikuti langkah - langkah berikut:

  • Dapatkan nama bagi komputer A. Tekan Windows + Pause bagi membuka System Properties, dan pergi kepada tab Computer Name. Perhatikan nama bagi komputer tersebut pada “Full computer name”
  • Pada komputer A, klik kanan pada folder yang anda ingin kongsi, dan pilih “Sharing and Security”. Pilih “Share this folder” serta nyatakan nama bagi folder yang dikongsi tersebut pada ”Share name”
  • Pastikan kedua - dua komputer bersambung pada LAN.
  • Pada komputer B, lancarkan Command Prompt dengan menekan Windows + R dan masukkan “cmd”
  • Pada Command Prompt, masukkan arahan berikut:
  • NET USE X: \\khairul\cs /USER:uname passwd
  • Gantikan uname dengan user name dan passwd dengan password yang sepatutnya
  • Jika anda tidak berada dalam LAN yang sama dan ingin berkongsi melalui Internet, gantikan nama komputer dengan alamat IP.

Pada komputer B, anda akan perasan satu drive baru iaitu X:. Dengan membuka drive X: ini, komputer B akan dapat mengakses folder yang telah dikongsi dari komputer A.

Popularity: 8% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari Azhar Ahmad
Masa: January 26, 2008 pada 7:46 am

Ok2… Kalau antara network? Saya cadangkan guna GoogleDoc….

Lagi satu it is better kalau put all thingy in Shared Doc folder. Tak rumit dgt

[Balas komen ini]

Komen dari rightbrainer
Masa: January 27, 2008 pada 1:42 pm

um, kalau antara network, gantikan computer name dengan IP adress; dekat command net use tu…

GoogleDoc? pernah dengar tapi tak cuba lagi… um kena try gak neh

[Balas komen ini]

Komen dari fahimi
Masa: May 6, 2008 pada 2:36 pm

mcm ni..kite on saja pc,pastu dalam masa sejam xpun setengah jam.die kuar system shut down..dan restart sendiri.?

[Balas komen ini]

Berikan komen