Betapa Pentingnya Backup!

Backup dan restore merupakan dua istilah teknikal yang agak sukar diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Jadi, di sini saya ingin terangkan mengenai istilah backup dan restore dalam bahasa yang mudah.
Apa itu backup? Backup adalah proses membuat salinan pada fail-fail dan dokumen-dokumen anda. Salinan tambahan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga, kerana siapa tahu, esok lusa Windows anda akan rosak dan tidak berfungsi. Atau mungkin anda secara tidak sengaja terbuang data-data anda yang berharga. Proses mengembalikan semula data yang hilang dipanggil sebagai restore.
Adakah backup penting? Sudah tentu! Bayangkan foto-foto yang anda telah simpan bertahun-tahun, atau tugasan-tugasan universiti anda sepanjang semester, tiba-tiba hilang akibat serangan virus. Bagi syarikat-syarikat, ketiadaan backup boleh mengakibatkan kerugian yang amat besar.
Backup boleh dibuat secara manual, iaitu copy dan paste sahaja fail-fail anda ke dalam hard drive yang lain. Terdapat juga cara yang mudah untuk backup satu partition atau har drive, contohnya dengan menggunakan perisian seperti Symantec Ghost atau PING.
Sebenarnya memang susah nak mendidik pengguna komputer untuk membuat backup pada data-data mereka. Tunggulah sampai kena sendiri, baru sedar >_<”
Popularity: 42% [?]
Adeh, entri nih sedepuk kena kat muka…
Azhar Ahmad » hehe, pernah kena la ni
haha…aku pnah kene kt external HD…adala dlm 200GB data hilang…smua memori lesap mcm aku xpnah hidup kat dunia..hahaha…
melayubuntu » time tu mesti rasa cam nak nangis, ha3
[...] segala aplikasi portable dan pelbagai dokumen. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya sentiasa membuat backup untuk isi kandungan USB drive ini ke dalam komputer [...]
[...] Peringatan: Apabila anda DELETE satu-satu partition, segala data di dalamnya akan hilang. Sila buat backup terlebih dahulu jika anda tidak mahu kehilangan data [...]
[...] Norton Ghost, anda boleh membuat backup kepada Windows anda. Misalnya, jika anda baru sahaja format komputer dan install segala macam [...]
Salam tuan rumah.. saya cadang nak membuat backup dengan menggunakan norton ghost nie…
hari tu saya ke kedai kawan saya dan saya tengok dia tengah buat norton ghost kepada laptop pelanggan die. apabile dan siap dia restart dan saya dapati segala software seperti office, antivirus, dan macam2 lagi semuanye telah tersedia.
boleh saya tahu macam mana dia buat tu ekk, ajar la step by step..
semoga boleh dibantu.
Abu Asmas last blog post..Virus Terbaru “Virus faizal.js ” (updates)
@Abu Asma: salam.. saya dah ada tulis pasal Norton Ghost di http://sembangkomputer.com/cara-cara-menggunakan-norton-ghost-untuk-backup-windows/
[...] terakhir anda. Ini kerana, tidak semua proses recovery adalah mudah dan terjamin. Lebih baik anda sediakan backup pada dokumen-dokumen anda sebelum menyesal di kemudian hari [...]
salam MK..sy ada prob sal file2 yg da ilang ni..sy pnh t’delete folder my pictures dan skrg folder tu da xde..lps sy sdr file tu ilang sy pon try restore kn system dan ape yg sy dpt hnyela folder kosong tnpa file2 didalamnye..stlh sy m’bc artikel MK sy pon try gne software yg dicadangkn tp mslhnye sy tidak mendapat ape yg sy nk..adakah sy tlah kehilangan gmba2 bt selame2nye @ ade cr lain g tuk dptknnye blk??
tlgla saudara MK..tq
@narumi: kalau baru lagi terdelete, sepatutnye senang je nak dapatkan balik. guna PC Inspector Recovery tu x dapat ke?
em file tu da lm 2-3mggu lbh..da try gne pc inspector recovery tu tp xdpt pape..ke ad cre nk gne software tu yg prlu sy tao..