Ilmu komputer adalah sangat luas, terlalu banyak perkara yang boleh dipelajari setiap hari. Dan, tiada ilmu yang lebih mudah difahami daripada ilmu yang disampaikan dalam bahasa ibunda sendiri, kan?
Artikel ini akan menyenaraikan blog-blog komputer yang disampaikan dalam bahasa melayu. Jika anda ada sebarang tambahan, sila nyatakan di ruangan komen ya.
Sembang Komputer
Sembang Komputer mengandungi pelbagai tips dan tutorial dalam menggunakan perisian, serta penyelesaian kepada masalah komputer yang selalu dihadapi. Diketuai oleh MK, Sembang Komputer juga mempunyai beberapa penulis jemputan seperti NoktahHitam dan Life4Hire.
InfoMalaya
InfoMalaya adalah berkonsepkan pengumpulan ilmu yang berkaitan teknologi, lebih-lebih lagi mengenai pembangunan web. Diketuai oleh Bat yang kacak, InfoMalaya juga mempunyai beberapa penulis tambahan seperti Azraai, Arynet, Junaidix, Affuan, Awqi_zar, IrfanJani, dan MK.
Amanz
Amanz adalah antara satu-satunya blog komputer tempatan yang khusus kepada berita teknologi sahaja. Ianya meliputi perkembangan teknologi semasa baik di peringkat global mahupun tempatan. Pemilik blog ini, Aman, juga menulis tentang berita Linux di LinuxMalaya.
AMBNaC
[http://adamasalahbarunakcari.blogspot.com/]
Meskipun nama blog ini agak panjang, namun ianya berbaloi untuk disimpan ke dalam bookmarks anda. Artikel komputer di sini biasanya bersifat teknikal, lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan sekuriti. Blog ini diuruskan oleh TMUkmkd.
Ubuntu Untuk Malaysia
[http://melayubuntu.blogspot.com/]
Seperti namanya, Ubuntu Untuk Malaysia adalah sebuah blog yang fokus kepada Ubuntu dan sumber terbuka. Diketuai oleh Zul, Ubuntu Untuk Malaysia juga mempunyai beberapa penulis jemputan yang lain.
Sifoo
Sifoo adalah sebuah laman web portal yang memfokuskan kepada bidang grafik dan multimedia. Pelbagai tutorial dan muat turun yang berkaitan dengan Photoshop boleh didapatkan di sini. Sifoo diasaskan oleh Imran Abdul Jabar.
JomPHP
JomPHP mengandungi tips-tips komputer dan internet, serta tutorial pengaturcaraan web seperti PHP dan HTML. Ditulis oleh EiNS dan Cyberfly.
Dilarang Melarang
[http://dilarangmelarang.com/]
Dilarang Melarang adalah sebuah blog peribadi milik Marzuki. Selain daripada entri peribadi, ia juga mengandungi tutorial dan panduan bagi pengguna Blogspot.
Eriyza
Blog milik Eriyza ini banyak menceritakan tentang tips komputer khususnya buat pengguna wanita, serta pelbagai tutorial yang berkaitan dengan pengubahsuaian Blogspot.
Kill-Vearn
Kill-Vearn merupakan sebuah blog peribadi milik Syah, yang juga mempunyai tips-tips dalam penggunaan perisian dan internet.
Wanita & Komputer
Seperti namanya, blog Wanita & Komputer ditulis WaidaKmy, bertujuan untuk membantu wanita dalam penggunaan komputer.
Masalah Komputer
[http://baikipc.wordpress.com/]
Masalah Komputer ditulis oleh PakNik, di mana beliau berkongsi pengalamannya dalam membetulkan komputer pelanggan.
My Windows XP
[http://www.mywindowsxp.info/]
MyWindowsXP ditulis oleh Dekan, dan mengandungi tips-tips dalam menggunakan Windows XP.
Hardyw3b
[http://hardyw3b.wordpress.com/]
Hardyw3b adalah blog peribadi milik Adi, dan mengandungi pelbagai artikel tentang perisian, terutamanya yang berkaitan dengan sumber terbuka.
Cekap Komputer
[http://cekapkomputer.blogspot.com/]
Cekap Komputer ditulis oleh juruteknik komputer dari Sabah, E_peace6679. Blog ini mengandungi penyelesaian kepada masalah komputer dan virus.
Kedai Gambar Ku
Kedai Gambar Ku ditulis oleh Hafiz, dan mengandungi tips dan tutorial komputer terutamanya yang berkaitan dengan Photoshop.
Tech IT
TechIT mengandungi artikel tentang berita teknologi, gajet, dan permainan komputer.
Kongsiblog
Kongsiblog mengandungi artikel yang berkaitan dengan komputer dan internet, daripada Sabri Ahmad.
Anjung PC
Anjung PC mengandungi artikel yang berkaitan dengan komputer dan perniagaan internet, daripada Starline.



















info yang menarik
mana gua punya ?! .. XD
salam…bro MK,minta tolong boleh bro MK ada tahu x laman web yang boleh di jadikan rujukkan untuk final project saya..yang ada kaitan dengan komputer la…..tolong ye bro MK xpun bro MK ada cadangan apa2 ke,,tentang final project saya…tq
Untuk projek final, sila baca jurnal:
ieeexplore.ieee.org
portal.acm.org
citeseerx.ist.psu.edu
sciencedirect.com
salam…tuan bagi yang nak buat final project tu hebat sangat la…kitaorang budget dalam ratus-ratus ja…kena dengan student poli la…
huhu… banyaknyer…
nasib kebanyakannya aku dah tau…
thanks..
komputerdanit.blogspot.com
silalah bekunjung…
komputerdanit, bnyk lagi boleh improve :)
nice MK post jgk psl ni, establish good neighbourhood between penulis2 blog komputer tempatan
@EiNS, ye, mari kita berkawan baik sesama blog komputer, hehe. Terima kasih kat JomPHP sebab mulakan dulu.
tHanX for tHe comment,aku akan perbaiki lagi blog aku.biasalaH orang baru….
makin best versi sembangkomputer.nice one bro!
sembangkomputer no1
thanks Mk… info yg menarik… tq jgak sbb senaraikan aku punyer blog skali…
thanx bro… sangat best tgk gambar beso2 mcm atas tuh.. hehehe…
@kill-vearn, no prob. Walaupun blog ko masih baru, aku senaraikan gak kat sini, sebab artikel pasal komputer ko memang berkualiti.
salam MK, thanks coz listkan aku punye blog dalam artikel ko.. segan jugok rasanya,
@adi, ko punya blog lagi lama dari blog aku bro. Waktu aku baru2 mula buat kat WordPress.com lagi, blog ko dah femes dah, huhu.
askum,pertma skali,tahniah kpd kau MK,blog kau best,aku bljr buat blog guna wordpress sbb aku baca artikel yg kau tulis,dr situ aku start minat buat blog,sbb free…….ni blog aku(celikomputer.wordpress.com)sila brkunjung.dlm blog aku,aku paut kan blog engkau skali. MINTA IZIN
salam MK dah submit komen tapi
ini yg keluar
“MySQL server has gone away on line: 546″
Apa maksudnya?
tq bro…..
patut la banyak lampau masuk blog aku dari sini.. apa la MK buat neh.. rupanya pasal neh.. jangan weh.. ko membanyakan lagi orang yang tak paham bila masuk blog aku. sian diorang :D
@K: Bior le dorang masuk reramai… yang tak faham pun boleh jadi minat, lama2 jadi faham gak la :D
haha… macam tu K kene rendah kan sikit la :D
semua blog tu mmg dalam bookmarks
SK ni dlm bloglist…
hehehehe
thanks MK
@Kak Jie: Wa, dalam bloglist ke. Tema kaseh Kak Jie :)
aku sedih blog aku tak tersenarai sebab dalam bahasa omputeh…huk allaaaaaaaa…..perlukah aku wat blog komputer dalam bahasa melayu…pasal network sahaja kot..apa kata ko MK ?
@yam: Uhuk3, jangan cedey. Nanti aku buat entri pasal blog tempatan dalam bahasa omputeh lak.
Tapi kalau ko nak buat blog pasal network dalam BM pun ok gak, mesti banyak membantu budak2 kita yang dok mencari rujukan dalam baha melayu. Sedangkan aku yang dah terbiasa baca bahan dalam BI ni, masih lebih selesa baca dalam BM, apatah lagi diaorang. Macam blog AMBNaC tu, aku suka baca sebab jarang dapat jumpa blog yang geek camtu dalam BM, haha.
Lakukan sesuatu untuk orang kita gak :)
aku = geek?
pandai la ko MK -_-”
Thnx bro MK..
Ni nk tny..
Ad taw x pasal blog y mmbincangkn tentang handphone especially dlm bhs melayu pnye..
Y sy mksudkn d sini,
blog y melibatkn nset symbian OS..
Arap bro MK dpt mmbantu..
Thnx again..
Thanks MK…perjuangan saya di dalam kelas diteruskan oleh MK di alam siber..Sama-sama memartabatkan Bahasa Melayu!
@ieda: Terima kasih… awak pun teruskan perjuangan juga :)
thank bro utk artikel ni..
masuk jgk blog aku…hehhee
@Zul: Blog ko mana boleh lepas, antara top site kat Speed Dial aku ni ha.
yes yes! Berjaya jugak blogku masuk. Yeha..
@Dekan: Mesti la masuk. Ko pun rajin2 la update kat situ, hehe.
nice info! keep it up! :-)
@salaz: thanks :)
bagus. banyak sudah blog2 yg pasal komputer sekarang. senang nak dirujuk.
rupanya byk blog pasal komputer dlm bhs melayu yg sy tak tahu..ni kena explore lebih :)
syoknya!
cube layari http://www.inspirelab.com/v2/
aku jumpe. cam best je…
saya nk tau lbh detail tenteng 802.11n atau pn lbh dikenali sbgai wireless
Pingback: Melayu Boleh - Blog Teknologi Berbahasa Melayu
Errr, masuk pencalonan gak kaa??
Mekaseh laa noo. Malu wal segan nih sbb blog org lain tuh gah belaka.
@Kak Eriyza: Blog akak baguih gak apa.. kadang2 kuar info yang asas2 yang saya tak pernah terfikir nak tulis kat SK.
yup.. salah satu info yang menarik.. keep it out
best jgk list2 web pc yg anda bg ni..jom layan http://www.mscreborn.blogspot.com
bro MK….
thnks sgt…
hope sume blog nie dpt mmbantu..
act sy bru lg kt snie..
@ikhsan: sama2 :)
Lol ?! where r mine !!!! .. XD
TQ for info.. banyak membantu bg pengguna baru seperti saya tentang komputer dan internet
@jaja: sama2, gembira dapat membantu ^_^
banyak blog2 komputer yang menarik kat sini…jadi semangat pula nak berblog. saya punya blog pun pasal komputer juga tapi mungkin tak dapat bertanding dengan blog2 otai kat sini.. harap dapat beri tunjuk ajar, yoroshiku… :)
salam..nak tahu la, ada x website yg ajar cara2 buat shopping cart..step-by-step?
i like jomphp..hoho
thks bro MK!!!! Knowledge is Power…thks 4 sharing…!
Pingback: Mengimbas kembali kehidupan alam siber | syahirul.com
Pingback: Tiga Lagi Blog Komputer Tempatan Untuk Dilawati | Sembang Komputer
MK,ade blog kt ats yg dh expired lorr..xleh gn
nice info,,,sememangnya semuanya best2,, sgt2 membantu, especially when i’m got problem with my comp. Bleh sttle problem sdri, tak payah anta ke kedai dah. Thanks for sharing this info.
Terima kasih senaraikan blog anjungpc. Moga kita sama-sama berkongsi ilmu dan saling bertukar pandangan.
Pembaca dan bloggers sama2 membantu dalam ilmu2 komputer ni. Lagi banyak lagi bagus dalam Bahasa Melayu.
Info yang amat bagus.Lebih banyak blog Bahasa Melayu lebih bagus