Fungsi “Read More” yang terdapat dalam WordPress membolehkan anda meringkaskan entri-entri yang dipaparkan pada laman utama. Apabila pengunjung ingin membaca satu-satu entri dengan lebih lanjut, mereka akan klik pada link “Read More” tersebut.

Dan kini, Blogspot juga secara rasminya telah memperkenalkan fungsi yang sama. Kini para pengguna Blogger boleh memasukkan fungsi “Read More” dengan mudah tanpa perlu mengubah kod HTML atau apa-apa lagi proses yang kompleks.

Cara untuk memasukkan Read More ini adalah mudah sahaja. Jika anda menggunakan editor yang baru, terus klik pada ikon “Insert Jump Break”. Jika anda tidak menggunakan editor yang baru, anda boleh memasukkan Read More secara manual di ruang HTML, dengan menaip kod <!—- more -->pada entri.

blogspot-read-more

Anda juga boleh menukarkan perkataan “Read More” tersebut pada skrin Layout, dan klik Edit pada bahagian Blogs Posts.

blogspot-read-more-ubah

Fungsi ini merupakan salah satu peningkatan yang diperkenalkan oleh Blospot bersempena hari jadinya yang kesepuluh. Dijangka lebih banyak lagi fungsi-fungsi baru yang akan diperkenalkan, seperti memasukkan page, sama seperti WordPress.

(via @topotato, @anarmnetwork)

P/S: Entri ini ditujukan khas untuk Eny, eceh :P

Related Posts with Thumbnails

Tags:

50 Responses


  1. iss on 11 Sep 2009

    SalamunAlaik,Khairul…Wow! great info. best la Khairul… harap dapat belajar macam2 lagi dari Laman Sesawang anda ni. Agar bermanfaat kepada pembaca2 yang lain.Akhir kate, Salam Ramadhan. Salam Idul fitri. Minal idil wal faizin. Salam Syawal..

    (^_^)_v

    • MK on 11 Sep 2009

      @iss: Walaikumsalam. Salam Ramadhan dan Salam Syawal juga Iss, terima kasih kerana selalu singgah kat sini :)

  2. megat on 11 Sep 2009

    info cun!

    aku baru perasan pagi ni ketka sedang kemaskini slah satu blog aku. mudah dan ringkas.

    semakin tertarik dengan kebolehan blogspot he3

    • MK on 11 Sep 2009

      @megat: Kira ok la Blogspot dah mengambil kira fungsi-fungsi mudah macam ni, baru la sayang nak tinggalkan Blogspot, hehe.

  3. Kujie on 11 Sep 2009

    selamat ulangtahun ke 10 blogspot – cinta pertamaku!

    • MK on 11 Sep 2009

      @Kujie: Hehe, salah satu dari kekasih saya juga :)

  4. sickchild72 on 11 Sep 2009

    haha tpo ngn anarm ngumpat aku pastu bgi link ni suh aku wat readmore.
    bila aku bukak link tengok2 bahasa omputih.
    tak jadi aku nak wat.
    haha.

    thx wahai translator ku.
    aww.

    • Anarm on 11 Sep 2009

      @sickchild72, ko kene buat read more kt blog ko.. topo marah, die ckp post ko sume bapak panjang giler.. hahahah..

    • MK on 11 Sep 2009

      @sickchild72: Hehe, aku buat ni khas untuk ko la eny. Terharu tak? :P

  5. Toto on 11 Sep 2009

    Makasih kawan ….

    • MK on 11 Sep 2009

      @Toto, sama2 :)

  6. captainLJ on 11 Sep 2009

    oh mk..
    time ksih byk2…
    yg ni la yg aku cri slama ni…

    • MK on 11 Sep 2009

      @captainLJ: sama-sama. Baru je lagi fungsi ni kat Blogspot. Sebelum ni kena hack manual, hehe.

  7. Alique Azmi on 11 Sep 2009

    cis2..simple je sebenarnye..nanti aku praktikkan..da lama tinggalkan blogspot..

    • MK on 12 Sep 2009

      @Alique Azmi, Baru2 ni je la yang jadi simple nye. Sebelum fungsi ni diperkenalkan secara rasmi, leceh gak kena hack template satu-satu ^_^

  8. beliamuda on 11 Sep 2009

    bagus la kalau blogspot dan perkenalkan fungsi ni.. takde la kena skrol panjang2 kalau entri panjang2 kuar kat homepage…

    • MK on 12 Sep 2009

      @beliamuda: itupun kalau si penulisnye rajin la nak letak Read More ni :P

  9. tokjogho on 11 Sep 2009

    Bagus juga info ni, sebab anak saya baru tanya camner nak buat more info macam blog saya. Saya pakai wordpress, dia blogspot. Bolehlah bagi tahu kat dia sebab dia nak tiru macam blog saya.

    • MK on 12 Sep 2009

      @tokjogho, yep, fungsi ni sama je dengan wordpress :)

  10. wise on 11 Sep 2009

    Salam MK, aku bru terpikir nak soalan psl Read More di blogspot.., tau2 awak dah post artikel nih. Anyway tenkiu!

    • MK on 12 Sep 2009

      @wise: sama2, gembira dapat membantu :)

  11. ct-k on 11 Sep 2009

    hohoho….seb baek tergerak hati nak bace entri ni….
    pasni ubah sket r html kat blog tu….
    hoho…..

    kalau tak bace ni…tak tau pun blogspot dah update die punye editor….
    bagus bagus bagus…..
    thanx!
    ;)

    • MK on 12 Sep 2009

      @ct-k: sama-sama… baru sangat lagi pun blospot dah update post editor dia. memang nice ^_^

  12. ct-k on 11 Sep 2009

    ..

  13. naman on 11 Sep 2009

    lor..penat2 je wat guna kod dulu…hoho

    dah advance dh blogspot nih

    • MK on 12 Sep 2009

      @naman: Tu la, kalau dulu kena kod merata-rata, sekarang ni tambah satu tag je ^_^

  14. Kill-Vearn on 11 Sep 2009

    artikel yang berguna untuk semua pengguna blogspot.. tahniah kerana memudahkan mereka..

    • MK on 12 Sep 2009

      @Kill-Vearn: Aku pun pengguna Blogspot gak, hihi.

  15. keiroro on 12 Sep 2009

    kalau pakai sistem yang baru ni, coding yang lama dah boleh padam ke ? x da effect entri yang lama-lama ke ?

    • MK on 12 Sep 2009

      @keiroro: Tak pasti la plak pada entri-entri yang lama, sebab aku sendiri pun tak pernah buat edit template yang manual tu, huhu.

  16. alone on 12 Sep 2009

    yeha! xperlu nak hack2 lagi lepas ni! trimas! =D

    • MK on 12 Sep 2009

      @alone, samas2 :D

  17. safar on 12 Sep 2009

    MK agaknya wordpress tahu tak tentang.blospot malas nak gunalah.wordpress pun kira eloklah…….

  18. Eriyza on 12 Sep 2009

    I Love You MK eh Blogspot.
    Caiyolah team blogspot.

    • MK on 12 Sep 2009

      @Eriyza: I love you too Kak Eriyza, ops, team Blosgpot :P

  19. Piratz on 12 Sep 2009

    Aku ade post pasal nie gak kat blog aku…
    ade follower aku bagi tau die dah try, posting rosak..
    jadi center…. tah la… tapi kat blogger buzz dah bagitau kalau tak silap aku customize template tak ape seswai..

    • MK on 12 Sep 2009

      @Piratz: Oh, dia ikut template gak. Sesetengah template yang dah customize memang ada problem. Aku guna Minima je, tu la tak pernah lak bermasalah.

      • Piratz on 13 Sep 2009

        @MK, owh.. sebab aku ade try kat blog aku..
        ade la skit rosak.. tapi aku unactivated semula sebab bukan aku pakai pon.. hehe

  20. Nik on 12 Sep 2009

    hm..bagus jugak (maaf ye ana dah memang slalu ckp ana anta susah plak nak ckp saya,awak cam plik ckit sbb kat skolah pun kena ckp jugak klo tidak kne denda) ana pun nak trylah..tapi ana ada satu question kat anta camne ye nak wat tag cloud yang bleh bergerak sbb kebanyakkannya tag cloud yang ana cari x bergerak.

  21. hairyputra on 15 Sep 2009

    aku cuba masukkan dalam post aku tp tak menjadi…langsung ilang selebihnya dan read more pun tak muncul.apa masalahnya?

    • MK on 15 Sep 2009

      @hairyputra: Mungkin sebab template ko kot. Kalau template dah customize macam2, dia boleh jadi tak compatible.

  22. jaja on 15 Sep 2009

    Thks for the info akan ku praktikkan…

  23. affuan on 15 Sep 2009

    aku dah try function tu. best woo.. x yah la skroll panjang2 blog2 blogspot pasni. hehe.

    • MK on 15 Sep 2009

      @affuan: itupun kalau tuan punya blog rajin la nak letak tag ‘more’ tu, haha.

  24. RaraJoe on 14 Oct 2009

    saya masih blur.

    • MK on 15 Oct 2009

      @RaraJoe: Dah berjaya dah kan :)

  25. ash on 19 Oct 2009

    oh bgsnye..:))
    kdg² membebel x hengat..
    panjang jek blog tu kebawah..
    tq²..

  26. hazim on 24 Oct 2009

    nie la yg aku carik untuk blog yg under blogspot punya..
    akhirnya … :)


Tinggalkan komen anda