Borderlands: Game FPS dengan sentuhan RPG dalam dunia Cyberpunk!

wd1

Dulu kalau pergi ke Cyber Café bersama @wfxyz dan @ian_dai, kami akan bermain StarCraft 2 habis-habisan. Setelah selesai, kami beralih kepada sesi bebas di mana masing-masing akan bermain game secara individu. Wafiq biasalah, akan bermain apa sahaja game yang berkaitan dengan bolasepak. Saya pula akan mencuba game berbentuk aksi dan salah satu yang menjadi kegemaran adalah Borderlands!

Borderlands adalah game FPS (First-Person Shooter) yang sangat unik kerana ia diterapkan dengan elemen RPG (Role-Playing Game) secara mendalam.

Pada permulaan permainan, anda boleh memilih daripada 5 karakter yang mempunyai skil dan kelebihan masing-masing. Watak-watak ini adalah Soldier, Hunter, Berserker, dan Siren.

2011-11-19_00003

Seperti game RPG yang lain, watak anda boleh mengumpul XP, level up, mempelajari skil baru, serta memakai senjata dan kelengkapan yang berbeza.

2011-11-19_00006

2011-11-19_00004

2011-11-19_00005

Borderlands tidak mempunyai satu jalan jalan cerita yang linear, sebaliknya anda sebagai “pemburu harta karun” boleh menyelesaikan pelbagai misi yang boleh didapati dari tempat-tempat yang berbeza.

Oleh kerana sistem misi ini, anda akan dapati diri anda berulang-alik ke tempat-tempat yang sama untuk mengutip ganjaran, mendapatkan misi baru, serta menyelesaikan misi.

2011-11-19_00007

Sistem pertarungan adalah sama seperti game FPS yang lain. Anda boleh membawa beberapa senjata yang mempunyai bilangan peluru masing-masing, dan tembaklah setiap musuh yang anda jumpa. Setiap tembakan ke kepala memberi kesan yang paling banyak.

Seperti juga game RPG yang lain, sesetengah musuh mempunyai elemen yang tersendiri, dan ini bermakna senjata yang berlainan akan memberikan kesan yang berbeza. Di sinilah anda perlu pandai menukar senjata mengikut kesesuaian.

Dalam Borderlands, anda mempunyai nyawa dan perisai. Perisai akan menerima serangan terlebih dahulu sebelum nyawa. Apa yang sangat membantu adalah perisai akan dicaj semula secara automatik, setelah berapa ketika. Jadi pada kebanyakan masanya, saya tidak perlu risau pun akan dibunuh asalkan saja mengecaj semula perisai saya.

2011-11-19_00009

2011-11-10_00001

2011-11-10_00002

Borderlands juga mempunyai beberapa elemen keseronokan, contohnya anda boleh menaiki kereta kebal serta senapang berangkai!

2011-11-19_00008

2011-11-19_00014

Meskipun Borderlands mempunyai gaya permainan yang sangat unik, apa yang sebenarnya membuatkan saya terus terikat pada game ini adalah dunianya yang berasaskan fantasi sains fiksyen, cyberpunk, dan post-apocalyptic. Grafik Borderlands yang berasaskan lukisan tangan juga memainkan peranan yang penting dalam memberikan pengalaman bermain yang memuaskan.

Sayangnya Borderlands tidak mempunyai satu jalan cerita utama yang kukuh, sebaliknya, semuanya dipecahkan kepada misi-misi yang kecil dan tidak berkaitan. Namun ciri ini mungkin juga ada kelebihan, di mana anda diberi kebebasan untuk meneroka dunia Borderlands dan tembak sahaja musuh-musuh tersebut apabila geram.

Secara keseluruhan, Borderlands merupakan satu game yang sangat unik dan memuaskan dari segi gaya permainan dan juga grafik. Jika anda penggemar kedua-dua genre (FPS dan RPG), anda patut mencuba game ini!

One thought on “Borderlands: Game FPS dengan sentuhan RPG dalam dunia Cyberpunk!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>