Pada entri yang lepas, anda telah mengetahui tentang apa itu blog serta kelebihannya. Kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat blog menggunakan Blogger (juga dikenali sebagai Blogspot). Artikel ini bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan komputer dan blog. Tak nak cakap banyak, jom teruskan!
Daftar di Blogspot
Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
- Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.

(klik imej untuk besarkan) - Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.

(klik imej untuk besarkan) - Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.

(klik imej untuk besarkan)
Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:
Mulakan Menulis!
Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.

Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.

Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?
Ubahsuai Rupa Blog Anda
Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”

Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.

Contoh sidebar yang dihasilkan:
Ok, Sampai di Sini Dulu
Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda. InsyaAllah jika saya ada tips menarik untuk Blogspot, saya akan kongsikan bersama ^^
thx for the info . . sye akan memPRAKTIK kan sume tunjuk ajar dr page ni . .thx u so much :)
tq so much
best la penerangan awak
ada x cara nak masukan powerpoint dalam blog
tolong bagi tunjuk ajar
saya rasa ada tetapi saya tak tahu?
huhuhuhu
awak rasa boleh tak??
ajar ilmu kat orang dpt pahala. Jangan dok kira duit saja. buat pahala untuk akhirat. kita la ni hanya sementara di dunia. kekal di akhirat.
bgslah penerangan ini…mudah dan seng untuk menghasilkan blog….mula2 buat agak susah sikit la…lpas tu ok jer .thanks bg tunjuk ajr..
tq atas informasi yg diberikan…yg pasti sy nak sgt blajar buat blog…tapi bila isi ruangan password…asyik kena reject jer…sakit ati pun ada…
Terima kasih atas penerangan anda.Saya sangat hargai.
boleh wat duit x ngan create blog nie..
terimaksih banyak2…. penerangan yang tepat , padat dan ringkas. Amat membantu bg sesiapa yang baru nak belajar buat blog sendiri..
salam…..
alhmdllah…..
laman ny byak mmbantu untuk sy
membuat blog…..
syukran jazilan~~~~~~~~
:) :) :)
info yg bermanfaat
salam.
mcmana nak promote blog n jdi top kat search engine
terbaeekkkk
Terima kasih atasinfoyang cukup berguna. Camnaya,saya nak tambah ‘trafik’dalam blog saya.
Komen anda…
saya nak tanya cemana nak blog orang,dan untuk mencari jodoh.
trime ksey la abamg kern mnjukn jlan yg betul
abamg… mlm ni ble x ? x peham
allhamdulilah ad jugak org macam awak
Mula2 terima kasih sebab akhirnya saya berjaya create website sendiri..tapi ada masalah nak edit tu kat mana..sori la tanya soalan yg camni sebab tak der rujukan lain.
thanks..rupanya senang je wat blog.. tk banyak coz bgi penerangan yang terbaik
saya dah buat semua yang u suruh..saya dah post..macmanaa saya nak tengok semula apa yang saya dah tulis dan post itu..buka,nak mula mana?
lepas click publish post tu,ade tulis view blog kan?click je situ
bagus n jelas benar… siapapun bs mengikutinya… tq
as’kum saya nak tanye macam mana nak letak gambar di blog saya…
thnks for the info. Info details…senang nak follow.
awak mmg baik,xkdekut ilmu,susah nk cari org mcm awak
terima kasih atas tunjuk ajar anda.
nape saya punyer blog xde layout pn??lepas setting 2 ada design jer…..
tenkiu..sy dh berjaya hasilkan blog…tp still kena belajar ttg content blog ni….thanks atas tunjuk ajar…..
tq sgt2,,amat membantu..
macam ne pula ye kalu nak masukkan page mcm kt atas nie yg kite amek dri web?
maksud sye pix2 yg mcm kt ats nie..
thanks…senang nye nak buat blog ngan penerangan awk..tpi line sye lembap..jdi nye..ssah ckit…tpi sye still akn blajar lgi..byk yg blom blaja lgi nie..thanks…
salam…thanks coz bagi tunjuk ajar..saya akan cuba buat blog saya sendiri..
cam ne blog ni leh wat duit lak?leh bg tau sy…..
thankx so much….sa x sbr nk wat blog
thanks…x sbr nk wat blog
thank
ini blog dibikin pake wordpress tapi isinya tentang tutorial membuat blog dari blogspot, tapi btw any way kren juga tutorialnya
tq bro…..cakap banyak tak guna…..yang penting keikhlasan hati dan nawaitu yang tidak putus-putus untuk mencari ilmu dunia dan akhirat….
salam..napa masa saya click kat “blogspot ” dia kluaq bahasa itali..x dak plak change langguage kat situ..bleh sapa2 bantu?
Terima kasih..dah lama saya cuba cari panduan begini
terima kasih…perkongsian yang sangat baik…..
tq!!!!!!!!!i,m success!!!!!!!!!!
kenapa blog saya ada tulis warning content..tak berapa faham laa..mungkin ada yang tak lengkap… mesti ada warning tu selepas click link nyer… i understand and wish to continue…haisshh!! boleh bg penjelasan? please2…..
lagi satu..bgaimana cara nak header nuffnag… please share a link…tq
GOOD,,
Saya dah berjaya terbitkannya. terima kasih!!