Pada entri yang lepas, anda telah mengetahui tentang apa itu blog serta kelebihannya. Kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat blog menggunakan Blogger (juga dikenali sebagai Blogspot). Artikel ini bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan komputer dan blog. Tak nak cakap banyak, jom teruskan!
Daftar di Blogspot
Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
- Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.

(klik imej untuk besarkan) - Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.

(klik imej untuk besarkan) - Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.

(klik imej untuk besarkan)
Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:
Mulakan Menulis!
Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.

Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.

Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?
Ubahsuai Rupa Blog Anda
Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”

Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.

Contoh sidebar yang dihasilkan:
Ok, Sampai di Sini Dulu
Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda. InsyaAllah jika saya ada tips menarik untuk Blogspot, saya akan kongsikan bersama ^^
Haa.. bagus2, bole le aku try kejap lagi kalo rajin.. MK, sok ko ajar lak guna wordpress (tarok kat entri).. ajar aku kat kelas (special tutorial).. lepas 2 makan tghari jgn lupa ajak aku (aku lapar nasi dm)… hehehe..
@nagahensem: lalu aku kirakan engkau ini adalah sang rajawali.. mungkinkah..
ermmm ok gak ni..
tpi bahagian nak register tak susah sgt…
buat lar tuto pasal nak tambah fungsi e..
ok trima kasih ..
@wan: um, nanti aku wat tutorial pasal add-on kat sidebar lak okeh..
kalo rajin, boleh buat ebook dalam BM. mesti ramai tabik nanti. :)
@affuan: waa.. nantila, bile dah free sket. memang dalam perancangan pun
best rau guna blog untuk wa keja kursus.tok se guna banyak kertas.heheheheheheheeh jan mrah
salam,korang dah boleh buat blog..aku masih terkial-kial….susah juga ekkk
kedekut tul la..
Pingback: Buat Blog Percuma Dengan Wordpress.com | SembangKomputer.Com
ada lagi tak tutorial mengenai blogger? beshnya…. kita xpandai la nak daftar, kuikui….
blogmenjerits last blog post..Denim Theme Switching Template
sian awak..
blog menjerit ngader la tuh.. haha
Pingback: Apakah Itu Blog? | SembangKomputer.com
thank fren….dapat gak membantu bagi yang tak pandai lagi tu….
mancais last blog post..lalalaaa..i’ve been tagged!
Pingback: Cara-Cara Nak Buat Blog Pada Domain Sendiri Dengan Wordpress | SembangKomputer.com
bagus….perbanyakkan lagi info-info spt ini.
sebenarnya blogspot terdapat beberapa kelemahan yang org x sedar. Boleh rujuk thread ni utk lebih info http://www.uniscience.net/forum/12-komputer-dan-teknologi/45-kelemahan-blogspot.html
terima kasih.. saya dah pun mencubanye. hasilnya memuaskan.. :)
macam mana nak cari layout lain utk blog kta…
saya dah create blog, lepas dah tutup tak tahu lak macamna nak gi semula kepada blog saya tu. mcmana ek? hhuhu
@lyn: pergi http://www.blogger.com dan log in menggunakan akaun Google awak. nanti awak boleh tengok blog yang awak dah create tu
mcm mna nak cari template lain utk blogspot or wordpress…
@aned: cuba lihat di sini.
tq… sedikit sebyk dpt bantu saya buat blog… baru belajarla katakan
Abg Mk, saye nk tanye, kenape bile saye edit html blogspot, saye punye widget hilang? ade penyelesaian x?
@Danish Andzar, bila tukar template, kekalkan kod b:widget tu, baru la widget tak hilang
@MK, macammane nak kekal kan? maklumlah saye ni bru blja buat blog? hehehe
@Danish Andzar, awak copy je la semua kod b:widget tu, dan masukkan ke dalam template baru.
ok, terima kasih bro.
Mengapa saya isikan nama email saya di step 1 tetapi jawapan dia bagi tahu yang email saya invalid. dah benggang dah ni. nak buat blogger pun tak lepas2 lagi ni. Tolong bagi tahu ape sebabnya.
salam..bro..saye newbie dlm bidang memblog ni..nak tanya yg expert2 la..camne nak besarkan page layout kat blog ar??saye tgk blog org2 lain bleh sampai penuh kat tepi2 tu..tolong ajar ye…tq
@hotcoverz, awak gunakan CSS untuk besarkan page layout. Takpun guna theme layout dia dah sedia besar.
nak buat
nak buat akaun
camner nak tukar templates,..http://blogger-templates.blogspot.com/#top..download dulu pastuh nak wat camner??tq
@mankidal, login pada akaun Blogger awak, klik Layout, dan klik pada Edit HTML. Kat situ awak ubah template awak.
salam..saye tgk blog member cantik2..mcm ne advance mcm diorang..
Emm, leh try download template free kat melayu boleh blog.. kalu nak cantik juga la..:)
best la
tima kasih bro..saya cadangkan bro buat buku panduan buat blog blogger dalam BM…mesti dapat sambutan…saya kan beli…mmg minat nk cari and buat sesuatu…blog memang sesuai masa sekarang…coz newbie cam saya perlu sgt2 bro..beri tunjuk ajar nak buat blog…dlm blogger…asas permulaan dlm dunia blog…dah beli pakej wordpress tapi belum mula…
@halim: InsyaAllah.. harap2 ada la masa saya nak buat semua tu.. huhu.
Camne nk buat copy right protected supaya org xleh copy paste segala isi kandungan @ gmbr2 kita.. tolong ajar sket bro..
apa itu blogspot
caner ek nk format komputer?
kena ada cd ker? hhuhuu tolongla betol2 baru nk belajar format ni window 98 lak tu,adoila
@sayonara: yep, kalau nak format komputer kena ada CD Windows.
mcm mana nak ilangkan blog yang sedia ada untuk gantikan dengan blog yang br….akibat dr terlupa password…..
hiiiiiii.tq 4 teach me….
best la dah tau buat blog ne
dah berjaya lak tu
memang bersemangat la skarang
bz bro
asmkm
terima kasih MK ang kongsi ilmu buat blog
aku dah cuba jadi tapi baru lagi….ang try la masuk blog yg baru siap
…nanti ang komen apa yg patut pasai kira baby lagi
la blog aku ni….nak tanya nak masuk gambag cam mana….
asmkm
ang tau format komputer tolong la ajar….pasai dah format komputer
kat kedai pasai hardisk rosak tapi makan modai klau kerap nak
kena format….cd window apa nak kena install kat pc kita tue,kalu laptop
dia punya cd lan kan…install pun aku gagal nak buat ajar sat….
merayu ni hahaha…
@santai, nak install windows apa? first kene tau spec laptop ko sesuai tuk install window apa, nak beli yang pirate ada bersepah jual, nak tutorial dah ada kat sini, cume perlu carik jekr
klau leh tolong ajar cam mana nak install antivirus ativa kat pc pasai aku baru nak pasang internet kat umah,lagi pun free hahaaha…banyak pemintaan ni hahaha….
@santai, senang jerk, tekan next2 jerk, plg penting un tick yang register tuh
assalamualaikum
klau kita nak test blog kita jadi ke dak cam mana
kenapa bila masukkan imej, imej tu jadi blur& besar sgt? camana nak kecikkan?
assalamualaikum
nita aku rasa ang kena klik medium kat image saiz sebelum ang upload gambar…bila upload pun cepat skit sebab saiz tak besag sangat…tu aku rasa la harap yg lebih otai bleh ajag klau aku silap hahaha..
asmkm
spa ader tau cam mana nak tulis kat tepi tu(sidebar) cth syarat2 penghantaran barang camna pasai dah try buat xjadi jugak..
macamna nak jadikan gambar sebagai background sebab skrang aku punya blog warna hijau nak jadikan pemandangan sebagai background
camna nak tukar link dengan orang lain…sebab x member lagi…
apa guna sidebar kat sebelah tu
1display ads in my sidebar and post
2.display ads in my sidebar
3.display ads below my sidebar
4.don’t addnew ads.just adsense reporting
boleh tak sapa2 tolong trangkan…
saya nak tanya, jika kita nak masukan power point dan exel dalam blog macam mana ya?
hai leh tanya tak sy wat blog kt blogger tp tk bbyar la.Memg blog 2 tak leh search kt google seme ke?
Boleh, cuba ikuti tips-tips kat sini: Bagaimana nak bagi blog anda muncul di carian Google.
macam mne naknak dpt template yg bnyak……. tlng sye?????
a’smulaikum tq saya dah bjaya cipta blog sndri. macam mana kita nak tau ada org baca blog kita n macam mana nak ajak org baca blog kita
W,akum salam buat maisarah ,senang je rajin baca blog orang ,jadi follow mereka dan buat link blog mereka
Saya jadikan soal jawap di sini sebagai info, tapi sayang ada dua tiga saalan yang tuan tanah terlepas pandang. Kami newbie yang remeh pada anggapan tuan tapi besar infonya pada kami. Anyway atas kerjasama didahului terima kasih
salam..adik …tolong mcm mana nak letakkan program…power point atau excel dalam blogspot……….pertolongan dan keprihatinan adik amat diperlukan dan didahului dgn ucapan terima kasih
kawan baru
salam bro macamana nak buat blog ambo hilang layout add a page element
saya tak tau nak tambah item dalam blog saya… boleh ajar x?
nice info bro… aku ambil artikel ko masuk blog aku… tapi aku bgtau ini info dari ko… tq
hola…
saya mmg x pandai benda2 ni sume,tp dh berjaya create 1 blog sendiri.nak tyelah,nape kwn2 x dpt search blog sy eh?sy ada buat silap kt mn2 ke?tlg ajar…
tq.
Assaalam.. saya nak buat link pd blog tp saya tak tau cara.. Sila beri tunjuk ajar