SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Buat Blog Percuma Dengan Blogspot

25 April, 2008 (00:10) | Buat Blog | Oleh: MK

Pada entri yang lepas, anda telah mengetahui tentang apa itu blog serta kelebihannya. Kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat blog menggunakan Blogger (juga dikenali sebagai Blogspot). Artikel ini bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan komputer dan blog. Tak nak cakap banyak, jom teruskan!

Daftar di Blogspot

Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.

Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:

  1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)

Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:

Pendaftaran Blogger

Mulakan Menulis!

Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.

Blogger

Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.

Blogger

Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?

Blogger
(klik imej untuk besarkan)

Ubahsuai Rupa Blog Anda

Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”

Blogger

Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.

Blogger

Contoh sidebar yang dihasilkan:

bloggero-06

Ok, Sampai di Sini Dulu

Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda. InsyaAllah jika saya ada tips menarik untuk Blogspot, saya akan kongsikan bersama ^^

Popularity: 48% [?]

Entri berkaitan

RSS feed | Trackback URI

12 Comments »

Comment by nagahensem
2008-04-25 00:45:17

Haa.. bagus2, bole le aku try kejap lagi kalo rajin.. MK, sok ko ajar lak guna wordpress (tarok kat entri).. ajar aku kat kelas (special tutorial).. lepas 2 makan tghari jgn lupa ajak aku (aku lapar nasi dm)… hehehe..

Comment by Muhammad Khairul
2008-04-25 17:26:18

@nagahensem: lalu aku kirakan engkau ini adalah sang rajawali.. mungkinkah..

 
 
Comment by wan
2008-04-25 09:03:35

ermmm ok gak ni..
tpi bahagian nak register tak susah sgt…
buat lar tuto pasal nak tambah fungsi e..

ok trima kasih ..

Comment by Muhammad Khairul
2008-04-25 17:28:11

@wan: um, nanti aku wat tutorial pasal add-on kat sidebar lak okeh..

 
 
Comment by Affuan
2008-04-25 09:39:13

kalo rajin, boleh buat ebook dalam BM. mesti ramai tabik nanti. :)

Comment by Muhammad Khairul
2008-04-25 17:30:13

@affuan: waa.. nantila, bile dah free sket. memang dalam perancangan pun

 
 
2008-05-01 18:11:34

[...] Cara-cara nak buat blog percuma dengan Blogspot [...]

 
Comment by blogmenjerit
2008-05-04 22:07:47

ada lagi tak tutorial mengenai blogger? beshnya…. kita xpandai la nak daftar, kuikui….

blogmenjerits last blog post..Denim Theme Switching Template

 
Comment by dekan
2008-05-08 02:06:25

blog menjerit ngader la tuh.. haha

 
2008-05-13 11:10:26

[...] Buat blog percuma dengan Blogspot [...]

 
Comment by mancai
2008-06-06 10:33:50

thank fren….dapat gak membantu bagi yang tak pandai lagi tu….

mancais last blog post..lalalaaa..i’ve been tagged!

 
2008-07-10 23:31:11

[...] untuk memiliki blog anda sendiri. Anda boleh membuat blog secara percuma di Wordpress.com ataupun Blogspot. Namun jika anda betul-betul serius dengan blog anda, anda patut dapatkan domain anda sendiri. Dan, [...]

 
Nama (diperlukan)
Emel (diperlukan - tidak akan disiarkan)
URI
Dapatkan maklumbalas komen melalui emel
Komen anda (smaller size | larger size)
Anda boleh gunakan <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> dalam komen anda.

Jika anda kali pertama komen, komen anda akan dilihat terlebih dahulu, sebelum disiarkan.