Buat Blog Percuma Dengan WordPress.com

Pada entri yang lalu saya telah menerangkan tentang:

Sebagai sambungan kepada siri membuat blog di SembangKomputer.com, kali ini saya akan memberikan sebuah tutorial ringkas tentang cara-cara membuat blog percuma di WordPress.com

Daftar di WordPress.com

  • Terlebih dahulu, anda haruslah mendaftar di WordPress.com. Pergi ke laman WordPress.com dan klik pada butang “Sign Up Now!”
  • Pendaftaran di WordPress.com adalah sangat mudah. Isikan borang yang diberi dan klik Next setelah selesai. 
    daftar WordPress.com
  • Kini, buka emel anda untuk mengaktifkan akaun WordPress.com tersebut
    daftar WordPress.com
  • WordPress.com akan memaparkan mesej yang menyatakan pendaftaran anda telah berjaya. Kini anda sudah boleh login ke dalam blog anda.
    daftar WordPress.com 

Mulakan Menulis!

  • Setelah anda login, WordPress.com akan memaparkan blog-blog yang anda miliki. Klik mana-mana blog untuk mula menulis.
    Wordpress.con
  • Untuk menulis entri baru, klik pada Write > Post
    Wordpress.com
  • Jika anda ingin sertakan gambar dalam entri tersebut, klik pada butang “Insert image” atau “Add an image”
    Wordpress.com
  • Setelah siap menulis entri anda, klik pada butang Save supaya ia akan dipaparkan pada blog anda.
    Wordpress.com
  • Contoh blog yang dihasilkan:
    Wordpress.com

Buat Page Dalam Blog Anda

  • Berbeza dari entri biasa, Page adalah bahagian khas dalam blog anda. Page akan setiasa kelihatan pada muka hadapan blog, suapaya senang pembaca nak klik. Contohnya page adalah bahagian “Tentang Saya” yang boleh anda isi dengan profil diri anda.
    wordpress-18
  • Untuk membuat satu page baru, pilih Write > Page
    Wordpress.com

Tukar Tema Blog Anda

  • Untuk menukar tema bagi blog anda, pilih Design > Themes. 
    Wordpress.com
  • Di sini anda boleh pilih dari mana-mana tema yang disediakan. Klik pada tema yang anda mahu.
    wordpress-10
  • Pastikan anda klik pada “Activate” bagi mengaktifkan tema baru tersebut.
    Wordpress.com

Ubahsuai Sidebar Anda Dengan Widgets

  • Untuk mengubahsuai sidebar pada blog anda, pilih Design > Widgets.
  • Klik pada Add untuk menambah mana-mana Widgets dan klik Edit untuk mengubahsuai Widgets tersebut. Setelah selesai, klik pada butang “Save Changes”
    Wordpress.com
  • Contoh sidebar yang dihasilkan:
    Wordpress.com

Ok, itulah dia tutorial ringkas mengenai cara penggunaan WordPress.com. Saya harap tutorial ini dapat membantu sesiapa yang baru nak cuba-cuba menulis blog ini. Nantikan pula tutorial membuat blog di WordPress.org menggunakan hosting dan domain sendiri ya ^^

86 thoughts on “Buat Blog Percuma Dengan WordPress.com

  1. apa beza wordpress dgn blogger? maksud anda,blog ini kalau dah setahun guna kekadang google padam? wordspress pula si google tak dapat padam?

    • Hi Mas, ini disebabkan oleh blogger hak milik sepenuhnya pihak google. Sekiranya blog yang anda bina menggunakan blogger didapati menyalahi etika, maka, blog anda akan ditutup oleh mereka tanpa notis. Harap membantu.

  2. Pingback: Jom Blogger » Blog Archive » Blog Percuma dan Blog Berbayar

  3. Apa beza wordpress.com & wordpress.org..?
    Bagaimana pula jika register menggunakan wordpress.com & setelah mendapatkan domain baru & memindahkannya ke hosting berbayar, adakah ianya tidak dibawah seliaan wordpress.com.?

  4. Wow. Saya dapati lamanweb ini mempunyai backlinks sebanyak 15,143 ke blog ini. Untuk page ini saja ada 16 backlinks.

    Ini berdasarkan kajian keyword bina blog rank ke 4.
    Kelebihan pertama adalah H1 tag dan Title adalah berkaitan dengan keyword carian saya. Walaupun pagerank 1.

    Nak tanya bagaimana dapat backlink yang banyak?

  5. saya berterima kasih setelah saya study kat blog ni saya berjaya dirikan blog dari wordpress.com . inilah cara saya belajar buat blog dari saudara . tgk dan terus buat.

  6. kalu wt blog guna wordpress percuma ni pastu nak edit nama url dan nak edit apa saja yg kita masukkan tu, leh di edit semula tak? kalu boleh mcm mana caranya??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">