Buat Blog Peribadi Dan Simpan Dalam Komputer Anda Sendiri, Tak Perlu Siarkan Di Internet

Pernahkah anda terfikir ingin memiliki blog peribadi? Maksud saya, blog yang disimpan di dalam komputer anda, dan boleh edit secara offline. Blog ini tidak akan tersiar di Internet, kerana ianya adalah milik anda seorang sahaja.

Antara dua kegunaan blog peribadi ini:

  • Sebagai diari atau jurnal. Fungsinya sama seperti diari yang anda tulis dalam Microsoft Word. Cuma dalam blog WordPress, ianya lebih cantik. Dan anda mudah untuk menyusun entri-entri anda mengikut kategori-kategori yang tertentu.
  • Pandu uji WordPress. Jadikan blog peribadi ini sebagai tempat untuk menguji plugin dan theme. Dengan ini, anda boleh membuat pelbagai pengubahsuaian terhadap WordPress tanpa perlu risau ia akan merosakkan blog anda.

Cara nak buat blog WordPress peribadi ini mudah sahaja. Anda hanya perlu install server dan WordPress di dalam komputer anda. Ops, bunyi macam susah je. Ok, ada satu cara yang lebih mudah. Kita akan menggunakan WOS Portable. Ikuti langkah-langkah di bawah:

Download WOS Portable

  • Download WOS Portable dari CH Software. Klik pada butang “No thanks, take me to the download>>
  • Klik pada pilihan “I do not have a WOS Portable II Package and want to obtain a new package” dan klik butang Go.
  • Di sini, anda harus memilih komponen-komponen yang akan disertakan. Pada bahagian Server software, pastikan anda memilih satu Apache2, MySQL, dan PHP. Contoh seperti di bawah:
  • WOS Portable
  • Setelah siap memilih. Klik download now.

Install WOS Portable

  • Extract fail wosportable.zip tadi.
  • Double-click pada fail wos.exe
  • Klik pada Install untuk mulakan pemasangan WordPress.
  • WOS Portable

Mulakan WordPress Anda

  • Kini, anda sudah boleh layari blog peribadi anda dengan menaip http://localhost/wordpress/ pada Web Browser
  • Ingat, username untuk WordPress anda adalah admin, manakala kata laluannya adalah password.
  • Jika anda ingin menghentikan blog ini buat seketika, klik pada butang End pada WOS Portable. Jangan bimbang kerana semua data-data dan entri-entri anda telah tersimpan.
  • WOS Potable
  • Apabila anda ingin membuka kembali blog tersebut, hanya double-click pada wos.exe

Ok, segalanya sudah siap. Kini anda boleh berseronok dengan blog peribadi anda! Terima kasih WordPress dan WOS ^^

50 thoughts on “Buat Blog Peribadi Dan Simpan Dalam Komputer Anda Sendiri, Tak Perlu Siarkan Di Internet

    • azwanhadzree »
      blogger syok sendiri.. camne tu
      agaknye dia komen kat blog sendirik, pastu reply balik sendirik kot :p

  1. nak tanya cam mana nak letak gambar ek kat dalam post kita tu…slalu kan kalu kat dalamblog boleh je letakgambar…aku lemah sikit guna wordpress ni….

  2. Salam ziarah. Dapatkan teknik wordpress secara percuma terus dari kepada anda. Sekadar membantu newbie dalam perniagaan internet. Sekali lagi, salam perkenalan untuk anda. Layari smartsufi.com untuk perkongsian ilmu. Biar sedikit tetapi berkualiti… :)

    smartSUFI’s last blog post..7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat

  3. Pingback: Entri Pilihan Bulanan - Mac 2008 | SembangKomputer.Com

  4. Pingback: Computer Talk | [one] blog, world, life. Live It!

  5. Pingback: » Blog Archive » Its not over, yet!

  6. khairul, aplikasi tu xleh diuploadkan?
    kan bagus kalau apa yang kita buat secara offline boleh diupload.tup2, siap..dah leh publish kat internet and orang lain bleh tgk.

  7. aha..bru jea tpikir smlam,ari nh dh dpat solution.byak gak bc blog org y post diari,,,tp xbez ar coz org len bley bc.biase nye diari secret kn.nway…thnx

  8. tumpang tanya sket..klw komputer kita nak kena format..bleh backup ke data2 yg kita taip..camne ek?tq 4 info.

    • @wan: boleh, cara yang palin senang awak letak data2 awak tu dalam parition D. takpun, awak burn je data2 tu dalam satu CD..

  9. nak tanya sket.kita tak biasa buat blog. kalau kita guna cara ni, adakah kita kene ada internet gak if nak tambah catatan harian kita dalam blog ni ? atau kita blh slot in catatan kita macam kita guna word gakz ?

  10. assalamualaikum saya nak tanya ,boleh ke WOS Portable buat blog berbagai,contoh saya nak buat untuk adik saya sekadar sesuka tapi adik saya ada 2 orang sebab saya tak nak mereka terjebak ke gejala tak elok dalam internet …. kalo boleh sila bagi panduan…..hehehe(jiwang lak ayat aku ,apa-apahal email aku kalo boleh) harap membantu

    Entri terkini semak: Panduan Mengoptimalkan BIOS

    • @semak: maksud awak, awak nak buat dua blog ke? boleh je, buat je la folder wordpress lain bagi setiap blog-blog tu..

    • @Ainsya: awak letak la folder wosportable tu kat D: ke, nanti tak hilang la kalau format. pasal password tu, memang boleh ubah-ubah mcam biasa

  11. erm..
    sy dh install portable tu..
    tp problemnyer, bila dh siap install sumer,
    dan nak bukk localhost tu..keluar msg “apache is not running”
    ape silap sy ek ?

    • @Ainsya:

      awak pasti tak waktu awak install tu, ada pakej Apache?
      kalau pasti ada, dan memang dah install, saya rasa sebab Windows awak ni ada install Microsoft IIS Server.

      Kalau nak uninstall Microsoft IIS Server, pergi kepada Add/Remove Program > Add/Remove Windows Component, dan buang Internet Information Service (IIS)

  12. …amat bermanfaat dan berfaedah dalam mendalami ilmu komputer buat diri saya ini yang daif. Harap Khairul terus kan usaha dalam tulisan di blog ini…..

  13. nak tanya…
    berapa lama kena tunggu nak download software ni?
    dari semalam saya cuba tak dapat-dapat sampai skunk ni…

  14. btol k mnjadi nie?? sy mmg suke tulis diari ni…klu ad bnda cm gni bes r..tp..nak wat mcm mn?? lpas install, mmg automatik dapt trus blogging ek??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">