Buat Blog Peribadi Dan Simpan Dalam Komputer Anda Sendiri, Tak Perlu Siarkan Di Internet
Pernahkah anda terfikir ingin memiliki blog peribadi? Maksud saya, blog yang disimpan di dalam komputer anda, dan boleh edit secara offline. Blog ini tidak akan tersiar di Internet, kerana ianya adalah milik anda seorang sahaja.
Antara dua kegunaan blog peribadi ini:
- Sebagai diari atau jurnal. Fungsinya sama seperti diari yang anda tulis dalam Microsoft Word. Cuma dalam blog Wordpress, ianya lebih cantik. Dan anda mudah untuk menyusun entri-entri anda mengikut kategori-kategori yang tertentu.
- Pandu uji Wordpress. Jadikan blog peribadi ini sebagai tempat untuk menguji plugin dan theme. Dengan ini, anda boleh membuat pelbagai pengubahsuaian terhadap Wordpress tanpa perlu risau ia akan merosakkan blog anda.
Cara nak buat blog Wordpress peribadi ini mudah sahaja. Anda hanya perlu install server dan Wordpress di dalam komputer anda. Ops, bunyi macam susah je. Ok, ada satu cara yang lebih mudah. Kita akan menggunakan WOS Portable. Ikuti langkah-langkah di bawah:
Download WOS Portable
- Download WOS Portable dari CH Software. Klik pada butang “No thanks, take me to the download>>“
- Klik pada pilihan “I do not have a WOS Portable II Package and want to obtain a new package” dan klik butang Go.
- Di sini, anda harus memilih komponen-komponen yang akan disertakan. Pada bahagian Server software, pastikan anda memilih satu Apache2, MySQL, dan PHP. Contoh seperti di bawah:

- Setelah siap memilih. Klik download now.
Install WOS Portable
- Extract fail wosportable.zip tadi.
- Double-click pada fail wos.exe
- Klik pada Install untuk mulakan pemasangan Wordpress.

Mulakan Wordpress Anda
- Kini, anda sudah boleh layari blog peribadi anda dengan menaip http://localhost/wordpress/ pada Web Browser
- Ingat, username untuk Wordpress anda adalah admin, manakala kata laluannya adalah password.
- Jika anda ingin menghentikan blog ini buat seketika, klik pada butang End pada WOS Portable. Jangan bimbang kerana semua data-data dan entri-entri anda telah tersimpan.

- Apabila anda ingin membuka kembali blog tersebut, hanya double-click pada wos.exe
Ok, segalanya sudah siap. Kini anda boleh berseronok dengan blog peribadi anda! Terima kasih Wordpress dan WOS ^^
Popularity: 28% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari kita
Masa: March 3, 2008 pada 5:46 pm
wahhh…satu aplikasi yang menarik niiiii
kita’s last blog post..Plugin Anti Spam Pada Blog Yang Menggunakan Worpdress?
Komen dari Aisyah
Masa: March 3, 2008 pada 6:31 pm
this is genius.
Aisyah’s last blog post..So What?
Komen dari azwanhadzree
Masa: March 3, 2008 pada 9:35 pm
kalau buat macam ni, baru kena betul dengan nama ‘blogger syok sendiri’ :)
azwanhadzree’s last blog post..Lets Do Threesome
Komen dari KNizam
Masa: March 3, 2008 pada 11:22 pm
heheheh gud idea :)
KNizam’s last blog post..Google Doodle Edition About Alexander Graham Bell Eh ?
Komen dari Azhar Ahmad
Masa: March 4, 2008 pada 12:03 am
Huhuhu, perlu disyorkan pada seaipa sahaja yang gegatal nak letak password kat blog mereka.. hahahah
Azhar Ahmad’s last blog post..Kabur, Kabut, dan Kabus
March 4th, 2008 at 2:19 am
gatai letak password..mcm pernah tgk je org letak passwed tu..hint please :D
syamsulariff.com’s last blog post..Orang kata saya kera sumbang
Komen dari iziana
Masa: March 4, 2008 pada 1:50 am
heeeee
mcm mnarik je~
buleh try ni
thanks~
iziana’s last blog post..Langit Tak Selalu Cerah
Komen dari hehe^^
Masa: March 7, 2008 pada 1:35 pm
blogger ni sesuai utk LAN nye network..xsemestinya syok sendiri.. hoho..
March 7th, 2008 at 1:41 pm
hehe^^ »
yup2.. kalau kat LAN, bley kongsi lebih dari satu PC..
Komen dari feera
Masa: March 18, 2008 pada 9:49 pm
nak tanya cam mana nak letak gambar ek kat dalam post kita tu…slalu kan kalu kat dalamblog boleh je letakgambar…aku lemah sikit guna wordpress ni….
March 18th, 2008 at 10:41 pm
feera »
um, awak perasan tak butang upload bila awak nak tulis post baru tu?
kat situ la nak letak gambar.. ^^
Komen dari smartSUFI
Masa: March 24, 2008 pada 11:09 pm
Salam ziarah. Dapatkan teknik wordpress secara percuma terus dari kepada anda. Sekadar membantu newbie dalam perniagaan internet. Sekali lagi, salam perkenalan untuk anda. Layari smartsufi.com untuk perkongsian ilmu. Biar sedikit tetapi berkualiti… :)
smartSUFI’s last blog post..7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat
Pingback dari Entri Pilihan Bulanan - Mac 2008 | SembangKomputer.Com
Masa: April 1, 2008 pada 8:08 pm
[...] Blog Peribadi Dan Simpan Dalam Komputer Anda Sendiri, Tak Perlu Siarkan Di [...]
Pingback dari Computer Talk | [one] blog, world, life. Live It!
Masa: April 10, 2008 pada 7:31 am
[...] find his post on Setting Up WordPress on Your PC very interesting. With the release of WordPress 2.5, I am sure there is a few of you who feel that [...]
Pingback dari » Blog Archive » Its not over, yet!
Masa: April 27, 2008 pada 9:08 pm
[...] it.. I’m still new in this kind of thing, thanzk to khairul, he gave me an advice to make a personal blog to play [...]
Komen dari syarif
Masa: May 1, 2008 pada 2:49 pm
khairul, aplikasi tu xleh diuploadkan?
kan bagus kalau apa yang kita buat secara offline boleh diupload.tup2, siap..dah leh publish kat internet and orang lain bleh tgk.
May 1st, 2008 at 11:19 pm
@syarif: kalau nak upload pada domain sendiri, upload kan folder wordpress tu saje. tapi mungkin connection dengan database (mySQL) kena buat secara manual.
Komen dari Kenn
Masa: May 7, 2008 pada 12:35 pm
Rasanya nak cuba dulu ni,sebelum buat blog sendiri online..
Komen dari nite rider
Masa: May 14, 2008 pada 8:35 pm
camna nak download video melalui youtube ?
August 16th, 2008 at 12:11 am
cuba youtubedownloader
Komen dari syed amir syed zakrullah
Masa: July 15, 2008 pada 3:23 pm
thankz 4 information.
Komen dari ieyka
Masa: July 18, 2008 pada 1:58 am
aha..bru jea tpikir smlam,ari nh dh dpat solution.byak gak bc blog org y post diari,,,tp xbez ar coz org len bley bc.biase nye diari secret kn.nway…thnx
Komen dari wan
Masa: July 19, 2008 pada 12:21 am
tumpang tanya sket..klw komputer kita nak kena format..bleh backup ke data2 yg kita taip..camne ek?tq 4 info.
July 19th, 2008 at 1:59 pm
@wan: boleh, cara yang palin senang awak letak data2 awak tu dalam parition D. takpun, awak burn je data2 tu dalam satu CD..
Komen dari pu3 daddy
Masa: July 24, 2008 pada 5:56 pm
nak tanya sket.kita tak biasa buat blog. kalau kita guna cara ni, adakah kita kene ada internet gak if nak tambah catatan harian kita dalam blog ni ? atau kita blh slot in catatan kita macam kita guna word gakz ?
July 24th, 2008 at 11:00 pm
@pu3 daddy: kalau guna cara ni, tak perlukan sambungan internet untuk tambah catatan harian
Komen dari semak
Masa: August 14, 2008 pada 11:43 am
assalamualaikum saya nak tanya ,boleh ke WOS Portable buat blog berbagai,contoh saya nak buat untuk adik saya sekadar sesuka tapi adik saya ada 2 orang sebab saya tak nak mereka terjebak ke gejala tak elok dalam internet …. kalo boleh sila bagi panduan…..hehehe(jiwang lak ayat aku ,apa-apahal email aku kalo boleh) harap membantu
Entri terkini semak: Panduan Mengoptimalkan BIOS
August 14th, 2008 at 8:27 pm
@semak: maksud awak, awak nak buat dua blog ke? boleh je, buat je la folder wordpress lain bagi setiap blog-blog tu..
Komen dari Ainsya
Masa: August 15, 2008 pada 9:18 am
Nak tanyer, kalo laptop kena virus or kena format, Maka hilanglah blog tu ek ? Lagi satu, blh kan ubah2 password tu ?
Entri terkini Ainsya: Heart Bookmark
August 15th, 2008 at 2:44 pm
@Ainsya: awak letak la folder wosportable tu kat D: ke, nanti tak hilang la kalau format. pasal password tu, memang boleh ubah-ubah mcam biasa
Komen dari semak
Masa: August 16, 2008 pada 8:35 pm
sayatak paham la leh buat kan tutur dia cara nak buat banyak blog ,theme sebab saya hanya paham blogspot
Entri terkini semak: Panduan Mengoptimalkan BIOS
August 19th, 2008 at 8:54 am
@semak: hm.. ada masa nanti saya akan terangkan lebih lanjut ye
Komen dari Ainsya
Masa: August 19, 2008 pada 10:27 am
erm..
sy dh install portable tu..
tp problemnyer, bila dh siap install sumer,
dan nak bukk localhost tu..keluar msg “apache is not running”
ape silap sy ek ?
August 19th, 2008 at 1:27 pm
@Ainsya:
awak pasti tak waktu awak install tu, ada pakej Apache?
kalau pasti ada, dan memang dah install, saya rasa sebab Windows awak ni ada install Microsoft IIS Server.
Kalau nak uninstall Microsoft IIS Server, pergi kepada Add/Remove Program > Add/Remove Windows Component, dan buang Internet Information Service (IIS)
Komen dari pu3 daddy
Masa: August 27, 2008 pada 4:50 pm
bagusnya… byk dah dlm kotak fikiran ni nak taip.. hehe
March 3rd, 2008 at 9:49 pm
azwanhadzree »
blogger syok sendiri.. camne tu
agaknye dia komen kat blog sendirik, pastu reply balik sendirik kot :p