Kebanyakan hard disk yang dijual sekarang adalah bersaiz besar, paling kurang pun 160GB. Bila anda dah pasang hard disk ni ke dalam komputer, seelok-eloknya bahagi-bahagikanlah ia kepada beberapa partition. Partition ni apa ye? Kalau anda tengok dalam My Computer ada C:, D:, E: dan sebagainya, itulah partition.

Jika dalam hard disk anda masih ada ruang kosong, anda boleh buat partition baru dengan mudah tanpa menggunakan sebarang software tambahan. Hanya perlu menggunakan Computer Management yang sudah sedia ada dalam Windows. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Right-click pada My Computer dan pilih Manage. Computer Management akan dibuka.
  2. Pada bahagian sebelah kiri, pilih Disk Management.
  3. Pada bahagian sebelah kanan, right-click pada partition yang kosong (Unallocated) dan pilih New Partition.
    new-partition-02
  4. Klik Next pada paparan “Welcome to the New Partition Wizard”.
  5. Primary partition atau Extended partition? Jika anda tak pasti nak pilih yang mana, terus klik Next.
    new-partition-03
  6. Tetapkan saiz partition anda dalam MB. Sebagai contoh, saya memasukkan angka 40000 yang bersamaan dengan 40 GB. Klik Next.
    new-partition-04
  7. Biarkan pilihan seperti biasa (Assign the following drive letter) dan klik Next.
    new-partition-05
  8. Biarkan pilihan seperti biasa (Format this partition with following settings) dan klik Next.
    new-partition-06
  9. Klik Finish dan proses format partition akan bermula.
    new-partition-07

Tunggu sehingga proses format berakhir dan anda sudah boleh mula menggunakan partition baru tersebut.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

53 Responses


  1. hanifisme on 30 Aug 2008

    nak tambah cikit ye… yg akhir tu klik pada PERFORM A QUICK FORMAT.. kalau x lambat nak tunggu.. hehhe. tutorial yg bagus ! ;)

  2. mahsyar90 on 30 Aug 2008

    bila buat partition baru,fail lain yang sedia ada dalam komputer tu terjejas tak?
    thanks ye bro :D aku memang nak cari menda nih..sebelum ni try guna partition magic tapi tak compatible dengan vista yang aku pakai ni..so aku pasrah jela..haha

    • MK on 31 Aug 2008

      @mahsyar90: partition yang sedia ada tu tak terjejas pun.
      um, kalau tak silap fungsi partition yang ada dalam Windows Vista lagi mudah berbanding Windows XP

  3. Mohd Hafifi on 30 Aug 2008

    ade kawan beli hard disk tak buat ni..bila masuk je, berserabut dalam tu..kena gtau dia ni…

  4. pening on 30 Aug 2008

    Since you cannot re size the partition with this tool, and usually a brand new PC would come with a fully utilized hard disk, IMHO, you could use some other free alternatives (less user friendly).

    Entri terkini pening: Custom Excel Dates

  5. aBu Q on 30 Aug 2008

    Kalau flash drive macam USB stick, elok buat partition ke tak payah? Flash drive sekarang ni pun dah besar-besar saiznya.

    Terima kasihi.

  6. mahsyar90 on 30 Aug 2008

    nak tanya sikit fail dalam hard disk tu akan terjejas atau tak kalau buat partition baru?sebelum ni aku pakai partition magic tapi tak compatible pulak dengan si vista nih..nyesal betul pakai vista

  7. shandye on 30 Aug 2008

    assalamualaikum…
    di kala remang2 ramadhan mulai kelihatan…
    aku sebagai salah seorang hamba Allah yang sering sahaja datang menyinggah di blogmu ingin menyusun sepuluh jari kemaafan jikanya ada terbit khilaf dari tutur kataku, peri lakuku, mahupun apa jua yang terlintas…
    sama-samalah kita jayakan ramadhan ini…
    amin…

    Entri terkini shandye: how to be a mean girl…

    • MK on 31 Aug 2008

      @shandye:
      w’salam..
      MK pun sama, susun sepuluh jari anda ada tersilap kata. moga kita diberkati Ramadhan ni..

  8. asalamualaikum on 31 Aug 2008

    uat partition ni nenek ak pn reti

    • MK on 31 Aug 2008

      @asalamualaikum: waow, nenek ko memang moden. respek siott

  9. aeropama dot com on 31 Aug 2008

    salam MIk,

    aku ada pertanyaan. kalau aku nak wat partition pada drive yg dah sedia ada fail didalamnya bagaimana pula? tak hilang ke file2 aku tu?

    • MK on 01 Sep 2008

      @aeropama dot com: cara yang aku tunjuk kat sini cuma sesuai kalau Hard Disk ko masih ada partition kosong. kalau takde, tak buleh ar sebab dia akan kacau partition yang ada fail..

      kalau hard disk ko takde partition kosong, boleh kecikkan partition sedia ada dan buat partition baru. tapi kena guna software lain la. akan kutunujukkan dalam episod akan datanng.. tunggu! ^^

  10. Fahmi on 01 Sep 2008

    wat aeropama, fail dlm tak hilang. bila wat partition maknya ko buat bahagian dlm hard disk. lainlah ko padam partition yg sedia ada pastu ko wat partition baru.

  11. amir on 01 Sep 2008

    ok kalu kte nk transfer file dri hardisk yg lme pda hardisk yg bru.. nk wat camne ye?

    boleh ke kte pkai 2 hardisk serentak?

    Entri terkini amir: Nostalgia Ramadhan

    • MK on 02 Sep 2008

      @amir:
      boleh je nak pakai dua hard disk serentak.
      bila dah masuk windows, transfer je fail dari hard disk lama ke hard disk baru, copy macam biasa

      nak lagi cepat guna la software cloning macam Ghost atau Ping

  12. Fahmi on 01 Sep 2008

    boleh…ko pakai hd punya vendor software yg selalu org wat zero zero format. aku pakai seagate jadi ada seatool. boot seatool pastu ada kat situ nak copy partition ke hd baru.

    lagi satu ko pasang dua2 hard disk serentak (baru dan lama) pastikan satu tu pin dia diletakkan pada master dan satu lagi pada slave (kalau ko guna hd pata). dah tu loading windows atau linux.

    akhir cite salin sume fail kat hd lama pindah ke hd baru. hrp membantu.

    Entri terkini Fahmi: Lenovo Cuba Menutup Mulut Pelanggan Yang Memulangkan Windows

  13. assalaualaikum on 01 Sep 2008

    pata? pata ke sata??

    • MK on 02 Sep 2008

      dua-dua pun boleh

  14. assalaualaikum on 02 Sep 2008

    ohh, baru ku tau…

  15. WaidaKmy on 02 Sep 2008

    bagus la MK buat ini..ada orang pernah bertanya pada saya..lepas ni link ke sini je senang.. :)

    saya nak tulis tentang ini..hanya boleh tulis saja lah..tak ada gambar..(tak ada external harddisk yang nak dibuat guinea pig) :P

    Entri terkini WaidaKmy: Update WK

    • MK on 03 Sep 2008

      @WaidaKmy: saya guna VirtualBox je.. ^^

  16. takotvirus on 15 Sep 2008

    3-Pada bahagian sebelah kanan, right-click pada partition yang kosong (Unallocated) dan pilih New Partition.
    -yg ni nk klik kt mne?hehe.

    • MK on 16 Sep 2008

      @takotvirus: kat hard disk awak ada partition yang bertulis Unallocated tak? kalau ada, klik kat situ

  17. takotvirus on 16 Sep 2008

    xde tulis pun.so,xle wat la ea?

    • MK on 16 Sep 2008

      @takotvirus: um, kalau takde Unallocated, takleh wat la. kalau nak wat gak, kena guna software yang khas, macam GParted

  18. takotvirus on 16 Sep 2008

    xde tulis tp hard disk sy ade 50gb lg yg kosong

    • MK on 16 Sep 2008

      @takotvirus: dalam partition apa yang 50gb kosong tu?

  19. takotvirus on 16 Sep 2008

    kt c.ayokkk,xleh wat ek.xpe la

    • MK on 16 Sep 2008

      @takotvirus: o, dalam C. kalau cam tu, memang kena guna gParted la

    • Hehehe on 23 Nov 2009

      @takotvirus, resize je partition c tu..jadi la 2 partition..hehe

  20. pokli on 26 Oct 2008

    assalamualaikum mk
    tanya sikit.aku baru beli dsktop pc baru…satu set..tapi semua kosong…cd driver utk moter board ada..driver dvd ada..driver graphic card…
    hardisk baru…takde pape..
    ok..aku nak buat sendiri dari mula samapi aku boelh pakai pc nih..
    pc aku .. processor intel core 2 duo 2.53ghz, 2G ddr2, graphic ATI redeon 1G,
    aku nak pakai XP pro.
    tolong ajar..kalu rasa panjang sgt..emel je file tu kat aku…
    PC aku kira power tak agi ni…. brand takde, monitor HDTV 22″.
    mahal tak kalu aku beli rm2230?

    • MK on 27 Oct 2008

      @pokli: cara-cara nak format Windows ada kat sini

  21. budak baru belajar on 18 Feb 2009

    Tumpang tanya pada yg arif..
    PC jenis compaq tahun 2000,pentium 3
    soalannya:- sya cuba nak format window baru coz kena worm brontox but pa yg jadi tiap kali start mesti dia bagi pilihan nak buka window yg berlainan(sekrg ni ada 3 window utk hard disk 10GB)bingung kepala ni..
    pa mcm nak buang window yg tak berkenaan tu????
    tolong akuuuuuuuuuuuu…

  22. budakbaru on 30 Mar 2009

    Bagus betul penerangan ni..nak tanya skit bro..kat pc aku ni partition e = 100GB baru pakai sikit je..aku nak wat partition baru tapi dalam disk management takder r unallocated 2…cmmner nak dividekan partition e supaya dapat buat partition baru?

    • MK on 30 Mar 2009

      @budakbaru pakai Vista ke XP? Kalau Vista, boleh terus buat kat disk management, pilih shrink partition. Kalau pakai XP, kena guna software lain contohnya GParted untuk kecikkan partition sedia ada, dan buat partition baru.

  23. roy on 28 Sep 2009

    klau sdah wat partition pd hrd disk 2,bleh ke “menyatukannya kembali”..mksud sy dr 2 atau lbih partition kmbali semula jd 1…

  24. lmie88 on 18 Nov 2009

    salam..
    sy nk tny ckit..
    sy da create shrink 2,tp mslh nya space unlacctd dia bg xsmpi 1G pn..
    create from C

  25. miss_ein on 01 Dec 2009

    aku letak 60mb untuk resize hdd..tp np xjd 60mb.. mcm mn nk settel??

  26. miss_ein on 01 Dec 2009

    aku pakai win 7

  27. miss_ein on 01 Dec 2009

    aku pkai win7..aku try resize hdd ke 60mn..bler dh buat, hdd aku xjd 60mb..dye kurang..kre cm ada file la.tp kosong..cm mn nk wt ek?/

  28. Yus on 06 Dec 2009

    Assalamualaikum,saya k tny ckit.saya pakai vista.saya nk buat partition drpd drive c.bila saya nk shrink kn drive tu,space yg blh di shrink kn cuma 1 GB je,tp free space kt drive c saya ada 160 GB lg.camane ek?nk kn guna software ke?download kt mane ek?

    • MK on 11 Dec 2009

      @Yus: Kalau nak shrink partition lebih daripada tu, awak kena guna software khas, contohnya gParted.

    • PcHotZone on 06 Feb 2010

      try gune easeus partition manager

  29. hafez on 28 Dec 2009

    macam mne kalau dlm partition yg nk di bahagikan tu ada data?
    hilang @tak data?

    • PcHotZone on 06 Feb 2010

      hilang kalo tak backup, kalo nak split partition, better gune easeus partition manager

  30. sakura on 28 Dec 2009

    kalo nat buat partition dekat external HDD macam mana…dekat windows boleh tapi dekat external tak menjadi lar…please….

  31. prof viruzz on 05 Feb 2010

    @hafez: data 2 xkn hilang…

    • PcHotZone on 06 Feb 2010

      Data2 akan hilang alo format, so backup dulu

  32. amieng76a on 12 Mar 2010

    bagaimana pula cara nak buat partition floppy A (disket) kat pend drive


Leave your comment