Subdomain adalah bahagian-bahagian kecil daripada sebuah domain. Sebagai contoh, “forum.sembangkomputer.com” dan “blog.sembangkomputer.com” adalah sebahagian daripada domain “sembangkomputer.com”.

Bergantung kepada pakej yang disediakan oleh penyedia domain, anda boleh membuat beberapa subdomain di bawah domain anda. Anda boleh gunakan subdomain ini untuk menempatkan blog WordPress, forum, atau apa sahaja yang anda mahu.

Dalam artikel pada kali ini, saya akan menerangkan bagaimana untuk membuat subdomain dengan menggunakan cPanel. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Buka cPanel anda (contohnya pada http://sembangkomputer.com/cpanel)
  2. Klik pada ikon Subdomains.
    buat subdomain
  3. Berikan alamat bagi subdomain anda. Dalam contoh di bawah, saya memilih blog sebagai nama subdomain. Jadi, alamat bagi subdomain tersebut akan ditetapkan kepada http://blog.sembangkomputer.com. Perhatikan bahawa folder blog akan dibuat secara automatik di dalam direktori public_html anda. Kemudian, klik pada butang Create.
    subdomain-02
  4. Mesejakan dipaparkan setelah subdomain berjaya dibuat.
    subdomain-03

Langkah Seterusnya

Seterusnya, anda sudah tentu mahu mengisi subdomain tersebut dengan WordPress, ZenCart, ataupun laman web buatan anda sendiri. Anda hanya perlu upload fail-fail yang berkaitan ke dalam folder yang baru dibuat sebentar tadi (contohnya public_html/blog). Untuk upload, anda boleh gunakan software FTP seperti FileZilla.

Selain menggunakan software FTP untuk upload secara manual, anda juga boleh menggunakan Fantastico untuk membolehkan pemasangan pelbagai skrip secara automatik. Antara skrip yang disokong oleh Fantastico adalah blog seperti WordPress, Content Management seperti Drupal, Joomla, dan Mambo; e-Bisnes seperti ZenCart, dan banyak lagi.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

42 Responses


  1. oDiN on 21 Jun 2009

    MK .. buat tutorial utk directadmin plak ..
    ko kan x byk keje :P

    • MK on 25 Jun 2009

      @oDiN: Bahagienye kalau betul aku tak banyak keje.. uhuhu…

  2. Bat on 21 Jun 2009

    Khairul, yang pakej DataOne tu, bukan subdomain, tapi addon domain. Subdomain ni selalunya unlimited.

    Apa pun, entri ni bagus untuk orang yang baru. =D

    • MK on 21 Jun 2009

      @Bat: O ye ke… addon domain tu macam mane lak nye Bat… huhu aku sendiri pun tak habis blaja lagi neh >_<

    • ejam on 28 Jun 2009

      sy cuma berkongsi apa yg sy tahu yer bukan ingin tunjuk pandai.

      apa yg sy tahu, addon domain merujuk kpd penambahan domain lain yg kita baru beli ke dalam hosting yg sama. Bila addon domain dilakukan maka akan terbentuk 1 lagi sub-folder dlm folder utama.

      Ok sebagai cth:
      MK beli hosting SK.com dgn kapasiti 300gb, ruangan besar. MK terasa nk belikan domain khas utk kekasih hatinya NUR. Maka MK beli domain NUR.com
      MK dh beli domain tapi dia tdk perlu buang duit beli hosting lagi kerana byk ruang lagi dlm SK.com
      Jadi MK addon domain NUR.com dlm hosting SK.com
      Bila addon berjaya, sub-folder NUR.oom akan wujud spt ini “public_html/nur”
      Sub-folder boleh ubah tak kisah apa nama pun janji akan ke domain NUR.com juga.

      bila dh ada subfolder tersebut, ada 2 cara boleh akses, iaitu “nur.SK.com” atau/dan juga “nur.com”

      NUR.com perlu juga diset nameserver sama spt SK.com baru boleh jadi.
      Bila ping NUR.com dan SK.com mesti dpt lihat ip yg sama, maka akan timbul skandal bahawa sah ler NUR tu kekasih MK…hehe

      *cth di atas hanya sekadar contoh shj, jgn terasa hati yer.

      • MK on 28 Jun 2009

        @ejam: Tema kasih atas penerangan tu, ejam :)

        Nanti saya akan masukkan sekali dalam entri seterusnya, ye.

        P/S: Tak terasa hati pun. Mana tau masin mulut dapat calon bini nama Nur.. haha

  3. kerol on 21 Jun 2009

    Saya pun nak tau secara lebih jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan domain, sub-domain, addon, extension. Setakat ni, saya belum jumpa mana2 artikel yang membuat perbandingan atau penerangan secara lebih khusus. Kalau ada harap sdr MK dapat bagi link kpd saya. Seperkara lagi, sejauh mana kepentingan domain kepada seseorang dalam internet. Harap dapat jelaskan dalam bentuk pro & kon. Terima kasih.

    • MK on 22 Jun 2009

      @kerol: Bat baru ajar pasal add-on domain tadi. Entri seterusnya saya akan buat pasal add-on domain lak :)

  4. kerol on 21 Jun 2009

    Sekadar bertanya. Apa pendapat sdr MK ttg penggunaan internet di kalangan masyarakat Malaysia. Adakah penggunaan internet secara menyeluruh di negara kita akan memberi impak yang baik kepada masyarakat kita. Minta sdr MK ulas sedikit. Terima kasih.

  5. TMUkmkd on 21 Jun 2009

    humm bila la nk ada hosting sendiri neh..

    payah tak nak jaga hosting?

    • MK on 22 Jun 2009

      @TMUkmkd: tah nye K, bila hang nak ada hosting sendiri.

      Tak susah mana pun nak jaga hosting. Kalau ada apa-apa masalah, kompeni penyedia hosting yang akan selesaikan.

  6. Kak Jie on 21 Jun 2009

    terimakasih kerana tutorial ni…mcm mana caranya kita nak pindahkan entri lama dari main blog ke suddomain?

    • MK on 22 Jun 2009

      @Kak Jie: sama2… buat ni pun khas untuk Kak Jie la. Hm, Kak Jie install dulu WordPress ke subdomain yang baru tu. Pastu export dari blog WordPress lama, dan import kat blog WordPress yang baru tu.

      • Kak Jie on 22 Jun 2009

        MK. nak tanya lagi..kalau kita nk msk kt filezilla tu..host , username dgn password tu sama ke dgn yg kita guna kat main blog kite…?

        • Kak Jie on 23 Jun 2009

          dah tahu dah KM..login filezilla..mmg ada subdomain tu

          ok..Thanks..nak xplorer kejap

  7. megat on 21 Jun 2009

    syabas atas entri ini. begitu berguna! seperti aku, mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu apa fungsi subdomain, addons dll.

    satu lagi, perterjemahan entri seperti ini haruslah mudah difahami oleh blogger baru.

    • MK on 22 Jun 2009

      @megat: Ikut pendapat ko, entri ni mudah difahami tak, Megat? Risau lak kalau penerangan aku terlalu teknikal.

  8. firdee on 22 Jun 2009

    MK, kalau nak guna subdomain kita di blogspot ginama settingnya ye?…kalo guna domain via.my tu saya tau la sbb khai ada ajar tapi kalau guna domain saya sendiri xtau le…gimana ya?

  9. Petrick on 22 Jun 2009

    apa beza blog.sembangkomputer.com
    dengan http://www.sembangkomputer.com/blog
    macam sama jer..
    kalau bukak dua2 keluar page yang sama ker.

    • Anarm on 25 Jun 2009

      blog.domain.com ialah subdomain di mana ia dikira sebagai web/blog yang baru, terpisah dr domain.com tu..

      domain.com/blog pula ialah subfolder dimana subfolder ni kononnya seperti page utk domain utama..

      • Petrick on 25 Jun 2009

        dah try buat mcm MK tulih..tapi bukak dua2 page sama je keluar..

  10. musi on 22 Jun 2009

    gimana nak buat link blog ke fail dokumen n gambar dalam C: TK

    • MK on 25 Jun 2009

      @musi: Awak kena upload dulu fail tu ke web server, baru boleh di link kan.

  11. musi on 22 Jun 2009

    gimana nak tukar warna b.ground n ubah fon, sebab bila saya tukar papan paparan blog dari 2 kolum ke 3 kolum ia tak leh. tk.

    View Profile: Mukhtar™

  12. alone on 25 Jun 2009

    selalu gak guna subdomain ni. selalunya untuk affiliate la. hehe.

  13. MAX on 25 Jun 2009

    dude, salam. i gave you an award. two, since you’re following my blog. drop by and take it. =) thanks.

    • MK on 25 Jun 2009

      @MAX: Thanks Kak Nani \^_^/

  14. arifin on 26 Jun 2009

    Salam berkenalan, web ini sangat baik sekali, penuh dengan informasi yang berguna, syabas kerana usaha dan maklumat sdr/

  15. Naim on 26 Jun 2009

    salam MK,tumpang tny. sy pny laptop lepas sy disable all die pny startup,skrg trus xblh pkai sbb desktop 2 jd kosong,xdpt tekan ape2.wallpaper je yg kuar.cmne ek?

  16. Naim on 26 Jun 2009

    sy xtau same ade desktop sy xblh gune 2 sbb startup yg sy disablekn semua atau virus.sbb sblm 2 laptop sy msuk vrus yg byk..tlg gunekn pnglmn MK slesaikan mslh sy ni…tmekasih

  17. mohdisa on 28 Jun 2009

    thanks bro for this tutorial

  18. [...] menyambung entri yang lepas mengenai subdomain, artikel pada kali ini akan menerangkan secara ringkas mengenai addon domain. Terima kasih kepada [...]

  19. Azhar on 02 Jul 2009

    Salam Bro,

    saya baru beli basic package dari NetKL. nak buat Blog.Buat lathan melalui Blogger Kit 1. Mula mula ok. Tapi bila nak nstal lugin dan widget tak mnjai lah.. Lagi satu bila set pages saperti about me, forum , product. Bila kilik, dia reply as broken lik. kenapa ye… Since dah terbuak site ni, ambil chance tanya le…

    • MK on 02 Jul 2009

      @Azhar: Blogger Kit 1 tu apa ye, pakej dari NetKL ke? Hm, elok awak install semula WordPress dekat domain awak tu, samada secara manual ataupun menggunakan Fantastico; bagi mengelakkan masalah2 macam tu berlaku.

  20. budakccns on 02 Jul 2009

    Salam MK,
    SAja untuk berkongsi..

    Domain = http://www.sembangkomputer.com

    !!Parent domain adalah domain permulaan (www.sembangkomputer.com)

    !!Subdomain = child domain = http://www.blog.sembangkomputer.com (address dia mesti mengandungi nama parent dia iaitu sembangkomputer.com)

    !!cantuman antara “parent and child domain” maka terhasil la satu struktur yang dikenali sebagai “tree domain”.

    Forest domain? ia plak cantuman antara tree … ia bersifat trusted between each others yang tidak memerlukan persamaan nama address(contohnyer antara google.com dan yahoo.com)

    *kalo ade yang tersalah tolong perbetulkan, aku baru nak blajo neh…. wassalam

    nakala cantuman antara

    • MK on 08 Jul 2009

      @budakccns: Tema kaseh atas penerangan tu, macam nota kat kolej pun ada :D

      • budakccns on 11 Jul 2009

        :D tak ler, kalo nota kat kolej lagi lengkap dan padat… ni according pemahaman sendirik jer…. cuber tgok kat website Microsoft lagi deatils n mantap

  21. Hisham on 08 Jul 2009

    Masih tak faham nak pasang adsense kat blog

  22. Roslan Nazri on 03 Sep 2009

    MK tlg wat utk direct admin punya lak..hadui..huhu

  23. ejam on 28 Jun 2009

    ok camni,
    bilamana kita create sub-domain “blog” maka akan wujud folder “public_html/blog”.
    folder itu sendiri telah secara automatik boleh diakses sbg sub-domain dan sub-folder.
    Tetapi bila kita buat sub-folder “blog” tanpa membuat sub-domain “blog” kita hanya boleh akses dgn cth link spt ini sahaja “www.sembangkomputer.com/blog” dan jika kita cuba-cuba akses dgn wujudkan sub-domain bg sub-folder maka tdk dpt akses ke sub-folder tersebut.


Leave your comment