Buka Fail PDF Dengan Pantas Menggunakan Foxit Reader
Kalau anda selalu download ebook dari Internet, dah tentu anda biasa dengan fail PDF. Format fail dari Adobe ni sangat meluas digunakan kerana saiznya yang kecil. Namun, adakah anda masih menggunakan Adobe Reader untuk membaca fail PDF?
Saya tidak. Ini adalah kerana saiz Adobe Reader yang sangat besar. Untuk download sahaja, failnya dah mencecah 22.2 MB. Adobe Reader bukan sahaja besar, malah lembab dalam membuka fail PDF. Ini kerana ia dipenuhi dengan pelbagai fungsi yang kebanyakannya tidak diperlukan oleh anda.
Bertukarlah kepada Foxit Reader. Saiz Foxit Reader kecil sahaja, iaitu kira-kira 3 MB. Foxit Reader akan membuka fail PDF anda dengan pantas sekali. Anda juga boleh membawa program tersebut di dalam USB Drive, tak perlu install untuk buka Foxit Reader di komputer lain.
Versi terbaru Foxit Reader menawarkan pelbagai fungsi-fungsi yang berguna. Antaranya ialah:
- Multi-tab Browsing. Sama seperti tabbed browsing dalam Firefox dan Opera, Foxit Reader boleh membuka banyak fail PDF dalam window yang sama. Ini boleh menjimatkan ruang pada taskbar anda.
- Tambah Bookmark Anda Sendiri. Foxit Reader membenarkan anda memasukkan Bookmark ke mana-mana bahagian dalam fail PDF. Amat berguna sekiranya anda nak tanda bahagian yang penting, ataupun tanda bahagian yang anda dah habis baca.

Jadi adakah anda masih menggunakan Adobe Reader? Masa untuk berubah ^^
Popularity: 34% [?]
salam MK Boleh tak tunjukkan cam mana kita nak buat ftp server.langkah demi langkah.thanks…
kaizens last blog post..Cooking Southern Fried Chicken
adobe acrobat reader yg saya pakai skarang works fine with me.
rasanya tak perlu kot nk tukar ke foxit walaupun nampak lebih simple. hurm…
shandyes last blog post..this is friggin’ hillarious… hehe…
Mcmana nk tukar default open pdf file by foxit?
@zaki blogjer: kalau foxit bukan default, dia akan tanye samada nak jadikan foxit sebagai default atau tak.
@MK: Memang bagus perisian ni. Satu lagi yang bagus adalah Sumatra PDF.
@Kaizen: Tak payah susah 2x. Install saja HFS.
Syahid A.s last blog post..Nutshell - To-Do List, Notes and Search Box Rolled Into One
@Syahid A.: Sumatra PDF pun sgt minimalistic gak. cuma kadang2 function die x cukup untuk kegunaan harian. but still love it
Aku suka software ni,bagus.
[...] membaca fail PDF, anda perlukan software seperti Adobe Reader ataupun Foxit PDF Reader. Saya cadangkan anda guna Foxit PDF Reader kerana ia lebih [...]