Buka Folder Dan Drive Dengan Selamat, Elakkan Virus!

Cara paling mudah dan paling popular untuk menyebarkan virus adalah melalui USB drive. Situasi ini biasa lazimnya berlaku di kolej dan universiti, di mana pelajar-pelajar menggunakan USB drive untuk menyalin segala macam fail ke dalam komputer kawan.

Jika anda seorang yang berjaga-jaga, pastinya anda ada memasang antivirus untuk memeriksa USB drive tersebut. Selain itu, terdapat beberapa langkah mudah yang lain untuk mengenalpasti , irus dan malware apabila anda membuka satu-satu folder, seperti di bawah:

Tunjukkan fail tersembunyi dalam Windows

Saya ada menulis tentang langkah-langkah untuk menunjukkan fail tersembunyi. Walaupun mungkin nampak agak bersepah setelah anda menunjukkan fail-fail tersebut, namun ianya penting supaya anda akan cepat perasan jika terdapat apa-apa virus atau malware yang mencurigakan.

Jangan gunakan autorun

Apabila ada cucuk pen drive pada komputer, autorun akan dimainkan untuk membuka pen drive secara automatik. Jangan gunakan autorun ini, kerana biasanya Virus mengeksploitasi cara ini untuk melancarkan dirinya. Anda juga boleh terus matikan fungsi autorun ini dalam Windows XP.

Gunakan Windows + E untuk buka folder

Buka Windows Explorer dengan menekan Windows + E. Jika anda ingin membuka mana-mana drive, gunakan navigasi di sebelah kiri. Dwi-klik, klik kanan, klik kiri, ataupun Open/Explore pada drive kini sudah tidak selamat lagi kerana selalu digunakan untuk melancarkan virus dan malware.

Amalkan ketiga-ketiga cara ini bagi gaya hidup komputer yang sihat. Jangan lupa pasang antivirus ya :D

12 thoughts on “Buka Folder Dan Drive Dengan Selamat, Elakkan Virus!

  1. Satu lagi perlu diingat. Pastikan tiada fail penting di dalam Shared Folder. Bangsa virus Brontok selalu serang fail dalam ni…. Siap beranak pinak lagi…

    • Diorang akan beranak hanya jika sekiranya kita allow changes kat shared folder tu. Bila aku uncheck balik box allow changes tu, virus tu dah tak beranak lagi.

      Satu lagi pasal double-click. Itu juga merbahaya (kecuali di kawasan yang sah selamat)

      Kalau cucuk pendrive, cuba right-click pendrive tu. Kalo perkataan yang di-bold adalah Auto Play atau Auto, itu tandanya ada file .inf yang akan runkan file .exe yang biasanya adalah virus.

      mudan yg blur ada menceritakan tentang hal double-click ni… Enjoy! :)

  2. Pingback: Tak Boleh Double-Click Pada Hard Disk | SembangKomputer.com

  3. Kat dalam gambar ada satu folder RECYCLER folder aper tu huh virus ker sebab kat com akun ader bende ni

  4. Pingback: Matikan Autoplay Pada Windows Vista | Sembang Komputer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">